Petang itu selepas penat merayau-rayau di
Ranau barang seketika kami mengambil kata putus untuk pulang saja ke
KK. pelan asal hendak pergi ke
Poring Hot Spring &
Sabah Tea Garden terpaksa terkubur begitu sahaja atas alasan penat menempuh perjalanan. bukan apa walaupun jaraknya cuma dalam 30km dari pekan Ranau tetapi dengan jalan yang seperti ular kena palu telah melemahkan semangat kami. lagi pun masa tu rizmi ikut sekali dan dia baru je genap 2 tahun, tak sanggup aku melihat dia keletihan nanti. maklumla budak-budak, kalau mereka kepenatan bersiap-sediala malam nanti bersengkang mata. haha!
*****
Dalam perjalanan pulang ke kota, kami singgah kat
Gayang Seafood. kata orang harga seafood kat sni reasonable dan sedap. alang-alang dah sampai apa kata kita try ye dak? tak cuba tak tahu. so parking lebih kurang, kami pergi ke tempat yang menempatkan aquariums untuk memilih makanan laut yang kami nak. aku serahkan tugas memilih ni kat wife & ajib (adik ipar aku), sebab aku sibuk teman rizmi melihat ikan-ikan yang berenang bebas kat dalam aquarium tu. macam kat
Aquaria pulak aku rasa.
ini sayur yang wife aku pilih. mushroom dan sayur bewarna hijau (aku memang tak tahu apa namanya). tapi memang sedap pada mereka yang vegetarian. aku sawi pun tak makan inikan pulak benda alah ni? tapi mushroom memang aku tak tolak tepi.
butter prawn my favorite. memang satu kerugian kalau tak ambil udang mentega ni. sampai menjilat jari. aku paling minat serabut-serabut butter itu. udang aku kurang sikit, dapat dua tiga ekor dah cukup untuk aku. jenis tak makan lauk banyak macam ini la. rugi!
Kim Hiong atau nama lain ketam kari. ini wife aku yang pilihkan. memang sedap dan harga dia pun kira jauh lebih murah dari semenanjungla. wife aku & ajib makan ketam ni memang tak toleh belakang. kusyuk je aku tengok. dan sekali lagi aku rugi sebab tak makan banyak ketam ni. maklumla storage tak besar mana. cis!
kitorang memang kena ganyang dengan ikan kerapu laut putih ni. memang sangat mahal. dekat RM95 jugakla sepinggan ikan itu. maklumla sekilo dalam RM120 kalau tak silap. aku tak tau pun harga ikan tu mahal macam itu sekali, kalau aku tau tobat aku ambil ikan kerapu sangkar je. murah pun murah RM20+/kg je. tapi apa boleh buat ikan dan jadik lauk. telan je la. cis! siapala yang pilih ikan kerapu laut putih ini agaknya? hmm...(menggaru dagu)
kacang sebagai desert selepas makan. walaupun tak mintak memang diorang akan bagi sepinggan. tapi jangan ingat kacang ni free, tup-tup kena cas dalam bil. ayark! dahla kami buat endah tak endah je kacang ni. ingatkan free. cis lagi. hahaha!
kesimpulannya, makanan kat sini memang sedap dan harga memang jauh lagi murah dari kat semenanjung. **tapi kena beringat, jangan salah pilih ikan pulak macam kitorang. kopak poket jadinya. haha! apapapun total masih lagi dalam RM180. yang menyebabkannya harga macam tu semua gara-gara ikan kerapu putih laut tu la. cis!
**p/s: kalau gambar ada sedikit blur dan kurang sharp jangan tanya banyak. masa ni baru first time aku guna kamera gedabak ni. baru keluar dari kotak orang kata. lepas tu lupa nak set auto fokus. ingat dah sharp dari mata kasar, rupanya2 ada jugak yang dull sikit-sikit.ceh!
***p/s:
nanato &
tikaleh jgn lupa gi sabah taun depan kena makan kat sini. makan sampai gout orang kata. takpe mintak suruh bapak orang tu belanja. takde hal punya. kah kah kah! :)