leisure
Showing posts with label leisure. Show all posts

Monday, April 08, 2013

April Datang Lagi


Bulan 4 datang lagi. sepertimana tahun-tahun lepas, bulan ni bukan sahaja aku terpaksa mengisi e-filing dan membayar cukai atas dasar tangungjawab sebagai rakyat malaysia, tetapi juga kena berbelanja lebih untuk menyambut harijadi rizmi & haifa.



goodies perlu disediakan untuk diagihkan kepada kawan-kawan mereka di taska. budak-budak bila dapat goodies ni memang seronok mereka jadinya.



tidak lupa juga acara meniup kek harijadi. tahun lepas kek pelangi berlatar belakangkan spongebob menjadi pilihan. tahun ni tak tau lagi nak pilih kek apa. SR ok tak? sebab rizi memang pantang nampak kek SR ni. sorang boleh dia habiskan separuh.

Sunday, February 17, 2013

Rizmi dan Gumball


celik mata tengok Cartoon Networks (CN). balik sekolah sekali lagi CN. pendek kata hari-hari pun layan CN. macam rugi plak aku subscribe discovery dan sports bagai. semuanya tak dapat nak tengok. antara fevret series rizmi kat cartoon networks adalah, the amazing world of gumball (watak gumball dan darwin yang gila-gila), regular shows (mordecai dan rigby yang banyak timbulkan masalah dan malas membuat kerja), the adventure time (siri pengembaraan jake dan finn dalam menyelamatakan kerajaan puteri bublegum dari kejahatan ice king), ninjago (dapat layan on-off je, sebab tak tau pukul berapa airtime) dan tak lupa ogy and cockroaches. itu belum di tambah dengan Disney channel dengan Nickelodeon lagi. adeh!

Tuesday, January 01, 2013

Kelas Kemahiran Hidup


Dulu djaman sekolah aku teringat bilamana waktu kelas kemahiran hidup aku mula jadi serba salah. kalau buat kerja kayu atau pasang alat elektroinik yang berlip-lap dan berbunyi nyaring buzzer aku layan jugak; tapi ini bab-bab belajar menjahit. ceh ada beberapa teknik yang cikgu aku ajar, aku dah lupa namanya. nasib baikla aku jenis yang dengar cakap cikgu. jadi hari ini, berjaya jugak aku menjahit seluar sekolah rizmi untuk pakai hari pertama dia sekolah esok (disebabkan pinggang terlalu besar). kualiti jahitan aku tolak tepi, kalau seluar tu mampu bertahan sampai jumaat ni kira aku dah berjaya, sebabnya wife aku akan pulang dari KB khamis ni. yeah!

Sunday, May 22, 2011

Mengintai dari tirai jendela



Ni la jadinya kalau dah duduk sorang-sorang ni. serba-serbi tak menjadi. mati kutu dibuatnya. duduk salah, baring salah, tgk tv serba tak kena! dulu paling tidak boleh jugak bawak bergusti dengan rizmi. sekarang intai jela apa-apa yang patut. jangan kena cop stalker sudah.



Godek-godek photoshop last-last jadik macam ni.adeh! takpe org puteh kabor ini ART.

**p/s: rindu kamu bertiga :)

Thursday, March 31, 2011

The Reaper



Dulu masa kecik-kecik kalau nampak makhluk macam ni mencirit lari. tapi budak sekarang, rileks je. siap nak pergi dekat lagi tengok apa bendanya. nak kata berani tidak jugak, tapi aku syak mereka buat-buat berani je kot. nak dipanjangkan cerita, selepas aku tengok sequels scary movie, terus aku nak tergelak tengok hantu-hantu yang macam ni. tak ganas langsung, ceh!

Friday, February 25, 2011

Sempadan



Nun diseberang sana, negara jiran kita sedang memerhati gelagat kehidupan rakyat malaysia. kita menghalang surveillance mereka dengan hanya mengunakan cerucuk-cerucuk besi ini ajakah? ke cerucuk ni digunakan untuk menghalang serangan todak? ha ha ha!




Sebaris cerucuk-cerucuk besi sedang teguh berdiri cuba mempertahankan kedaulatan negara ini. tapi aku syak benda ni gunanya untuk aktiviti penambakan pada asalnya. tengokla jumlah teritip yang menjadi penumpang tegar tu, agak-agak memang dah agak lama la projek mega ni terbengkalai. haish!


p/s: orang kabor tempat ni cantik ambil gambo sunset. nanti aku try test tengok macam mana.

