Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menara Taming Sari

Posted by afzan On Wednesday, December 15, 2010 36 comments

Ahad - matahari dah meninggi, jam menunjukkan pukul 9 pagi. rizmi masih lagi lena diulit mimpi. "betul ke nak pergi melaka ni? dah pukul berapa ni?". mata aku masih berat, maklumla pagi tadi layan bola. kalau menang takpe jugak, ni boleh pulak kalah. cis! sebenarnya tak plan pun nak pergi, tapi tetiba je pagi tu rasa macam nak pergi. bersiap lebih kurang, pukul 11.30 kami bertolak.

sampai-sampai kereta berasak-asak nak masuk pusat bandaraya. aku kilas steering masuk taman mini malaysia, tak tahan terperangkap dalam jammed. maaf, sebab gambar taman mini masih belum siap dicuci dan aku mengaku aku tersilap langkah menunjukkan gambar menara taming sari di bawah. cis! -p/s: inilah bahananya kalau tak buat draft sebelum mengarang blog :P


ingatkan keris taming sari je ada. rupa-rupanya menara taming sari juga wujud. tidak lupa juga kepada kicap  tamin yang aku kerap buat lauk semasa kecil-kecil dahulu




seronok agaknya naik benda alah ini, yela dapat tengok bandar melaka kedudukan tinggi (bird's eye view orang puteh kabor). dalam pada tu boleh juga buat congak berapa lebar selat melaka ye dak?




agak-agak bila turun boleh loya-loya tak? yela, berpusing ntah berapa kali aku pun tak tau. yang pasti petang tu agak kempunan kerana tak dapat naik menara ni. orang rapat berbaris, masa pulak dah suntuk yela nak kejar pergi umbai :)




takpe next time boleh naik lagi. sape pernah naik nak tanya, berapa tiket agak-agaknya? kat kaunter tulis RM20, tapi betul ke kalau tunjuk mykad boleh dapat discount?

36 comments:

i am S!L4H.. said...

pkcik suke jalan2 kan..pastu tgkap gmba cun2...ohhhh menjeleskan....
hakhak

Izan Ishak said...

kami selalu jalan2 melaka. tp tak pernah naik menara taming sari ni. selalu pi zoo melaka n pantai je ~~

afzan said...

silah: bukan suka jalan-jalan pun. bila kak mula melangkah, kita follow je

afzan said...

izan: kali ini kami berjaya tidak pergi ke zoo melaka. penat nak pusing woo zoo tu. dahla besau!

Nurr Kasih said...

wah nice angle amik pic menara taming sari tu.

nurr pun ke melaka juga sabtu dan ahad lps :).

Kalamhati said...

nice shots!suka..=)

Izan Ishak said...

afzan.. kami dah pi zoo melaka 2 kali. mmg berjaya pusing satu zoo tu tanpa naik tram pun. anak2 lah syoknya.. excited sgt kalau sebut zoo.

*teringin nak naik menara yg tinggi2 tu... tp gayat menguasai dirilah pulak~

afzan said...

nurr: mungkinkah terserempak di mana-mana? haha

afzan said...

kalamhati: tahnks :)

izan: kalau anak-anak dah besar sedapla keliling zoo. kalau anak2 kecik baru dua tiga tapak dah penat, alamat ayahnya la yang berpeluh ketiak!

akmafaizal said...

dah selalu gak balik melaka..menara ni pun dh pernah naik. best... tp blom sempat gi zoo n pantai kat melaka.huhu

N A N a t O said...

afzan; mereka kata harga tiket tu boley nego ngn kaunter...kamu tunjuk kad warna biru kamu, mesti dpt 10 hinggit...

ejai_ej said...

hohoho.. taming sari dan kicap tamin adalah 2 entiti yang berbeza.. tp aku tetap suka gambo ko bro.. simple, tp sedap mata memandang. isk... err.. ko kire tak bro baper minit mender tu naek atas pas tu turun bawah balik.. hehehehhe.. sure kat atas tu takde public toilet kan.. adeh.. heheheh

afzan said...

akma: yeke? berapa ringgit eh sekali naik? nak tau jugak, next time datang bolehla bawak duit cukup, semata2 nak naik benda alah ni

afzan said...

nanato: nego, awak ingat ni kedai apek ke boleh kila cincai? haiya... haha. tanya abg beca itu hari, dia kata rm15, tapi abg beca kamu kata rm10 mana satu yg benar?

afzan said...

ejai: tak kirala bro. aku rasa dalam 5-10 minit dari naik sampaila turun semula. sebab aku takde jam randik masa dan ketika itu. haha!

haidi takeAfoto said...

cun..aku pn baru je g sane last week..bez melaka skg ni..happening..mlm2 pn bez...

me3rma said...

sonoknya jalan3 melaka..nice..

yangyuyu said...

cun semua..bila agaknya nakpegi ni

Sasa Al-Sharif said...

alamak. gayat la ku tgk benda tu ambik gmbr dari atas tu menarik jugak rasanya

afzan said...

haidi: aku sokong, tak tersempat nak pergi semua tempat sbb masa agak suntuk. cis!

afzan said...

merma: kalau bawak anak murid lagi seronok agaknya :P

mier@merr said...

btol2...leh dpt discount...da 2 kali naek...malam skli...siang skli..hehe

afzan said...

mier: yeke? mmg kena naik macam ni. cis! rugi-rugi (sambing geleng2 kepala)

Shag said...

Pergh~ Best gila. Nak p jugak lah nnt :D

Latest Entry :
Giveaways : Pupel Liyana Giveaway.

Elly & Emmy said...

belum pernah lagik naik.. sejak Melaka maju ni.. pikir byk kali jugak nak pergi.. malas sebab jam sangat jalan tu..

kakyon@kakrose said...

selalu kemelaka..tak pernah naik..

nadey said...

uiihhhhhhhhhhh gayattttttttttt koi xsanggup wehhhh

tiefazatie said...

bang...kampung ifa nie!!rindu melaka!hihi

afzan said...

elly: mmg jammed pun nak masuk. especially weekend. kalau weekdays tu ok sikit

afzan said...

tiefa: org melaka ke? bolehla lepas ni tanya mana homestay murah. amacam?

afzan said...

nadey: aok tak sanggup, keh lagi gugup. hahaha!

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Masa anak kecik nilah kena pulun habis2 pergi bercuti..



kalau tak...hmmm kena tunggu cuti sekolah dan tentu2 kebanyakan tempat fully booked !

afzan said...

kak rin org melaka ke? awat tak habaq awal2. boleh tanya direksi. haha

fathiah said...

wow... nice pic..... da booomb

muhamad zairi bin marzuki said...

tersangatlah bez naek...kenangan bsama kawan2 uitm naek menara taming sari waktu malam...cantik wooo...org beratur cm semut...huhu

afzan said...

zairi: naik malam2? mmg best tu, nak2 dgn kawan2 lagi havoc