melaka
Showing posts with label melaka. Show all posts

Sunday, March 25, 2012

Kincir Air Melaka


Kalau rasa nak tengok macam mana bentuk kincir air dan macam mana dia berfungsi, bolehla gi ke muara sungai melaka, ala tempat yang ada river cruise tu. kat situ terdapatnya replika kincir air yang diberi nama Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka, di mana dikatakan dibina untuk melambangkan kehebatan Melaka dan teknologinya pada ketika itu.



dulu dah tengok gambar belakang kincir air bilamana naik river cruise. skang kita tengok bahagian depan pulak.



nampak kecik je aku tengok budak dua orang ni bila ambil gambar sebelah replika yang setinggi 13 meter. baru artis sorang ni tau yang badan dia tak se sasa mana.



masa ni aku suruh rizmi pose tunjuk kepak ala-ala bonzer kelab malam. last-last boleh pulak dia kepak garu kepala. adeh!



Dua orang ni memang model tetap tak bergaji aku masa kat melaka tempoh hari. kiranya memang tak rugila aku usung sana-sini. memang tak banyak cakap.



amboih acu menguap besar nampak. ngantuk ke naik river cruise tadi?

Monday, December 05, 2011

Busking


>

Kalau korang pergi St paul church melaka, mesti korang akan nampak uncle ni berbusking dengan gitar kapoknya bagi memeriahkan suasana. dia punya lagu memang power pemain bass kuala lipis pun tak boleh celen. tapi aku harap lain kali dia nyanyi lagu dondang sayang pulak. baru aku bagi tabik spring.

Thursday, December 01, 2011

Melaka River Cruise


Rizmi sudah tidak sabar. dari semalam lagi dia beriya-iya nak naik. melihat bot-bot yang ke hulu ke hilir menongkah arus sungai melaka membuatkan hatinya makin membuak-buak. haifa? ah masa tu dia tak tau apa-apa. masih kecil, yang dia tau senyum dan ketawa bila kita menyakatnya. paling tidak menangis hendakkan susu bila lapar.

* * * * *

aku keluarkan not 50 sekeping dan 10 dua keping - 6 dewasa dan 1 kanak-kanak. matematiknya korang kira sendiri. baki wang kertas bewarna hijau aku selit dalam poket rizmi. senang dia nak beli aiskrim kedai (ayat sinonim rizmi bila hendakkan aiskrim). matahari terpacak kat atas kepala. bot masih tak sampai-sampai. apa gila naik river cruise tengah-tengah hari buta ni? dengar orang kabor, malam baru sedap naik bot perlahan ni sebab dapat tengok lampu-lampu. cit setakat nak tengok lampu-lampu baik pergi i-city ye dak?



sampai kat dataran, orang tak berapa nak ramai lagi. senang sikit aku nak beli tiket takyah nak beratur panjang. yela tengah-tengah hari buta ni sapela yang nak naik river cruise? 



punyala boring dok tunggu boat tak sampai-sampai last-last rizmi & acu main tarik-tarik telinga. cis, acu punya tarik boleh capang telinga rizmi jadinya.



Bila dah dapat naik boat hati yang tadi panas sebab menunggu kat tengah panas terus jadi berangin. walaupun boat tu tak laju mana, boleh jugakla sejukkan badan tengah-tengah hari ni.



oooo ginu rupanya belakang kincir air ni. takdela seindah mana ye dak? tapi kalau tengok dari depan memang unik dia punya senibina.



Anja ni kalau gi jalan memang dia sangat suka. no wonder kat tapak kaki dia ada tahi lalat. orang-orang dulu kabor, kalau tapak kaki ada tahi lalat nescaya kuat jalan. ye ke ni?



agak-agak kalau nak rasa eye-on-melaka macam mana, boleh pegi kat sini. kat tepi sungai melaka ni je. tapi jangan pulak kecewa kalau benda alah ni tak tinggi mana. nak main pirate pun boleh



jangan sangka melaka takde Putra/Star LRT kata Melaka Maju 2010. aku lupa nama benda alah ni apa, tapi yang pastinya LRT ni takdela laju mana. macam siput sedut dia punya laju. kalau rasa nak dating dalam ni memang highly recommended la. hahah!



u snap me i snap u. aku ingat naik boat ni dapatla makan mamee free. rupanya haram takde. kilang sikit punya besar kat air keroh. setakat mamee 20sen tu pejam mata jela sponsor.



ni bank ke apa? haha... the beauty of english orang putih kabor.



lambang negeri melaka, bangunan merah. negeri-negeri lain mana boleh pakai kaler ni.

dekat 45 minit jugakla kitorang naik river cruise ni. memang berbaloi. tak rugi pun bayar rm10 semata-mata nak meranduk sungai melaka. selain dapat tengok kampung-kampung terawal yang ada kat melaka ni, macam Kampung Morten serta keuninkan bangunan lama dan baru, dapat juga kita tau sejarah-sejarah pasal melaka  ni. tapi awas, mulut jangan ngada nganga luas-luas. mau kenyang minum air sungai!

