Saturday, March 30, 2013

Dari Liberpool ke Sekudai


Dulu masa aku masih culture shock dengan kehidupan di universiti djaman 2001, member aku ada beli cd 'Dari Jemapoh ke Manchestee'. jalan cerita yang sempoi, kira boleh layan jugakla cerita-cerita underground macam ni. mengisahkan dua budak kampung dari jemapoh hendak pergi ke england. sorang nak tengok pasukan kegemarannya, Manchestee United dan sorang lagi nak carik ayah dia kat liberpool.



Setelah seminggu menunggu, hari ni (selang beberapa jam yang lepas), berjaya jugak barang yang aku order sampai kat rumah. ini kali ketiga dalam tiga tahun kebelakangan ini aku beli LFC kits dari Liverpool FC store, semenjak Standard Chartered ambik alih sebagai sponsor. Bukan apa, kadang-kadang diorang ada buat sales yang memang berbaloi-baloi daripada beli dari butik-butik kat malaysia ni.



Justice for 96!



LFC hologram. setiap jersey ada nombor uniknya tersendiri yang tercatat kat hologram ni. kira macam IC untuk LFC kits yang genuinela. so, korang ambil no kat hologram ni dan register nombornya, so korang eligible untuk memenangi goodies dari LFC. great kan? bukan saja dapat barang ori, malah boleh menang lagi :)


p/s: lepasni bolehla merajinkan diri re-update. sbb dah lepas viva-voce :)

Sunday, March 10, 2013

Nerf: Bersiap Sedia Untuk Berjuang

Rizmi dah bersiap sedia dengan blasternya kalau-kalau ada perkara tak diingini berlaku kat selatan tanah air ni. ada satu lagi blaster dia tertinggal, N-Strike Maverick REV-6 kat dalam stor (malas aku nak pergi korek). Retaliator tu aku baru je beli bulan lepas. mula-mula nak belikan untuk besday dia this coming may. last-last kena beli awal, sebab boring hari-hari dia tanya; lambat lagi ke besday mi? bukan hari ni ke besday mi?


Blaster clip dah fully loaded. tunggu panggilan je lagi. dah berapa kali aku jadi mangsa perluru warna biru tu. perluru kuning tu, tunggu masa je lagi. dia punya rasa, boleh mengeliat jugakla bila kena. tapi takla sampai berbintat-bintat macam main bedil bilamana kena peluru buah cenerai. dulu nak main askar-askar semangat potong papan jadikan senapang kayu. bila siap, dia punya senyum fuh sampai telinga :)
© aku, dia & lensa
Maira Gall