koleksi
Showing posts with label koleksi. Show all posts

Saturday, March 30, 2013

Dari Liberpool ke Sekudai


Dulu masa aku masih culture shock dengan kehidupan di universiti djaman 2001, member aku ada beli cd 'Dari Jemapoh ke Manchestee'. jalan cerita yang sempoi, kira boleh layan jugakla cerita-cerita underground macam ni. mengisahkan dua budak kampung dari jemapoh hendak pergi ke england. sorang nak tengok pasukan kegemarannya, Manchestee United dan sorang lagi nak carik ayah dia kat liberpool.



Setelah seminggu menunggu, hari ni (selang beberapa jam yang lepas), berjaya jugak barang yang aku order sampai kat rumah. ini kali ketiga dalam tiga tahun kebelakangan ini aku beli LFC kits dari Liverpool FC store, semenjak Standard Chartered ambik alih sebagai sponsor. Bukan apa, kadang-kadang diorang ada buat sales yang memang berbaloi-baloi daripada beli dari butik-butik kat malaysia ni.



Justice for 96!



LFC hologram. setiap jersey ada nombor uniknya tersendiri yang tercatat kat hologram ni. kira macam IC untuk LFC kits yang genuinela. so, korang ambil no kat hologram ni dan register nombornya, so korang eligible untuk memenangi goodies dari LFC. great kan? bukan saja dapat barang ori, malah boleh menang lagi :)


p/s: lepasni bolehla merajinkan diri re-update. sbb dah lepas viva-voce :)

Sunday, March 10, 2013

Nerf: Bersiap Sedia Untuk Berjuang

Rizmi dah bersiap sedia dengan blasternya kalau-kalau ada perkara tak diingini berlaku kat selatan tanah air ni. ada satu lagi blaster dia tertinggal, N-Strike Maverick REV-6 kat dalam stor (malas aku nak pergi korek). Retaliator tu aku baru je beli bulan lepas. mula-mula nak belikan untuk besday dia this coming may. last-last kena beli awal, sebab boring hari-hari dia tanya; lambat lagi ke besday mi? bukan hari ni ke besday mi?


Blaster clip dah fully loaded. tunggu panggilan je lagi. dah berapa kali aku jadi mangsa perluru warna biru tu. perluru kuning tu, tunggu masa je lagi. dia punya rasa, boleh mengeliat jugakla bila kena. tapi takla sampai berbintat-bintat macam main bedil bilamana kena peluru buah cenerai. dulu nak main askar-askar semangat potong papan jadikan senapang kayu. bila siap, dia punya senyum fuh sampai telinga :)

Wednesday, January 09, 2013

Petronas BoboiBoy Petir


Akhirnya hampir sepurnama rizmi menunggu, Boboiboy halilintar terjual juga di kedai mesra petronas. acap kali aku gi petronas mengisi minyak, mesti dia bertanya tak keluar lagi ke boboiboy halilintar? dan tiap kali itu jugakla aku terpaksa keluar masuk kedai, untung-untung dah keluar. tadi aku redeem dua sekali gus point kad mesra aku (menyebabkan dulunya points tahap puluh ribu kini tinggal berapa kerat je). satu untuk jemi (halilintar) dan satu lagi untuk haifa (yin), gopal? lain kali aku pikir. boboiboy angin, tanah dan yaya dah lama mereka ada.  

Tuesday, June 26, 2012

Hobi baru



ralit main nampak. lepas ni handphone ngan laptop aku dah tak jadi mangsa lagila. dulu pantang malam mesti ngecek nak guna laptop+hp untuk tgk youtube atau main games.

Sunday, June 24, 2012

Spacerail Roller Coaster


Nama sikit punya panjang dan berbunga-bunga. naik roller coaster ke? benda alah ni macam marble run jugak. cuma kali ni version dia lain sikit. instead of marble bergerak on horizontal line, kali ni dia boleh berpusing upside down. sebijik macam roller coaster jugakla. dah lama rizmi mengidam nakkan benda ni. sejak dia terjebak ngan youtube. acap kali tengok mesti suruh beli. bukan murah dia punya harga. tapi sebab anak, poket nipis pun takpe.



spacerail level 4 mempunyai rail sepanjang 26m. ni kalau camtum panjang ni boleh dapat dari living hall ke wet kichen dia punya panjang. actually aku nak beli level 1 punya, tapi sebab takde stok terpaka beli level 4. harap tak payah nak assemble nanti.



unboxing spacerail. ni antara part-part yang aku kena cantum nanti. dia punya manual fully chinese. ada sikit-sikit english. harap-harap aku bolehla faham sikit2 nanti



setelah berhempas pulas dari magrib membawa ke jam 2 pagi, akhirnya aku berjaya gak pasang benda ni. punyalah pasah nak pasang especially rails kaler putih tu. naik melecet jari aku dibuatnya. sebab aku takmo membazir bateri, aku sambung je dengan power adapter. tu yang nampak klip buaya hitam ngan merah tu.



time to play :)

p/s: kalau nak tgk macam mana spacerail ni working bolehla tgk kat youtube.

