public services
Showing posts with label public services. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

Jadual Berbuka Puasa Johor 2012


Selamat menunaikan ibadah puasa!

Monday, June 18, 2012

Hepi Besday Yayang!



Hepi besday sayang. kesian dia, besday kali ni celebrate sorang-sorang nun jauh di kubang kerian. rindu kamu & haifa. yosh lagi 11.5 bulan je until you return back to johor :(


p/s: dah lama aku tak blogging sbb sibuk dgn thesis. rupa-rupanya dah berwajah baru yek. rasa janggal pulak nak guna!

Saturday, March 31, 2012

Repost: Earth Hour 2012

 
Ni tahun lepas punya poster, sebab aku malas aku recycle untuk tahun ni punya :)


Kalau bukan kita nak sayangkan bumi sape lagi ye dak? so sama-samala kita tutup lampu-lampu walau sejam cuma bagi mengurangkan global warming yang sedang melanda bumi. paling tidak dapat juga membantu menyelamatkan duit poket dari membayar lebih bil elektrik :)


*p/s: aku sejak kempen ni diadakan memang tidak pernah miss tutup lampu. malah kadang-kadang sampai 2-3 jam. maklumla pada waktu tu kitorang gi keluar rumah mencari kawasan terang untuk menerangi kegelapan malam. shopping complex misalnya. ceh!


Wednesday, November 23, 2011

Kempen: Mari Membaca

Peh lama gila aku berhibernasi. dekat sepurnama jugakla dia punya lama. ni yang aku malas cuti panjang ni. asal aku cuti je, mesti aku balik kampung, pastu tinggal semua benda-benda kat alam cyber ni. pastu, bila balik rumah nak mula balik apa yang aku tinggal memang sangat liat.ceh!

Nak dijadikan cerita, isnin baru-baru ni aku ngan teman sehidup semati (yes you know who) gi Danga City Mall saje jalan-jalan nak cuci mata kat Popular Mega Bookfair - dan ini pertama kalinya kitorang gi kat mall ni selama kitorang bermastautin kat JB ni. mana taknya, asyik-asyik gi Jusco, Angsana takpun Tesco je kerjanya. lain-lain tempat mmg kitorang tak amik port sangat.


Dalam nak cuci mata tu, boleh pulak cuci wallet dengan beli buku-buku macam ni dia punya tinggi. aku cuba start baca Eragon, last-last baru enam muka surat je aku mampu habis. ceh, memang lembab aku bab-bab baca buku ni. takpe, at least resit beli buku-buku ni boleh claim untuk LHDN taun depan ye dak?

p/s: jadi dengan ini, aku mengumumkan bahawa cuti sekolah ini sebagai penggal mari membaca. harap aku mampu habiskan Eragon dengan jayanya. cik wife (you know who), gaji ni amacam nak gi lagi tak? ada 4-5 buku yang tak sempat beli lagi ni, amacam?

**Bookfair ni sampai 28/11. rebates up to 70%, jom kita serbu!

Friday, October 07, 2011

Bajet 2012



Bajet? apa bajet-bajet..? yang aku tau brader ni "bajet" macho je buat pose ala-ala abang jaga pintu disko ni. kalau nak tau bajet@belanjawan 2012 boleh pegi belek utusan/berita/sinar harian esok. harian metro jangan pulak selak, situ banyak citer-citer hot lucah je. ceh!

Wednesday, March 23, 2011

Budak Nuklear



Ini sebabnya aku suka tengok kartun jepun. penuh dengan messages dan analogy yang mudah difahami. harap nuclear boy tidak sakit perut lagi! :)

*p/s: terima kasih "doktor-doktor" kerana bertungkus-lumus untuk menyelamatkan budak nuklear dari melepaskan "poo"nya!

Saturday, March 12, 2011

Bahaya Tsunami


Berikutan Jepun digegar gempa bumi yang kuat pada skalar 8.8 Richter petang semalam dan amaran tsunami telah di keluarkan oleh beberapa buah negara. walaupun Malaysia tidak disenaraikan dalam kawasan yang menerima tempiasan tsunami kali ini, tapi langkah berjaga-jaga kena ambil juga. precaution org puteh kabor.



ni baru ombak satu kaki tinggi. cuba bayangkan kalau empat meter tinggi. tak terkucil dibuatnya? dasyat!
harap-harap tsunami kali ni tidakla sedasyat macam 2004 lepas.




dinasihatkan tidak bermain & berada di gigi-gigi pantai pada waktu-waktu begini. takpe, sekejap cuma. bila semuanya dah reda bolehla pergi pantai semula ye dak? tgk gambo ni teringat pula iklan raya petronas: ombak jahat!


*p/s: peh selang sehari aku post entry kali ni. kalau tidak nak hantar seminggu 3 posting pun payah. takpe, special entry la katakan. sesekali nak jugak melibatkan diri dalam khidmat masyarakat, ye dak?


