jalan-jalan cari makan
Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts

Saturday, December 29, 2012

Masterchef 3


Disebabkan orang rumah nun jauh di kelantan sana, dan bibik aku (nanato) yang seronok berjimba ke KL hari ni, maka aku terpaksa memotong bawang mengasah pisau bagi menyediakan sajan makan malam aku dan rizmi malam ni. menu tak gah mana, cuma ayam masak kicap black pepper, telur hancur (fevret rizmi), handmade popcorn chicken :), jalapenos cheese sauces, thai dipping sauce dan sambal lada gesek garam (fevret orang lepih ni yang mana aku berjaya kutip dalam 10 biji lada merah tepi rumah hitam petang tadi). peh boleh tahan jugak aku masak, agak-agak bolehla try ujibakat masterchef 3 nanti ye dak?

Wednesday, December 26, 2012

Steamboat Dataran JB


Dah lama rasanya tak pekena steamboat kat Dataran JB ni.dapat makan meat balls dengan tauhu bakar, punyala sedap. harga pun ok, tak mahal mana. tapi kena pandai pilih kaler lidi la. jangan pilih kaler yang mahal, memang kopak nak bayar. haha :)

Sunday, December 16, 2012

Penangan Durian Crepe


semenjak dua ni, scenes DC (durian crepe) makin menjadi-jadi. sana orang cerita DC. sini DC, situ DC. pendek kata mana-mana pun sibuk pasal DC. taula musim durian tengah lebat, maka senangla aokme nak dapat durian ye dak? DC ni biasa-biasa je bagi aku yang tak berapa nak minat durian ni. tapi dah 5-6 kali jugakla beli benda ni.

p/s: teringat masa first time abah aku makan DC ni 6 minggu lepas, dia dengan selamber buang kulit kaler kuning (crepe) tu. dia ingat tisu.kadang-kadang lawak jugak abah aku ni.hehehe.

Tuesday, July 17, 2012

JB Burger Bakar

Tertarik dengan burger bakar yang aku tengok dari "Best In The World" di 8tv, aku pun cubala  google kalau-kalau ada scene burge bakar di johor bahru ni. yela takkan aku nak gi wangsa maju kot semata-mata nak merasa. nasib aku baik, aku jumpa satu. kedai ni terletak kat Jalan Impian Emas 3, Taman Impian Emas, tak jauh dari Mutiara Rini - dalam 10km je perjalanan. So tadi aku, jemi dan mina pergi carik kedai tu. tak susah mana, tenyeh papago mesti jumpa punya.


ada tujuh jenis hidangan kesemuanya. pilih mana satu yang korang suka. yang ni namanya smoke BBQ. harga dalam RM6.50.



aku pilih dengan sos teriyaki, sebab sos ni manis-manis. sesuai untuk selera jemi. harga pun RM6.50. yang tak bestnya, jemi makan semua roti dengan sos. tinggalkan aku dagingnya je. cis!



sebab kitorang sampai dalam kol 6 ptg. so tak banyak lagi order masa tu. takla jenuh nak menunggu ye dak? rata-rata orang datang kat kedai ni nak makan beger bakar je. pastu diorang amik gambar hantar kat fesbuk. haha!



grill yang digunakan untuk bakar daging yang dibuat sendiri. silap hari bulan boleh nampak api menyala kat atas daging. betul aku tak tipu.

verdict: sebab aku cuma dapat makan daging je, so takleh nak bagi bintang kaw-kaw. tapi yang penting rasa beger bakar ngan beger tepi jalan tu mmg berbeza. sebab ada rasa arang sikit.hehehe..agak-agak kalau nak merasa bolehla datang ke jalan impian emas 3, taman impian emas. kedai corner lot. memang senangla nak jumpa.

Tuesday, April 03, 2012

Sepetang di Restoran Saujana, PTP


Dah dekat 5 tahun aku dok kat JB, inila kali pertama aku pergi berjimba kat Restoran Saujana di Perlabuhan Tanjung Pelepas (PTP). dulu asyik dengar nama je. alang-alang dah wife aku kerja kat KK Gelang Patah, balik dari ofis terus bawak dia gi makan seafood kat sini - lagipun nak celebrate sebab dia dapat buat Master kat USM Kubang Kerian.


Dah nama pun jalan-jalan cari makan, bergambar kat papantanda restoran adalah satu kemestian. eh mana anja? anja apa lagi akula yg tengah dukung sambil ambil gambar. power dak?



Kena lalu jejambat dulu nak pergi restoran ni. sebelum masuk restoran cari dulu ikan belacak ada berapa ekor. kalau nasib baik biawak pun boleh nampak.