Tuesday, September 27, 2011

Geng Kugiran Pantai Klebang



Ni adalah official cover album untuk "Geng Kugiran Pantai Klebang". Lineup: lead vocal - adek (mamat yang pakai baju godzilla), 2nd vocalist - wifey geng mak orang yang sedang dukung anak kecilnya, cik nana - pemain tambourine, abang COD berbaju merah 3 stripes - triangle serah je kat dia (memang pakar), adik rizmi - pemain castanet utama.

Wednesday, September 21, 2011

Asam Pedas Selera Kampung


Bab kata rizmi, "terbaekk...!!". itulah yg aku dapat ungkapkan bilamana aku try makan asam pedas kat restoran ni. memang menjilat jari habaq hang. tapi poket nak kena tebal-teballa. takut nanti berpeluh dahi bilamana nak membayarnya. tapi kalau dua hari berturut-turut makan kat sini nak kata apa lagi ye dak?



tengok dia punya asam pedas kepala ikan. memang nala orang penang kabor. aku dari tak minat makan asam pedas boleh pulak aku terjebak makan sekali. cis!



udang masak lemak cili padi ni memang feveret aku. nak-nak bila makan tang kepala tu. peh, kecur dah air liur ni. rizmi pun boleh terjebak sekali makan masak lemak ni. tapi dia minat tang kuah je, udang dia tolak kat aku. rezeki!



tengok dia punya penangan asam pedas sampai tak toleh kiri-kanan dah. makan nak kena laju-laju. takut lauk-lauk lain orang sapu. haha..



lepas makan semua tulang temulang berselerak dalam pinggan. lepas ni sessi kumpul hasil duit raya sikit sorang buat bayar bil.



memang terbaik. lepas ni kalau pegi melaka lagi memang kena pergi lagi kedai ni. tak jauh mana dekat area dataran pahlawan je. lepas penat naik menara taming sari, bolehla singgah menjamu selera ye dak?

p/s: agak-agak tokey kedai bagi diskaun tak lepas aku promote lebih-lebih ni?


Sunday, April 24, 2011

Lubuk ikan kap

Kalau dah pergi taman rama-rama tak lengkap rasanya sekiranya tidak melepak di lubuk ikan kap. takdela lubuk sangat sebenarnya. tapi kalau mancing, bagi 5 minit je dah seguni ikan boleh bawak balik. bukan kecik punya spesies, boleh sampai besar lengan jugakla saiznya. berpiknik kat tepi lubuk ni memang mengasyikkan, nak-nak kalau bawak budak sebaya rizmi. memang kecoh jadinya. sana dia kata fish, sini dia kata fish. pendek kata boleh penat jugakla mendengar celotehnya.



Haishh ikan ni tak reti duduk diam. orang ke kanan dia sibuk ke kanan, orang ke kiri dia ke kiri jugakla. kalau sekor dua yang mengikut takpe jugak, ni abis satu keluarga ikut. sorry kami tak bawak makanan hari tu. kalau tidak boleh jugak buat alas perut ye dak?




Ntah apa dua orang ini bercerita pun aku tak tau. tapi pastinya bukan cerita bawang merah dengan ikan kaloi! rizmi kalau bab-bab ikan ni, memang dia paling seronok. silap haribulan mau dia terjun dalam kolam erk lubuk tu. hahaha...!!




Tengok pada gayanya memang tembam-tembam ikan-ikan kap kat sini. makan apa gamaknya boleh membesar macam ni sekali. ada jugakla dua tiga ekor yang bunting kat situ. acer teka mana satu?


