flora n fauna
Showing posts with label flora n fauna. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Jalan Sorang?



Ini sparrow, bukan jack sparrow tapi house sparrow. aku kesian tengok kat dia sebab jalan sorang-sorang. kawan-kawan takde. nak kata kera sumbang, tapi dia burung. mungkin burung sumbang agaknya! tula, orang suruh sokong Liverpool, ko bantai gi sokong Manu. kan dah jalan sorang-sorang. 

p/s: game sabtu ni (esok) wajib tengok. come on king kenny! YNWA!

Sunday, April 24, 2011

Lubuk ikan kap

Kalau dah pergi taman rama-rama tak lengkap rasanya sekiranya tidak melepak di lubuk ikan kap. takdela lubuk sangat sebenarnya. tapi kalau mancing, bagi 5 minit je dah seguni ikan boleh bawak balik. bukan kecik punya spesies, boleh sampai besar lengan jugakla saiznya. berpiknik kat tepi lubuk ni memang mengasyikkan, nak-nak kalau bawak budak sebaya rizmi. memang kecoh jadinya. sana dia kata fish, sini dia kata fish. pendek kata boleh penat jugakla mendengar celotehnya.



Haishh ikan ni tak reti duduk diam. orang ke kanan dia sibuk ke kanan, orang ke kiri dia ke kiri jugakla. kalau sekor dua yang mengikut takpe jugak, ni abis satu keluarga ikut. sorry kami tak bawak makanan hari tu. kalau tidak boleh jugak buat alas perut ye dak?




Ntah apa dua orang ini bercerita pun aku tak tau. tapi pastinya bukan cerita bawang merah dengan ikan kaloi! rizmi kalau bab-bab ikan ni, memang dia paling seronok. silap haribulan mau dia terjun dalam kolam erk lubuk tu. hahaha...!!




Tengok pada gayanya memang tembam-tembam ikan-ikan kap kat sini. makan apa gamaknya boleh membesar macam ni sekali. ada jugakla dua tiga ekor yang bunting kat situ. acer teka mana satu?


Friday, April 22, 2011

Mawar merah untuk kamu!



Kadang-kadang benda yang kita anggap cantik memang cukup sukar untuk kita mendapatkannya. silap langkah boleh mendatangkan harm pada diri kita. sepertimana mawar merah di atas. silap gayanya bunga tak dapat, darah mengalir di tangan. jadi berhati-hatilah :)

Wednesday, February 16, 2011

Ladybird



Ladybird atau dengan nama lain Coccinellidae bukanlah spesis burung sepertimana yang terdapat pada namanya, tetapi tergolong dalam kumpulan kumbang yang mudah ditemui di daun pokok terung. aku masih ingat, semasa kecik-kecik dulu ladybird ni adalah serangga kedua yang aku suka tangkap selain belalang, dan akibatnya tangan berbau busuk dan berwarna kuning. cis!




spesies ladybird ni memang mudah dijumpa kat daun pokok-pokok terung. pada satu pokok terung tu boleh empat lima ekor jugakla yang ada. so no wonderla daun terung banyak berlubang-lubang macam kena bedil M-16. tapi apaadahal, kita makan terung bukan daunnya ye dak? aku masih tercari-cari ladybird bewarna merah, sape tau acer bagi tau sini.


*p/s: semenjak dua ni aku banyak upload gambo binatang, nak jadi zoologi ke apa?

Saturday, January 22, 2011

Kisah Belalang


aku bukan nak bercerita panjang atau apa, cuma dulu masa kecik-kecik aku memang suka menangkap belalang ni. tak kirala spesies belalang kunyit, atau belalang yang kecik-kecik tu (x tahu nama). tangkap, lepas tu buang kaki tunjang dia nah mereka dah tak boleh melompat lagi. memang kejam! tapi kalau suruh aku tangkap belalang tempur aku surrender awal-awal :)


p/s: sudah agak lama aku tak update, aku semakin sibuk dengan rutin seharian dan koleksi gambar pun dah lama tak tambah-tambah. tak boleh tidak kena tambah gambar baru boleh buat entry baru ye dak?

Sunday, January 16, 2011

Bearded Dragons



Bearded dragon atau dalam bahasa melayunya "naga berjambang" adalah spesis cicak yang berasal dari hutan kering di australia. spesis cicak ini dikatakan antara spesis cicak yang sangat hebat memanjat. tapi mereka tidakla ada kuasa supernatural sepertimana cicak-man - boleh buat backward & forward. haha!




mungkin disebabkan kulit-kulit yang seakan jambang dibawah dagunya maka mereka menggelarkannya naga berjambang. sekali tengok adala iras-iras naga dalam cerita Merlin tapi naga tu ada sayap dan agak segak juga. sapa tak pernah tengok cerita ni, baik kamu tengok di tv3, sekarang dah masuk musim ke-3.

Sunday, January 09, 2011

Birdies


burung-burung ni tengah asyik membersihkan diri masing-masing. tidak menghiraukan keadaan sekeliling. yang penting mereka perlu nampak segak demi para pengunjung




aku datang pada  waktu silap ke? semuanya pakat-pakat takmo pandang kamera. cis!




yang ini pun sama. membelakangi aku. tak boleh jadi ni, aku mesti bertindak mencari gambar muka burung. tidak boleh tidak.




finally, here he goes. you really make my day. aku berjaya juga merakam gambar burung yang sedang memandang kamera. agak-agak boleh jadi model churchurp tak? kaler dah hampir sama, jambul pun ada.

p/s: sebenarnya aku takde idea nak post apa. mungkin ini dapat mengembirakan para pembaca tegar blog ni. terima kasih :)

Sunday, August 01, 2010

Penangan ayam kampung

3 ekor lagi ayam kampung berjaya dikorbankan selepas kami (aku, mommy, mira, didi, nanato & adek dah besar) pulang ke rumah kuning baru2 ni. memang itulah kebiasaannya kalau kami pulang. ayam kampung bakal menjadi mangsa. jika ayam2 ini terdengar deruan enjin kami, pastinya mereka akan jadi pucat lesi. berlarian tak keruan. tapi apakan daya, sejauh manapun mereka berlari & mengepak mereka hanya mampu berlegar di kawasan rumah yang dekelilingi dengan konkrit. nak atau tak, mmg nasib mereka ditentukan begitu.. menjelang raya nanti pastinya peristiwa hitam ini bakal menghantui ayam2 kampung ini..


2 ekor bapak ayam yang merenung apakah nasib mereka keesokkan harinya. adakah panas sampai ke petang, atau bakal digulai di tengah hari?



jika mereka digulai hari ni, masih ada generasi-generasi perintis yang akan mengekalkan tradisi "menyambut kepulangan anak2 ke rumah kuning" dan itu semestinya sudah pasti



ayam kampung kalau dibuat masak kari atau gulai lemak memang cara..!! ditambah pulak dengan ubi kentang yang berbuku-buku di dalamnya. alamat, kenyang perut suka hati.



3 sekawan angsa yang ditugaskan untuk mengawal rumah kuning. buat masa sekarang mereka melaksanakan tugas dengan baik. tapi aku masih berteka-teki mengapa aku & rizmi masih belum merasa sudu mereka sedangkan abahku (tuannya) selalu disudu?

© aku, dia & lensa
Maira Gall