Tuesday, June 29, 2010

Manukan Island - part II

continue..

air yang jernih dan biru terlepas dari pencemaran alam


Setelah penat mengejar anak2 ikan & rizmi, menyelam mencari hasil laut dan berenang ala2 nemo yang sirip tak sama besar akhirnya kami naik untuk melepaskan lelah dan mencuci mata. tengah syok lepak2, perut lak berbunyi nyaring. perkena mee goreng (RM3) berlaukan telur dadar (RM2.50) dan bersulamkan air nescafe (RM3.50) yang dibeli di food stall berdekatan punyala krung. bukan kerana sedap, tetapi terkejut dengan harga yang tak seberapa dengan kualiti yang disediakan. apa2pun layan je.. lepas makan lepak2 jap dan sambung semula rutin di atas.

rizmi yang asyik mengejar fish dan paktam terkilan tidak menyewa snorkeling equipments dan akhirnya menjadikan speknya sebagai goggle


rizmi cuba membina sand castle dengan menggunakan kaki paktam sebagai foundation


rizmi tido kepenatan. paktam & mommy bergambar dengan selipar jepun yg dibeli RM10 sepesang. worth it?


indahnya bumi tuhan


bergambar kenangan sebelum berangkat pulang. mommy masih mampu tersenyum. paktam sentiasa memandang ke hadapan, itulah moto hidupnya


one big happy family. ("besar ke?', tanya abg zul, "anak baru sorang at least kena ada 4-5 org baru boleh diklasifikasikan sebagai besar")


rizmi masih lagi dengan ferrari kuningnya.


mommy yang tak pernah lekang dengan pose tersendiri. good pose actually


it's about time. wish we will be here again next time

Sunday, June 13, 2010

Manukan Island - part I

Rizmi menangis kesejukkan selepas dipaksa mandi awal2 pagi. namun tangisannya tidak lama selepas aku bagitau pagi tu kami nak gi 'lalan', terus dia senyap dan beria2 menyuruh aku memakaikan bajunya. hari itu, kami berempat (termasuk ajib) telah plan nak gi Manukan Island. walaupun jam menunjukkan pukul 7 pagi, namun matahari sudah terpacak di atas kepala.

Sampai di Jesselton Point Ferry Terminal, mommy terus beli tiket, kononnya nak sampai awal ke pulau tu. so tak sempatla aku nak beli pelampung untuk rizmi. actually rizmi dah ada pelampung, tapi tertinggal lak kat JB.. ayark.. sebelum naik boat, ajib & mommy sempat lagi shopping selipar jepun kat jeti tu - dengan muka kelat mereka berdua bayar RM10 untuk sepasang selipar jepun. haha, kesian.. tapi apakan daya, takkan ajib nak pakai kasut kerja dia plak gi jalan2 kat pulau.


 rizmi dalam inactive mode semasa menaiki speedboat


Selepas 30min merentas lautan akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki kat pulau manukan. sepanjang perjalanan, rizmi tak banyak cakap tidak sepertimana bila naik kereta. dia diam seribu bahasa. tak taula mungkin dia mabuk laut ataupun sedang menikmati keindahan alam.

kami dah hampir sampai ke pulau manukan selepas 30 minit merentas gelora


 "tish....." itulah perkataan pertama rizmi setibanya kami di pulau manukan. dia terus menjadi aktif semula dan excited melihat ikan2 berwarna-warni yang bebas berenang ke sana ke sini.

geram melihat ikan-ikan yang sangat jinak (bukan anak ikan ye). kalau tangkap wat ikan bakar ni pergh~~


rizmi tidak sabar hendak mengejar dan berenang bersama-sama fish


sebelum masuk ke kawasan pulau kena bayar entrance fee dlu : RM3 per person, rizmi kena RM1


manala mommy ni, rizmi dah tak sabar nak kejar fish ni. ironiknya, kemana rizmi pergi ferrari kuning sentiasa bersama

to be continued..

Saturday, June 05, 2010

Sunset @ KK Town

Kali ni aku nak upload beberapa gambar yang sempat di captured ketika kami berada kat Kota Kinabalu town. lokasinya bersebelahan dengan Pasar Besar KK. actually wife aku yg spot tempat ni masa dia & ajib on the way gi Metrojaya - masa ni aku tgh attending conference. saja nak tgk apa2 yang patut & wat preparation sebelum akunye presentation turn the next day.

dedek tersenyum simpul selepas pagi tadi breakfast kat nasi lemak antarabangsa. masa ni kami baru je sampai.

hari dah makin gelap. padahal baru dalam kol 6ptg.

nun jauh di sana kelihatan pulau gaya & tunku abdul rahman park. aku bercadang nak ke sana selepas aku present nanti. yeay!

dedek yang tak pernah kenal erti penat. berlari sana, berlari sini, penat aku mengejarnya. sib baik ada paktam. boleh gak aku bawak2 berehat

daddy & dedek merenung masa depan. jauh dedek merenung, mungkin tgh mencongak aktiviti seterusnya

daddy, rizmi & mommy. one BIG happy family

hidup bagaikan tiang lampu? menyinari kehidupan disekelilingnya..

mommy, rizmi & ajib. hari semakin gelap. masa untuk beransur pulang


last but not least. sempat lagi bergambar di Pantai Tanjung Aru. disebabkan hari semakin suntuk tidak banyak pose mommy yg berjaya di ambil kat sini ^^

Malam tu kami makan seafood yang di beli di bandar KK dengan lahapnya.. tidak ketinggalan ngan rizmi yang acap kali tambah nasi. lapar sangat, mesti sebab banyak guna tenaga berlari-lari petang tadi. esoknya, aku nak kena present paper aku. so malam tu aku pulun finalize akunye presentation slides. mintak-mintak esok takde killer question. kalau ada gelabah gak nak menjawab..

Thursday, June 03, 2010

Jalan-jalan @ Sabah

Selasa lepas aku, mommy, dedek dan juga ajib telah gi ke Sabah. Actually tujuan aku gi Sabah sebab nak present paper di AMS2010 conference. Alang2 dah sampai sini, baik cuti2 malaysia ye tak? bukan senang nak dapat gi Sabah. Pagi tu pengetua dedek a.k.a Nani terpaksa bangun awal sebab nak hantar kitorang kat Senai Aiport.Thanks Nani, nanti kitorang bawak balik souvenir kat ko.

Tak banyak nak cerita di Senai melainkan dedek yang tak mo jalan, so terpaksalah aku dukung dia sepanjang airport senai dengan bergalaskan backpack sambil menarik trolley bag.

dedek sedang menunggu breakfast di marrybrown. lambatnya kepala dah gantal perut pun dah lapar ni.

dedek kagum melihat kapal terbang dalam jarak dekat. tapi rasanya dia lagi excited bila dapat tgk sport car.

ibu dan dedek bergembira sebelum flight take off

last-last dedek tertido sebelum flight terbang. mengantuk sangat rasanya, yela kena bangun awal-awal pagi. apapun kesian kat ajib sebab tak dapat tdo dalam flight sebab budak kecik sebelah dia kecoh amat. haha.

 zooming through the skies

Wednesday, June 02, 2010

Upload background

disebabkan photobucket takleh support resolution yg tinggi (cis), maka terpaksalah aku upload template background kat sini.. at least aku dah ada first posting.. haha

my first step.. welcome to the blogger world



p/s: more to come ^^
© aku, dia & lensa
Maira Gall