3 ekor lagi ayam kampung berjaya dikorbankan selepas kami (aku, mommy, mira, didi, nanato & adek dah besar) pulang ke rumah kuning baru2 ni. memang itulah kebiasaannya kalau kami pulang. ayam kampung bakal menjadi mangsa. jika ayam2 ini terdengar deruan enjin kami, pastinya mereka akan jadi pucat lesi. berlarian tak keruan. tapi apakan daya, sejauh manapun mereka berlari & mengepak mereka hanya mampu berlegar di kawasan rumah yang dekelilingi dengan konkrit. nak atau tak, mmg nasib mereka ditentukan begitu.. menjelang raya nanti pastinya peristiwa hitam ini bakal menghantui ayam2 kampung ini..
2 ekor bapak ayam yang merenung apakah nasib mereka keesokkan harinya. adakah panas sampai ke petang, atau bakal digulai di tengah hari?
jika mereka digulai hari ni, masih ada generasi-generasi perintis yang akan mengekalkan tradisi "menyambut kepulangan anak2 ke rumah kuning" dan itu semestinya sudah pasti
ayam kampung kalau dibuat masak kari atau gulai lemak memang cara..!! ditambah pulak dengan ubi kentang yang berbuku-buku di dalamnya. alamat, kenyang perut suka hati.
3 sekawan angsa yang ditugaskan untuk mengawal rumah kuning. buat masa sekarang mereka melaksanakan tugas dengan baik. tapi aku masih berteka-teki mengapa aku & rizmi masih belum merasa sudu mereka sedangkan abahku (tuannya) selalu disudu?
2 comments
aaahhh... apa gila pergi snap dekat tempat anak2 jin bertendang nie...
baru nampak rare. mana tau dapat capture gambo anak jin, blh panggil uncle seekers.. hahaha
Post a Comment