Masuk hari ni dah genap 3 hari rizmi kena cacar air, orang putih panggil chicken pox. dan dalam masa 3 hari ni juga rizmi tidak berselera untuk makan. kesian melihatnya, dia lebih banyak menghabiskan masa berbaring tidak seaktif sebelumnya. paling aktif pun mengajak aku bermain gusti-gusti. itu memang favorite rizmi!
setiap hari rizmi akan mengadu, "ma,ma,ma cakiit..", "aduii, cakitnyaa..", "ciaann cakiitt..". aku berdoa semoga rizmi cepat sembuh dan ceria seperti sebelumnya.
Rizmi sedang melayan kartun di youtube. budak zaman sekarang selain disney channel, nickelodeon, ceria kini youtube pula menjadi tempat hiburan mereka melihat kartun. calamine lotion kelihatan di segenap ceruk badan rizmi
rizmi lena diulit mimpi selepas kerap bangun di tengah malam kerana kegatalan. setiap malam pasti begitu. moga-moga dia cepat sembuh, paling tidak sebelum raya
p/s: sesiapa ada petua regarding chicken pox bolehla dikongsi di sini. selain pantang makan & minum air kelapa apa lagi ye?