Monday, March 19, 2012

Rumah Hitam


>

dalam SPA hujung tahun ni siapnya, tapi rupa-rupanya dah dapat CCC dah pun. skang tunggu government release balance je lagi pastu dah boleh ambil kunci. cis baru je nak bersenang-senang kumpul duit sampai hujung tahun untuk renovation, last-last kena korek ASB.


p/s: nampaknya rumah merah dah kena naikkan iklan untuk di sewala nampaknya lepas ni. takpun buat homestay cara jugak.
** rumah hitam represent rumah kaler kelabu kat pulai indah, rumah merah represent rumah aku sekarang kat mutiara rini sebab atap kaler merah - ni gara-gara rizmila yang bagi nama terus lekat sampai skang!

Friday, March 02, 2012

Water dispenser



Dah ada benda alah ni, tak payahla susah-susah aku nak masak air lagi ye dak? nak air panas buat susu anak tekan je, terus keluar air panas. nak minum air sejuk tekan je terus dapat air sejuk, sesejuk macam air dalam peti ais. kalau rasa nak minum air suhu bilik pun boleh jugak.

p/s: baru je siap install tadi. so takleh nak rasmi lagila nampaknya, kena tunggu tengah hari sikit. aisheh!

Saturday, July 23, 2011

Penguin Race



Akhirnya, berjaya jugak aku dapat penguin race ni last week kat pasar malam. actually aku tak nampak benda alah ni. hero aku Ralfi yang nampak. bila dah nampak tu memang dah takmo bergerakla selagi tak dapat. akhirnya aku pasrah!



tiap hari dan masa rizmi pasang benda ni. aku pun dah naik lali dengar bunyi lagunya. lagunya sikit punya kuat. itupun aku dah selotep kat bahagian tempat keluar bunyi. last week aku balik kampung dan tak bawak penguin race ni. dan setiap hari jugakla kat kampung dia mengamuk nak main dengan benda ni. "nak wee wee"  rizmi kata. adeh!

Friday, July 01, 2011

Run Marble Run!


Setiap kali tengok budak-budak main marble run kat youtube, rizmi terus bersuara, "nak nak nak.. tunggu daddy lalik..eh Baaaalik.." dia memang seronok tengok guli-guli tu main kejar-kejar. sekejap-sekejap terdengar bunyi gelak dia.



Last tuesday, lepas penat mencari-cari akhirnya aku jumpa jugak marble run ni kat Angsana. actually, hari tu aku nak carik game penguin yang panjat tangga tu, last-last end up dengan game ni pulak. kiranya rezeki rizmila ni. tengokla punya seronok dia main. sampai tak toleh kiri-kanan



sekarang, coffee table dah jadi port dia main benda alah ni. tak kisahla, janji lepas ni dah tak berebut laptop lagi. kalau dulu memang laptop satu tu dia sorang je yang pegang. skang wife aku pulak yang pegang. senyum sampai telinga je main facebook nampaknya



bukan calang-calang orang boleh cantum-cantum sampai tinggi macam ni. mula-mula buat tak jadi. tapi kali kedua terus dapat macam ni. tapi takdelah segah mat salleh punya. marble run diorang satu bilik dia punya  besar. takpe, ada ongkos nanti boleh beli yang besar pulak.


*p/s: entah apa silapnya wife aku mula aktif berblogging semula. aku suspect dia nak lawan ngan najwa ni. yela satu profession dengan najwa, tup2 najwa selalu blogging. haish! ni url blog wife aku: A walk to remember..


Wednesday, June 22, 2011

Kereta Nani



Mesti korang terpana seketika apa tu kereta nani kan? nah ni dia kereta nani. tapi yang ni namanya nani polis. kalau ambulans namanya jadik nani sakit, kereta bomba pula jadik nani api. nama-nama ni semuanya hasil cipta rizmi. apesal dipanggil nani? cuba korang dengar bunyi siren kereta-kereta ni, tidak ke ala-ala bunyi NANI. tu pasal dapat nama macam tu.



yang ni bukan habuk ye. ni namanya salji. habis sebotol bedak johnsons baby rizmi jadikan salji. dia kata bila ada salji, jalan licin. so kereta banyak eksiden. banyakla dia punya eksiden, aku yang tak pasal-pasal kena lap salji-salji dia nanti. cis!

