Dah dekat 5 tahun aku dok kat JB, inila kali pertama aku pergi berjimba kat Restoran Saujana di Perlabuhan Tanjung Pelepas (PTP). dulu asyik dengar nama je. alang-alang dah wife aku kerja kat KK Gelang Patah, balik dari ofis terus bawak dia gi makan seafood kat sini - lagipun nak celebrate sebab dia dapat buat Master kat USM Kubang Kerian.
Dah nama pun jalan-jalan cari makan, bergambar kat papantanda restoran adalah satu kemestian. eh mana anja? anja apa lagi akula yg tengah dukung sambil ambil gambar. power dak?
Kena lalu jejambat dulu nak pergi restoran ni. sebelum masuk restoran cari dulu ikan belacak ada berapa ekor. kalau nasib baik biawak pun boleh nampak.
Anja dan ibu boring menunggu makanan sampai. apa kata ibu main games dulu. masa ni rizmi pun dok sibuk main games jugak.
Tu dia ikan siakap tiga rasa dah sampai. harga ikut kilo. sekilo RM 70 - kitorang pilih yang cukup-cukup makan untuk 3 orang je. perut tak besar mana orang kabor.. nak beli kerapu takut jadik macam kat Gayang hari tu. menggaru kepala bila bayar nanti.
Ni pulak cendawan goreng tepung. kira feveret jugakla benda ni. kalau tak silap dalam RM5-8 sepinggan. ni pun dah 1/3 kitorang bahan.
Butter prawn dan sotong goreng tepung pun tak ketinggalan. RM 15 sepinggan (hidangan kecil) untuk setiap satu. sebenarnya masa mula-mula hidangan sampai aku lupa nak ambil gambar. tu yang kadang-kadang tinggal separuh je tu :)
Last sekali kailan ikan masin. ni aku tak berapa ingat berapa hinggit. aku kalau sayur kurang sikit. tapi kalau kacang panjang/buncis/bendi tu memang feveret aku.
Ni la yang orang kabor bila kenyang perut suka hati ye dak? tengokla dia punya suka, senyum sampai ke telinga. anja ni suka sangat ngan sup. so kitorang order bihun sup kat dia. next time nak bawak makan Ani Sup Utara pula. agak-agak sedap tak? Kat Taman U ada satu cawangan dia.
Ok dah kenyang bolehla tengok sunset kat PTP ni. kalau nasib baik boleh nampak kapal docked kat perlabuhan tu. jangan lupa pulak ambil gambar jeti depan restoran ni jugak. boleh buat hiasan rumah nanti :)
Total bill dalam RM80+ jugakla abis untuk tiga orang dewasa dan dua kanak-kanak. makanan dia ok cuma aku tak berkenan siakap tiga rasa tu je. terlalu banyak cili. berdesing jugakla telinga kalau tak tahan pedas. kalau nak pergi jangan pulak lupa bawak kamera. mana tau boleh ambil gambar langit kaler hijau ke nanti :)
17 comments
tetiba aku terasa nak gi makan kat kedai seafood pulak..adehh.
cik timah dapat out kampus kan? takdelah berjauhan selalu.
kot nanti gi alik nun, cik timah buleh doh nok kecek kelate ;)
yup out campus. 1-kelate, 2-jb, 1-kelate. guano deh nok kecek kelate. ambo dok reti!
Cantik view dia.. Ctk anja :)
Ani sup utara sedap la jugak. Tapi tak la sedap yg boleh dibawa mimpi. LOL. Tapi xla bile makan sampai nak marah2 sbb tak sedap.. So pi cuba naaa? Sup perot pong sodap!
boleh tahan harga ikan siakap tu..huhu..janji sedap & ada kepuasan dihati ok la..
lepas ni kalau pi Johor leh singgah Saujana Seafood ni..
lain kali tak payah bawak soeorang dewas tu> menyibuk sokmo!
ikan bakar xde???
perghh.. seperti biasa gambar di sini sangatlah awesome!..
makanan tu buat eden keliuh je ni.. dah lah puasa hari ini.. dugaan sungguhlah.. hahaha..
FM: ok, thanks. nanti mau cuba sekali.
kasih salina: yup blh tahanla. tapi kalau banding ngan kerapu, blh berpeluh jadinya
alin marlini: yes, tenyeh je papago kalau tak tau jalan
adek; eleh aok jeles kan, kan?
tikaleh: tak pasti. tapi ada agaknya
faeeinn. eleh bodekla tu. anyways, thanks. lama tak nampak?
suka betul la blogger-blogger letak gambar makanan kat blog... adehh, perut aku terus lapar tahap terlampau...hu hu
kurang like yang ni!
tapi tang food tu aku suka heheh
chootz: macam-macam. hahah
pemandu teksi JB: lapar? apa lagi tekan pedal terus gi saujana :)
heheh....akak yg mmg asal johor pon lom sampai sana dik oi..nampak best je makanan2 tu..
psst...cantik trademark,meh ajar siket..
nak blajar ke? biasa-biasa je ni :0
Salam, sy ni silent reader aje tp tiba2 harini nak tanya bbrp soklan, boleh kan?.... Layan....
1. Sy tak tahu pun yg saujana ni masih wujud di situ, ke atau location dia dah berubah, boleh tak tolong beritahu saya kat mana sbnrnye restoran saujana yg dlm entry ni...
Zaman dulu2 around 2001-2003 mmg rajin ke sana, then tahun lepas saya pergi mcm dah tkde kat Kg Pendas tu, so saya assume dia dah pindah ke tmpt lain.
2. Sy dpt tahu empunya blog ni berasal drp lipis berdasarkan entry2 sblm ni.
This weekend saya bercadang nk naik ketapi Ktmb drp mentakab- JB , tp ketapi mlm drp mentakab pukul 4 pg tkde sapa nak hantar sy sblm subuh tu. So kitorg bercadang nk naik shuttle ke lipis 3:45 pm ke lipis & tunggu train ke JB di lipis pukul 2 pagi.
Soklan sy ialah apa agaknya activity yg kita boleh buat drp pukul 5 ptg (sampai drp mentakab via shuttle) hingga 2 pagi tu sementara menunggu train ? Kami org ada 5 org, both parents with 3 kidz, aged 3 (girl) , 5 & 7 (boys)
Terima kasih kerana melayan
Post a Comment