Sunday, January 09, 2011

Birdies


burung-burung ni tengah asyik membersihkan diri masing-masing. tidak menghiraukan keadaan sekeliling. yang penting mereka perlu nampak segak demi para pengunjung




aku datang pada  waktu silap ke? semuanya pakat-pakat takmo pandang kamera. cis!




yang ini pun sama. membelakangi aku. tak boleh jadi ni, aku mesti bertindak mencari gambar muka burung. tidak boleh tidak.




finally, here he goes. you really make my day. aku berjaya juga merakam gambar burung yang sedang memandang kamera. agak-agak boleh jadi model churchurp tak? kaler dah hampir sama, jambul pun ada.

p/s: sebenarnya aku takde idea nak post apa. mungkin ini dapat mengembirakan para pembaca tegar blog ni. terima kasih :)

Tuesday, December 28, 2010

Melihat kapal di atas darat

"bro, stop kat sini jap", brother beca memperlahankan kayuhan dan pakir becanya lebih kurang di bahu jalan. "jap eh, 5min nak ambil gambar.", dia naikan ibu jari tanda setuju. aku pun bingkas turun dari beca dan ajak rizmi turun. pada mulanya rizmi taknak, tak puas lagi katanya. lepas pujuk lebih kurang rizmi pun setuju.

kami menuju ke kapal yang tersergam megah di atas darat. apa gila kapal dok atas darat. takkan kesan dari tsunami 6 tahun lepas kot. rasa-rasa aku selat melaka tak kena malapetaka itu. cis rupa-rupanya muzium samudera, patutla dok kat atas darat! disebabkan atas faktor beca sedang menunggu di tepi jalan maka kami tidak masuk dalam kapal itu. hanya melihat dari luar sahaja. takut pula beca kena saman dengan polis trafik sebab parking bukan-bukan.



sudah 16 tahun kapal ini terdampar di atas darat. kesian, tidak pernah rasa macam mana dilitupi oleh teritip.



 
agak-agak ada iras black pearl tak? kalau flying dutchman memang jauh sekali. kalau Gore Verbinski tak cukup kapal untuk sekuel seterusnya, aku rasa kapal samudera ni boleh juga berlakon di layar perak




bergambar berlatar-belakang kapal dan orang ramai di belakangnya memang sangat unik! nak-nak abang itu pula sedang asyik mengambil gambar sekeliling. haha!




patutla tak boleh berlayar, rupanya takde layar. apalah nasib badan hanya mampu di pamerkan di atas darat semata-mata. paling kurang berendam dalam selat melaka pun nampak jugak gahnya!

Wednesday, December 22, 2010

Kakak beca

Petang itu aku sangat kepenatan, apa tidaknya marathon pusing melaka dari pagi membawa ke petang. semuanya diisi dengan secukupnya. aku mula membayangkan bagaimana pula aku ingin memulas stereng kereta menuju ke JB selepas ini. nak kena panjat semula bukit st. paul satu hal (kereta aku pakir di atas bukit itu). nak dukung rizmi satu hal lagi. "ahhh, tak boleh jadi ni. kalau macam ni la gayanya boleh melepek ni" 

tanpa berlengah aku menahan beca dan negotiate lebih kurang maka kami pun bersetuju dengan bayaran serta route yang menjadi pilihan. rizmi paling seronok sekali. maklumla kali pertama naik beca. aku pun tidak terkecuali - pertama kali jugak. cis!



kalau macam ni la gayanya tukang tarik beca tu aku yakin baru setapak dua, kena take turn. penumpang yang kena kayuh pulak. mereka bergaya memang pandai!




tengok belum apa-apa rizmi dah naik beca yang lagi satu. jangan dibawa lari hero aku tu udahler. apa yang pasti, rizmi sampai tak mau turun dari beca. punyala seronok dia pusing melaka naik beca ditambah pulak dengan alunan muzik dari wali band. haha!




tak sempat aku nak mengambil gambar bilamana aku berada di dalam beca. banyak masa dihabiskan berbual dengan brother beca tu. dari cerita pasal melaka melarat kepada safety & health. sebab dia pernah menjadi safety officer satu ketika dulu sebelum mengambil keputusan untuk bekerja sendiri.



 
sampai sudah ke destinasi yang hendak ditujui, bangunan merah atau lebih dikenali sebagai Stadhuys. bergambar lebih kurang sebelum pulang ke selatan tanah air. muka kepenatan jelas terpancar di situ.




mereka tidak penat untuk menunggu pelancong menaiki beca mereka. walaupun pendapatan agak lumayan, RM40 untuk satu jam tapi itu berbaloi dengan kudrat yang terpaksa dikeluarkan untuk membawa pelancong mengelilingi kota. kalau dapat yang sedang-sedang takpe, kalau dapat penumpang yang tak berapa nak kecil bermandi peluh jugak dibuatnya.

p/s: baru aku tau jarak dari satu tempat ke tempat yang lain takdela jauh sangat. jalan kaki pun boleh sebenarnya. tapi takpe yang penting dapat pengalaman menaiki beca :)