Anja dan ibu boring menunggu makanan sampai. apa kata ibu main games dulu. masa ni rizmi pun dok sibuk main games jugak.



Tu dia ikan siakap tiga rasa dah sampai. harga ikut kilo. sekilo RM 70 - kitorang pilih yang cukup-cukup makan untuk 3 orang je. perut tak besar mana orang kabor.. nak beli kerapu takut jadik macam kat Gayang hari tu. menggaru kepala bila bayar nanti.



Ni pulak cendawan goreng tepung. kira feveret jugakla benda ni. kalau tak silap dalam RM5-8 sepinggan. ni pun dah 1/3 kitorang bahan.



Butter prawn dan sotong goreng tepung pun tak ketinggalan. RM 15 sepinggan (hidangan kecil) untuk setiap satu. sebenarnya masa mula-mula hidangan sampai aku lupa nak ambil gambar. tu yang kadang-kadang tinggal separuh je tu :)



Last sekali kailan ikan masin. ni aku tak berapa ingat berapa hinggit. aku kalau sayur kurang sikit. tapi kalau kacang panjang/buncis/bendi tu memang feveret aku.



Ni la yang orang kabor bila kenyang perut suka hati ye dak? tengokla dia punya suka, senyum sampai ke telinga. anja ni suka sangat ngan sup. so kitorang order bihun sup kat dia. next time nak bawak makan Ani Sup Utara pula. agak-agak sedap tak? Kat Taman U ada satu cawangan dia.



Ok dah kenyang bolehla tengok sunset kat PTP ni. kalau nasib baik boleh nampak kapal docked kat perlabuhan tu. jangan lupa pulak ambil gambar jeti depan restoran ni jugak. boleh buat hiasan rumah nanti :)

Total bill dalam RM80+ jugakla abis untuk tiga orang dewasa dan dua kanak-kanak. makanan dia ok cuma aku tak berkenan siakap tiga rasa tu je. terlalu banyak cili. berdesing jugakla telinga kalau tak tahan pedas. kalau nak pergi jangan pulak lupa bawak kamera. mana tau boleh ambil gambar langit kaler hijau ke nanti :)

Friday, January 06, 2012

Penangan Sate Gelang Patah



Aku rasa setakat ni, inila antara sate yang paling mantap aku pernah makan selain dari sate kat tangkak (sate babat). dia punya rasa memang terangkat habis - cukupla rempah ratus orang kabor. dulu orang mesohor sangat ngan sate haji samuri. tapi bagi aku sate hj samuri/kajang tu biasa-biasa je, takla sedap mana pun. keras je lebih! setiap hari selasa petang, mesti aku singgah pasar malam gelang patah semata-mata nak beli sate ni! peh, minggu depan nak kena beli lagi ni. nak makan sate, nak makan sate...!!

Tuesday, November 29, 2011

Cekelat Udang



Cekelat?  mesti korang terpinga-pinga apa benda tu? rasa kelat ke? sebenarnya cekelat ni adalah bahasa lipis@lepeh untuk gula-gula atau sweets. kalau korang gi lipis pastu mintak gula-gula mau terpinga-pinga orang kedai, bernasib baik dapatla gula prai barang sepeket dua. cekelat udang ni mmg cekelat feveret aku masa djaman 80an dulu. jangan tak tau, plastik putih yg balut cekelat tu boleh dimakan. skang cekelat ni dah makin pupus. kesian bebudak djaman millennium ni, tak dapat makan cekelat udang ni. kalau ada pun kira barang rare la.

Wednesday, September 21, 2011

Asam Pedas Selera Kampung


Bab kata rizmi, "terbaekk...!!". itulah yg aku dapat ungkapkan bilamana aku try makan asam pedas kat restoran ni. memang menjilat jari habaq hang. tapi poket nak kena tebal-teballa. takut nanti berpeluh dahi bilamana nak membayarnya. tapi kalau dua hari berturut-turut makan kat sini nak kata apa lagi ye dak?



tengok dia punya asam pedas kepala ikan. memang nala orang penang kabor. aku dari tak minat makan asam pedas boleh pulak aku terjebak makan sekali. cis!



udang masak lemak cili padi ni memang feveret aku. nak-nak bila makan tang kepala tu. peh, kecur dah air liur ni. rizmi pun boleh terjebak sekali makan masak lemak ni. tapi dia minat tang kuah je, udang dia tolak kat aku. rezeki!



tengok dia punya penangan asam pedas sampai tak toleh kiri-kanan dah. makan nak kena laju-laju. takut lauk-lauk lain orang sapu. haha..



lepas makan semua tulang temulang berselerak dalam pinggan. lepas ni sessi kumpul hasil duit raya sikit sorang buat bayar bil.



memang terbaik. lepas ni kalau pegi melaka lagi memang kena pergi lagi kedai ni. tak jauh mana dekat area dataran pahlawan je. lepas penat naik menara taming sari, bolehla singgah menjamu selera ye dak?

p/s: agak-agak tokey kedai bagi diskaun tak lepas aku promote lebih-lebih ni?


