Last time, aku ada post gambar passport & duit-duit asingkan? seterusnya aku menerima pelbagai spekulasi kemanakah destinasi yg aku tuju. dan ada yg kata china - dan selamber aku balas "sipi-sipi aje". aku pergi tempat ni bukan untuk suka-suka. tapi atas tugas universiti. kalau suka-suka takkanla aku suka-suka tiggal wife sayang, rizmi & haifa ye dak? (tapi aku rasa - banyak aktiviti suka-suka yang kitorang buat compared to aktiviti rasmi universiti. cit poodah!)

"Now Everyone Can Fly". Aku admit, semenjak kapal terbang merah ni start beroperasi aku mampu untuk terbang. nak harapkan MAS, aku mampu melihat & senyum sinis je.

Setting apa-apa yang patut sebelum ambil gambar awan. dia punya setting aku tengok gaya lagak seorang pro je macam bro ejai kita je lagaknya.

Kalau naik kapal terbang tak ambil gambar awan & kepak kapal terbang memang tak sah orang kata. yela boleh tunjuk gambar ni kat orang kampung yg kita pernah terbang ye dak?

Sampai jugak aku ke negara orang. dan buat pertama kali jugak passport aku di cop. kata je dok kat JB, singapore haram tak pernah pegi. cit!

Aku syak budak ni kena tinggal ngan mak dia. tu yang berlari bagai ribut tu. aku dengan slamber pakai escalator dia slamber berlari anak kat fast lane. ya aku tahu, aku malas nak jalan!

Kurang 20 minit je lagi nak berbuka. tapi diorang masih lagi senyum, yela nak merasa berpuasa kat negara orang ye dak? dan kami berbuka kat airport tu dengan makan kurma je :(

Kalau pergi negara orang perkara pertama yang perlu ada ialah peta. tapi orang zaman sekarang peta-peta ni leceh kata mereka. mereka lebih suka tenyeh papago ataupun garmin. senang katanya.

"Train to Tsing Yi, Kowloon and Hongkong will arrive in 3 minutes", begitulah sedikit sebanyak bunyinya. peh baru beberapa minit sampai dah reti baca cantonese. baler!

MTR (Mass Transit Railway) adalah pengangkutan awam utama di Hong Kong selain bus nagn taxi. nak jumpa keta-keta kat jalan-jalan HK memang tak banyak macam Malaysia. diorang lebih prefer public transports daripada kenderaan sendiri. yela gila apa parking sehari sampai 300 HKD?