Sunday, December 19, 2010

Melaka bandar bersejarah


Aku masih lagi dalam mood melaka, itu sebab dua tiga entry kebelakangan ini hanya berkisar pasal melaka. bukan apa itu je pun barang fresh yang aku ada, yang lain-lain masih ada. tapi dah lapuk orang kata. takpe, lain kali boleh guna, benda kalau kita peram lama yang itu makin kick rasanya - ikan pekasam misalnya :)



memanjat bukit st paul memang memenatkan. bukan apa, dikala mendaki aku terpaksa membawa beban yang lebih dari biasa - mendukung rizmi. tercungap-cungapla kau dibuatnya. tapi takpe aku perasan badan aku semakin berketak-ketak. haha!




aku tak paha apa yang tertulis padanya. mungkin bahasa purba kala! cis, agak-agakla nak tipu pun. ini dunia cyber sekali klik dah tau itu bahasa belanda! baru aku tau ini sebenarnya monumental tombstones




orang selalu mengambil gambar A' famosa dari hadapan, tapi aku mau sedikit kelainan dengan mengambil gambar belakang. mungkin atas faktor orang bersesak-sesak di bahagian hadapan agaknya




makcik yang tengah rancak berbual di telefon sambil bergaya di atas meriam. paling tak tahan, sempat lagi memberi kerlingan manja bilamana gambarnya hendak di ambil. cayalah!




gambar sisi A' famosa, penat aku menyelit-nyelit untuk mendapat gambar bangunan je. bukan apa, baru korang kagum dan hairan yela sebab takde orang datang A' famosa hari itu. tapi sebenarnya bersepah orang ramai di merata-rata tempat




tiga orang dari artillery unit bersiap sedia untuk berperang, hanya tunggu arahan dari pihak atasan sahaja. aku rasa kalau hantar ketiga-tiga mereka peluang hendak menang agak cerah :P



  
rizmi memang seronok dapat naik choo-choo. dalam hidupnya inilah kali pertama beliau dapat mendampingi choo-choo dalam jarak yang sangat dekat. kalau tidak, kena duduk di belakang garisan kuning. kalau lebih siap siulan wisel berbunyi. cis!




kalau pergi melaka tapi tak ambil gambar bangunan merah ni bukan melaka jawabnya. masa ni aku dah penat, tu yang ambil gambar nak tak nak je.


p/s: agak terkilan bila aku gatal tangan menukar lens kepada 50mm. nah ambil ko, tak dapat ambil gambar landscape view. ayark!

Friday, December 17, 2010

Warna-warna si rama-rama

Alang-alang dah sampai melaka, apa kata singgah sebentar kat taman rama-rama. manala taukan boleh jumpa rajah brooke ke, bolehla gebang sikit-sebanyak kat orang kampung. bukan apa, dah banyak tempat aku pergi: cameron, gunung kinabalau, kuala lumpur, etc tapi tak tersempat-sempat nak masuk tengok rama-rama. terkilan jugakla sikit-sikit sebab tak dapat tengok spesies paling berwarna-warni dalam dunia ni - dalam jarak dekat & banyak misalnya.



aik belum apa-apa lagi dah penat ke? macam mana tak penat, baru balik dari merewang kat taman buaya. tu yang kena ambil nafas lebih sikit tu. tenaga breakfast pagi tadi dah habis digunapakai agaknya




jangan tanya aku ini spesies apa, sebab ini bukan bidang aku. yang aku tau, dalam banyak-banyak dialah yang paling besar sekali saiznya. mungkin dia boleh dikategori dalam golongan raja kot




baru aku tau, rupanya bukan senang nak tangkap gambar rama-rama. yela nama pun bintang, sekejap terbang sana sekejap hinggap sini - tak reti nak diam. nasib baik tahap kesabaran aku agak tinggi juga hari itu, credits to rizmi sebab dia tak buat hal nak berdukung :)




yang ni aku suka tengok warnanya, garang dan berbelang-belang macam harimau. ni kalau corak ni dicetak pada baju kelawar, aku yakin pasti ramai wanita-wanita di luar sana akan membelinya. aaauummm!




satu kepuasan kalau dapat ambil gambar ketika sayapnya sedang kembang. barula kita dapat menikmati corak dan warna yang tercetak atas sayapnya. walaupun nampak agak polcadot tapi masih menawan!




agak kecewa kerana tak banyak spesies rama-rama yang aku jumpa. asyik-asyik kaler hitam hitam dan hitam lagi. yang rare memang langsung tak jumpa. nasib baikla taman ni ada jugak memperlihatkan binatang-binatang reptilia lain sebagai hiburan.

p/s: harga tiket: RM8 (dewasa), RM5 (kanak-kanak), RM3 (video/camera)

© aku, dia & lensa
Maira Gall