Thursday, November 11, 2010

Daun Bambu

Petang semalam aku memulakan operasi pencarian daun bambu selepas disyorkan oleh kebanyakkan rakan-rakan blogger dalam mengubati chicken pox yang menyerang rizmi - thanks kepada kalian semua atas tips-tips yang diberikan dan doa yang tidak putus-putus agar rizmi cepat sembuh, sangat hargainya!

bertemankan nanato yang agak arif dan tahu selok-belok daun bambu ni beserta gambar di tangan yang di google, kami pun menuju ke arah utm. aku tau di sana banyak pokok-pokok yang di tanam, mungkin salah satunya pokok bambu. setelah meredah dari satu kolej ke kolej yang lain akhirnya kami bejaya jumpa dengan pokok bambu.mission accomplished!



macam ni daun bambu rupanya, harap dapat menjadi rujukan untuk sesiapa sahaja di kemudian hari. lepas ni aku dah tau mana port baik punya nak cari daun ni : )




rizmi menunjukkan daun yang bakal digunakan untuk mengubat chicken poxnya. ada orang tumbuk daun ini dengan beras untuk dijadikan bedak, ada yang rendam dan mandi dengan airnya. aku pilih option pertama.


p/s: kelakarnya, rizmi tidak suka daun ini disapukan pada badannya. "eeiiiii yekkk...!!", rizmi menjerit sambil berlari-lari. geli agaknya. aku dan mommy hanya mampu ketawa melihat telatahnya! : )

Sunday, September 05, 2010

Salam Lebaran

Hari ni dah hari ahad. lagi lima jam lebih skit dah boleh berbuka. esok isnin, kemudian selasa dan seterusnya. rasanya tak lama je lagi kita akan berhari raya - kurang empat hari je lagi. sekolah dah mula tutup pintu pagar. bebudak dah mula uya sana uya sini gembira sebab dapat baju raya & dah berkira-kira berapa dapat gaji raya kali ini. makbapak budak mula pikir nak beli itu nak beli ini - last minutes preparation, orang kabor dapat harga runtuh. aku dua tiga minggu lepas dah settle semua benda hal-hal raya ni. bukan apa, aku malas nak bersesak. mulala nanti hangin satu badan. biar susah awal, janji sekarang dah boleh goyang kaki sambil layan disney channel (rizmi punya penangan - yang ni memang aku akur).

Blog-blog kengkawan dah mula up entry berbau raya. aku pun taknak ketinggalan. jadi dikesempatan ini aku nak mohon sepuluh jari tanda ampun & maaf kalau ada terkasar bahasa , terlanjur kata secara langsung atau tak langsung sepanjang tiga bulan aku berblog ni.


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin dari afzan, mommy & rizmi

p/s: terima kasih daun keladi kepada mereka-mereka yang tak jemu-jemu mengunjung blog ini, esok-esok datangla lagi :)

nota kiri: terkilan dengan iklan raya ada santa claus naik beca!

Monday, August 30, 2010

Bilamana jalur gemilang dikibarkan

Pandang kanan - takde. pandang kiri - takde. pusing belakang pun takde.toleh semula ke depan - hmm baru ada satu. payah betul aku nak nampak jalur gemilang kat atas jalan raya kali ini. tak macam tahun-tahun sudah, pandang kiri kanan tentu ada sahaja bendera-bendera kecil dilekatkan pada kereta & motor, tidak kira di depan, tengah-tengah atau belakang.

tapi tahun ini agak berbeza sedikit. sambutan kemerdekaan ke-53 kali ini ada sedikit suram. di iklan-iklan tv pun tidak banyak iklan pasal kemerdekaan. tidak tahula kalau aku silap - sebab selalunya, boleh dikatakan setiap masa tv di rumahku hanya memaparkan channel 611, 612, 613, 614 mahupun 615 gara-gara rizmi punya kerja. nyaris-nyaris aku nak beli satu lagi tv semata-mata untuk tahu berita semasa! tapi disebabkan kemungkinan besar tiada bonus tahun ini, aku ambil keputusan waras dengan melupakan saja hasrat itu.


aku bersikap optimistik. mungkin di sebabkan kehangatan raya semakin hampir dan sebab itulah sambutan  kemerdekaan kali ini suram. walau bagaimanapun, masih ada juga dikalangan kita yang masih utuh mengibarkan jalur gemilang.syabas!

jalur gemilang tersergam gagah berkibar di kejiranan aku. ada jugak yang mewakili wing kami dalam mengibarkan jalur gemilang. takdela rasa tak patriotik sangat!



empat jalur gemilang di tempatkan di empat tiang sebagai tanda alu-aluan kepada penghuni yang melaluinya



satu ketika dulu kita sering melihat kereta-kereta memasang bendera kecil, kini sudah tiada lagi - mungkin tahun ini tiada bendera percuma agaknya. namun apa yang pasti, abang lori ini menunjukkan jika mahu semuanya jadi



dalam kesesakan lalulintas aku sempat lagi mengambil gambar ini.. apa yang pasti aku masih lagi mencintai negara tumpah darahku ini
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53!

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan!

Ramadhan tiba lagi. kali ini aku berpeluang mengucapkannya secara public tidak sepertimana sebelumnya - hanya forward sms-sms yang agak bombastic kepada rakan-rakan terdekat. nak buat  ayat sendiri rasa tak seindah mana. tapi kini semuanya telah berubah, aku boleh ucapakan salam ramadhan kepada sesiapa sahaja tak kira di mana dan pada bila-bila masa.

Di kesempatan ini, aku, mommy & rizmi  ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada pembaca-pembaca tegar yang tidak bosan datang ke sini,  keluarga, rakan-rakan dan semua muslimim dan muslimat. semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini dapatlah kita merebut peluang memperbanyakkan ibadah kita agar mendapat keberkatan-Nya. 






Selamat Berpuasa!
© aku, dia & lensa
Maira Gall