Wednesday, January 26, 2011

Barang Antik



Dulu kalau nak menjerang air, memang berpeluh jugakla. kena hidupkan api dan sediakan kayu api bagai. tapi sekarang, letak air dalam cerek, petik suis dapur dan tunggu sampai cerek berbunyi - ini pun boleh dikira cara lama jugak. cara paling baru bukak pili terus minum. apaadahal ye dak?




aku pernah merasa hidup bercahayakan lampu minyak tanah ni. dulu lebih dikenali dengan panggilan lampu ayam. aku tak pasti mengapa orang dulu-dulu memanggilnya dengan nama sedemikian rupa. mungkin lampu ini sesuai untuk memanaskan ayam-ayam di dalam reban agaknya. apa yang pasti kita memerlukan skill yang tinggi untuk menyalakan lampu ini. bukan calang-calang boleh buat :)




aku pasti orang dah tak berapa nak pakai mentol lampu berwarna kuning ni. bukan sahaja menggunakan tenaga elektrik yang tinggi, malah penggunaanya pun tak berapa baik untuk situasi membaca buku. orang sekarang lebih suka guna lampu pendaflour sebab cahayanya putih. jimat pun jimat ye dak? kalau nak romatik apa salahnya guna lampu macam ni :P

Sunday, August 08, 2010

Sudah sampai ajalnya..

Tadi apabila aku ingin menjemur baju - aku agak terkejut melihat ada sesuatu yang ganjil yang tidak sepatutnya berada di tempat itu - di dalam washing machine. setelah di amati betul-betul, maka sahla dia (pendrive) berada di tempat yang salah pada masa yang salah. mungkin sudah takdirnya ditulis begitu, maka aku pasrah.

dia menemui ajal dalam keadaan yang mengerikan bagi makhluk yang dikategorikan dalam spesisnya.



R.I.P - Sunday, 8th August 2010, 12.30 pm.
cause of death: drowning


p/s: rasa-rasa boleh replace dengan yg baru tak since kingston provide lifetime warranty?

Wednesday, August 04, 2010

Roda-roda panas

Seperti kebiasaan, shopping dengan membawa rizmi pastinya memerlukan ketabahan yang tinggi tidak lupa duit yang lebih. yang pastinya, ada sahaja benda yang tidak termasuk dalam shopping list terpaksa di beli. hipotesis di sebelah adalah benar dan terjadi (again) pada aku semalam. bagai sudah planning dan sepertimana kejadian-kejadian sebelumnya, rizmi sekali lagi menggunakan taktik yg sama (menangis bagai tiada kesudahan) bilamana ternampak mainan di toys department. dan aku sekali lagi dengan muka kelat memujuknya namun gagal yang aku dapat. maka dengan tidak semena-mena aku terpaksa membeli set ferrari hot wheels yang harganya agak "in" juga jika dibandingkan harga mainan yang cuba aku kaburkan dalam sessi memujuknya. adeh..!!


antara koleksi kereta yang rizmi miliki. sebenarnya ada banyak lagi, tetapi disebabkan kereta2 tersebut berada di bawah meja, kerusi mahupun tv rack maka ini jela yang mampu ditunjukkan buat masa ini



bukan satu atau dua tapi lima ferrari yang berjaya dimiliki rizmi pada petang semalam. tokey minyak pun berpeluh camni. namun apakan daya sudah rezeki rizmi agaknya.



jika diamati betul2 macam kenal je lokasi ini. ya inilah tempat perperangan bala tentera rizmi yang lepas. mungkinkah selepas ini tiada lagi perang saudara berikutan pertambahan 5 lagi koleksi kereta mini sehingga petang semalam.



antara koleksi kereta mini rizmi. rasanya keberangkalian pertambahan koleksi adalah tinggi jika dibawa rizmi pergi shopping sekali lagi. ^^

Sunday, August 01, 2010

Bila askar rizmi mula beraksi

Rizmi membariskan askar-askarnya bersiap sedia untuk berperang selepas rundingan yang dibuat gagal mencapai kata putus. kedua-dua belah pihak bertegas untuk memiliki kereta-kereta hot wheels yang dibeli oleh adek dah besar sebagai pemilik yang sah. dijangkakan peperangan saudara ini bakal meletus pada bila-bila masa sahaja.









© aku, dia & lensa
Maira Gall