using innov8
Showing posts with label using innov8. Show all posts

Friday, January 06, 2012

Penangan Sate Gelang Patah



Aku rasa setakat ni, inila antara sate yang paling mantap aku pernah makan selain dari sate kat tangkak (sate babat). dia punya rasa memang terangkat habis - cukupla rempah ratus orang kabor. dulu orang mesohor sangat ngan sate haji samuri. tapi bagi aku sate hj samuri/kajang tu biasa-biasa je, takla sedap mana pun. keras je lebih! setiap hari selasa petang, mesti aku singgah pasar malam gelang patah semata-mata nak beli sate ni! peh, minggu depan nak kena beli lagi ni. nak makan sate, nak makan sate...!!

Saturday, November 26, 2011

Selamat Pagi



Selamat pagi..! anak dara ni, kalau bangun pagi memang ceria. tak pernah nak menangis bagai macam budak lain. bangun-bangun je terus senyum. selain senyumannya part yang aku paling suka bila dia bangun pagi ialah rambutnya. dia punya rambut memang korean habis org kabor. patutla orang-orang korea tak suka mandi pagi, nak stylekan rambut ye dak?

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH

Tuesday, January 11, 2011

Rizmi sudah besar!


pejam celik pejam celik tak sangka rizmi sudah besar. dulu bukan main payah kalau nak potongkan rambut dia. siap berpegang bagai. tapi sekarang, dia dah boleh duduk atas kerusi sendiri. aku senyum nipis - BANGGA!

KEPADA WARGA JOHOR SELAMAT BERCUTI HARI NI :)
 

Monday, October 18, 2010

Pagi yang keemasan

Jam dah menunjukkan pukul 6.45pagi. kebiasaannya waktu-waktu begini aku dah mula memanaskan enjin kereta demi menghantar wife tersayang pergi kerja. tapi pagi itu agak lewat sedikit. aku dah berkira-kira mesti kereta dah membanjiri jalan. aku kurang selesa driving dalam keadaan sesak ni, sebab ia betul-betul menguji kesabaran!

pagi tu agak lain, cerah semacam je. walaupun masih awal, tapi langit sudah keemas-emasan. tanpa berlengah aku keluarkan handphone - bukan nak menelefon atau apa, cuma untuk merakam gambar pagi itu. cis!


jarang dapat melihat suasana bergini di awal-awal pagi. mungkinkah aku bertuah pagi itu?




kantoi nampak kekotoran dekat windshield di situ. takpe, suasana pagi tu yang penting. lain-lain aku tak ambil peduli
© aku, dia & lensa
Maira Gall