Thursday, January 13, 2011

Dulu & Kini

Pada entry yang lepas, aku ada menceritakan tentang betapa kentalnya rizmi memotong rambut tanpa perlu aku menemaninya lagi di kerusi. kini beban yang aku pikul sudah menjadi ringan. tidak perlu aku bersusah payah memegang kaki-tangan-kepala rizmi semata-mata untuk bergunting, tidak sepertimana sebelumnya. namun entry kali ini bukanlah hendak menceritakan keberanian dia duduk berguting sorang-sorang, tapi aku hanya ingin melakukan sedikit survey, barangkali :)



Dulu, rizmi memang kerap berambut panjang. dengan rambutnya menutupi dahi adalah fesyen yang sinonim bagi kanak-kanak yang sebaya dengannya. bukan apa, takkanla kecik-kecik dah pandai belah tengah ye dak? kalau belah tepi nampak skema pula nanti. ulat buku orang panggil. walaupun rizmi membaca pun tak reti lagi. hahaha!




Kini, rizmi tampil dengan fesyen terbaru. orang di luar menamakan rambut ala beckham, tapi aku prefer tores. bagi aku zaman beckham dak berakhir dan tidak releven lagi untuk diceritakan pada tahun 2011 ini. yang pasti, aku memang tak berapa berkenan kalau rizmi menyimpan ekor macam sesetengah kanak-kanak lelaki zaman sekarang

Ok, survey bermula. sapa yang suka DULU dan sapa yang prefer KINI. cast your vote now :P

Sunday, December 26, 2010

Bata? ceh!

"Bata? kah kah kah. takde jenama lain ke?", mesti ramai yang mentertawakan korang bilamana korang membeli kasut, sandal, selipar atau seumpanya di bata. sekarang tidak lagi, sebab Bata bukanlah satu jenama kasta rendah yang boleh dipandang enteng pada si pemakainya. namanya setaraf dengan jenama-jenama elite yang lain - aku tak mahu sebut, aku pasti korang boleh namakan.
Bata di asaskan oleh Tomáš Baťa pada tahun 1894 di Zlin kini lebih dikenali sebagai Czech Republic. pada asalnya, pasukan tentera memakai kasut ini sebagai kasut  rasmi ketenreraan mungkin disebabkan atas dasar kualiti yang baik yang mampu menyerap bunyi semasa berjalan. patutla bila aku memakai kasut bata je, kadar bunyi tapak kaki aku semasa berjalan kurang beberapa decibel. setelah perang dunia pertama meletus, jenama bata semakin berkembang dan menjadi satu jenama terkenal sebagai pengeluar kasut antarabangsa dan  ia semakin menular ke seantero dunia sehingga ke hari ini. ok cukup, aku takmo cerita banyak tentang sejarah yang lain-lain korang boleh baca di link yang aku berikan kat atas :)



lepas ni bilamana ada orang sindir korang pakai kasut bata, korang senyum sinis kat diorang dan biarkan mereka terpinga-pinga kenapa. hanya orang yang celik sejarah tahu dari mana asal-usulnya :)


p/s: aku pada awalnya mati-mati ingatkan bata jenama kita. batu-bata mungkin! ceh..~~

Friday, December 24, 2010

Shopaholic

Hujung-hujung tahun ni, semperna YES la katakan ramai kaum-kaum wanita tidak kira kaum ibu, muda-mudi, gadis-gadis sunti tak lekang mebelek katalog-katalog untuk mencari barang-barang pada harga runtuh. pada waktu ni, golongan suami yang kerap geleng kepala sebab terpakasa mengikut nafsu si isteri pergi shopping. kalau pergi berdua takpe lagi sebab keadaan terkawal, tapi kalau bawak anak-anak dari senyum terus boleh mendatangkan hangin sebab anak-anak berlari ke sana ke mari sementara para isteri sibuk memilih barang.

aku bukan nak cerita pasal shopping sangat pun. cuma tetiba nak tunjuk koleksi buku terbaru wife aku yang dikarang oleh Sophie Kinsella. entah aku tak pernah belek pun buku ni. jadi tak dapatla nak buat review. apa yang aku tau, buku ni berkisar tentang seorang yang kaki shopping dan kehidupan disekelilingnya. yang lain-lain mungkin ada yang tau lebih detail agaknya :)



antara koleksi shopaholic yang wife aku ada, kalau tak silap semuanya ada ada 6 jilid. so kena carik lagi 2 selepas ni. koleksi aku? erm rasa-rasanya banyak journal papers je kot yang aku baca - sungguh tidak santai!




antara sedikit contoh gaya penulisan yang aku rasa memang mudah difahami, tidak perlu ada kamus di tepi :)




#1 new york times best selling author. aku rasa tak rugi kalau memilikinya. p/s: ini bukan promo atau apapun sebab aku tak dapat apa-apa komisenyen pun dari entry ini. cis!


SELAMAT BERSHOPPING & SELAMAT HARI NATAL!

© aku, dia & lensa
Maira Gall