Sepertimana yang aku pernah cerita,
aktiviti pertama kitorang tahun 2011 ni ialah pergi berkelah di Air Terjun Kota Tinggi. lepas subuh, aku dan orang rumah bersiap-siap menyediakan juadah bagai untuk berkelah. aku seperti biasa tugasan aku adalah membuat sandwich manakala wife pulak tung-tang tung-tang menyediakan nasi lemak. nanato dan rizmi masih lagi enak di buaia mimpi.
* * * * *
bersiap lebih kurang, kami bertolak 15 minit sebelum pukul 10. dalam lebih kurang sejam perjalanan, akhirnya sampai jugak ke tempat nak dituju. terima kasihla kepada GPS handphone ku kerana telah banyak membantu dalam memberikan direksi. tanpanya mungkin aku sesat di ladang kelapa sawit. haha!
sampai-sampai orang masih tak ramai. bagus! agak terkilan kerana bayaran masuk agak mahal, aku melabur kira-kira RM27.50, RM7.50 untuk dewasa & RM5 untuk parking. tapi takpe, alang-alang dah sampai masuk jela kan. apala sangat RM30 kalau nak banding dengan pengalaman yang bakal rizmi dapat buat pertama kalinya mandi-manda kat air terjun, ye dak?
atas faktor wife aku yang sedang berbadan dua, kitorang just lepak kat bahagian bawah je, malas nak panjat bukit naik sampai air terjun ke tingkat berapa ntah. dan untuk kali yang keduanya aku terkilan, boleh pulak periuk nasi lemak tertinggal kat rumah. sambal, telur, timun bagai ada, tengok-tengok nasi pulak yang takde. cis! nasib baikla sandwich yang aku buat dapat menampung kelaparan kami yang tidak breakfast pagi tu. ceh!
sekumpulan geng-geng remaja cina sedang seronok bermain air di situ. memang seronok, tapi tak tahannya batu-batu kat sini licin amat. aku berapa kali tergelincir jatuh.
rizmi memang tak suka mandi kat tempat air yang mencurah laju ni. berapa kali aku ajak dia masuk, dia tak mahu katanya. sedangkan shower dalam bilik air pun dia tak nak, ini kan pula air terjun. ceh!
amoi sedang mengambil gambar pasangannya yang bertenggek di atas batu betul-betul di depan aku, dan pakcik berbaju merah tu pula sibuk mencari gambar menarik agaknya. ah jangan macam-macam, dia ambil gambar anak dia la kat bawah tu. betul aku tak tipu!
memang kami 1Malaysia hari tu. tak kira jenis kulit dan bangsa, semuanya mandi-manda di tempat yang sama. sesekali awek india ni (aku agak kalau tidak singh) sempat menjeling ke arah aku. ceh kan kantoi di situ.
tidak hanya terikat nak mandi air terjun sahaja, sape-sape nak main water sliding ala-ala bukit gambang atau sunway lagoon pun ada. tapi takla segah taman tema air yang aku sebutkan tu :)
nak balik barula aku sempat merakam gambar pintu masuk ke air terjun ni. maka betullah kepada sesiapa yang meneka air terjun kota tinggi pada entry aku sebelum ini. nak hadiah tak, nak? haha.
p/s: kepada sesiapa yang gambarnya ada di sini dan tak mahu aku menyiarkannya, bolehla bagitau. nanti aku turunkan gambar tu. gambar aku dengan keluarga? itu biar kami je yang simpan dan tengok. haha!