Wednesday, March 09, 2011

Kami di ganyang di Gayang Seafood


Petang itu selepas penat merayau-rayau di Ranau barang seketika kami mengambil kata putus untuk pulang saja ke KK. pelan asal hendak pergi ke Poring Hot Spring & Sabah Tea Garden terpaksa terkubur begitu sahaja atas alasan penat menempuh perjalanan. bukan apa walaupun jaraknya cuma dalam 30km dari pekan Ranau tetapi dengan jalan yang seperti ular kena palu telah melemahkan semangat kami. lagi pun masa tu rizmi ikut sekali dan dia baru je genap 2 tahun, tak sanggup aku melihat dia keletihan nanti. maklumla budak-budak, kalau mereka kepenatan bersiap-sediala malam nanti bersengkang mata. haha!

*****

Dalam perjalanan pulang ke kota, kami singgah kat Gayang Seafood. kata orang harga seafood kat sni reasonable dan sedap. alang-alang dah sampai apa kata kita try ye dak? tak cuba tak tahu. so parking lebih kurang, kami pergi ke tempat yang menempatkan aquariums untuk memilih makanan laut yang kami nak. aku serahkan tugas memilih ni kat wife & ajib (adik ipar aku), sebab aku sibuk teman rizmi melihat ikan-ikan yang berenang bebas kat dalam aquarium tu. macam kat Aquaria pulak aku rasa.



ini sayur yang wife aku pilih. mushroom dan sayur bewarna hijau (aku memang tak tahu apa namanya). tapi memang sedap pada mereka yang vegetarian. aku sawi pun tak makan inikan pulak benda alah ni? tapi mushroom memang aku tak tolak tepi.




butter prawn my favorite.  memang satu kerugian kalau tak ambil udang mentega ni. sampai menjilat jari. aku paling minat serabut-serabut butter itu. udang aku kurang sikit, dapat dua tiga ekor dah cukup untuk aku. jenis tak makan lauk banyak macam ini la. rugi! 




Kim Hiong atau nama lain ketam kari. ini wife aku yang pilihkan. memang sedap dan harga dia pun kira jauh lebih murah dari semenanjungla. wife aku & ajib makan ketam ni memang tak toleh belakang. kusyuk je aku tengok. dan sekali lagi aku rugi sebab tak makan banyak ketam ni. maklumla storage tak besar mana. cis!




 kitorang memang kena ganyang dengan ikan kerapu laut putih ni. memang sangat mahal. dekat RM95 jugakla sepinggan ikan itu. maklumla sekilo dalam RM120 kalau tak silap. aku tak tau pun harga ikan tu mahal macam itu sekali, kalau aku tau tobat aku ambil ikan kerapu sangkar je. murah pun murah RM20+/kg je. tapi apa boleh buat ikan dan jadik lauk. telan je la. cis! siapala yang pilih ikan kerapu laut putih ini agaknya? hmm...(menggaru dagu)




kacang sebagai desert selepas makan. walaupun tak mintak memang diorang akan bagi sepinggan. tapi jangan ingat kacang ni free, tup-tup kena cas dalam bil. ayark! dahla kami buat endah tak endah je kacang ni. ingatkan free. cis lagi. hahaha!


kesimpulannya, makanan kat sini memang sedap dan harga memang jauh lagi murah dari kat semenanjung. **tapi kena beringat, jangan salah pilih ikan pulak macam kitorang. kopak poket jadinya. haha! apapapun total masih lagi dalam RM180. yang menyebabkannya harga macam tu semua gara-gara ikan kerapu putih laut tu la. cis!

**p/s: kalau gambar ada sedikit blur dan kurang sharp jangan tanya banyak. masa ni baru first time aku guna kamera gedabak ni. baru keluar dari kotak orang kata. lepas tu lupa nak set auto fokus. ingat dah sharp dari mata kasar, rupanya2 ada jugak yang dull sikit-sikit.ceh!
***p/s: nanato & tikaleh jgn lupa gi sabah taun depan kena makan kat sini. makan sampai gout orang kata. takpe mintak suruh bapak orang tu belanja. takde hal punya. kah kah kah! :)


© aku, dia & lensa
Maira Gall