Wednesday, August 04, 2010

Roda-roda panas

Seperti kebiasaan, shopping dengan membawa rizmi pastinya memerlukan ketabahan yang tinggi tidak lupa duit yang lebih. yang pastinya, ada sahaja benda yang tidak termasuk dalam shopping list terpaksa di beli. hipotesis di sebelah adalah benar dan terjadi (again) pada aku semalam. bagai sudah planning dan sepertimana kejadian-kejadian sebelumnya, rizmi sekali lagi menggunakan taktik yg sama (menangis bagai tiada kesudahan) bilamana ternampak mainan di toys department. dan aku sekali lagi dengan muka kelat memujuknya namun gagal yang aku dapat. maka dengan tidak semena-mena aku terpaksa membeli set ferrari hot wheels yang harganya agak "in" juga jika dibandingkan harga mainan yang cuba aku kaburkan dalam sessi memujuknya. adeh..!!


antara koleksi kereta yang rizmi miliki. sebenarnya ada banyak lagi, tetapi disebabkan kereta2 tersebut berada di bawah meja, kerusi mahupun tv rack maka ini jela yang mampu ditunjukkan buat masa ini



bukan satu atau dua tapi lima ferrari yang berjaya dimiliki rizmi pada petang semalam. tokey minyak pun berpeluh camni. namun apakan daya sudah rezeki rizmi agaknya.



jika diamati betul2 macam kenal je lokasi ini. ya inilah tempat perperangan bala tentera rizmi yang lepas. mungkinkah selepas ini tiada lagi perang saudara berikutan pertambahan 5 lagi koleksi kereta mini sehingga petang semalam.



antara koleksi kereta mini rizmi. rasanya keberangkalian pertambahan koleksi adalah tinggi jika dibawa rizmi pergi shopping sekali lagi. ^^

Sunday, August 01, 2010

Bila askar rizmi mula beraksi

Rizmi membariskan askar-askarnya bersiap sedia untuk berperang selepas rundingan yang dibuat gagal mencapai kata putus. kedua-dua belah pihak bertegas untuk memiliki kereta-kereta hot wheels yang dibeli oleh adek dah besar sebagai pemilik yang sah. dijangkakan peperangan saudara ini bakal meletus pada bila-bila masa sahaja.









Penangan ayam kampung

3 ekor lagi ayam kampung berjaya dikorbankan selepas kami (akumommy, mira, didi, nanatoadek dah besar) pulang ke rumah kuning baru2 ni. memang itulah kebiasaannya kalau kami pulang. ayam kampung bakal menjadi mangsa. jika ayam2 ini terdengar deruan enjin kami, pastinya mereka akan jadi pucat lesi. berlarian tak keruan. tapi apakan daya, sejauh manapun mereka berlari & mengepak mereka hanya mampu berlegar di kawasan rumah yang dekelilingi dengan konkrit. nak atau tak, mmg nasib mereka ditentukan begitu.. menjelang raya nanti pastinya peristiwa hitam ini bakal menghantui ayam2 kampung ini..


2 ekor bapak ayam yang merenung apakah nasib mereka keesokkan harinya. adakah panas sampai ke petang, atau bakal digulai di tengah hari?



jika mereka digulai hari ni, masih ada generasi-generasi perintis yang akan mengekalkan tradisi "menyambut kepulangan anak2 ke rumah kuning" dan itu semestinya sudah pasti



ayam kampung kalau dibuat masak kari atau gulai lemak memang cara..!! ditambah pulak dengan ubi kentang yang berbuku-buku di dalamnya. alamat, kenyang perut suka hati.



3 sekawan angsa yang ditugaskan untuk mengawal rumah kuning. buat masa sekarang mereka melaksanakan tugas dengan baik. tapi aku masih berteka-teki mengapa aku & rizmi masih belum merasa sudu mereka sedangkan abahku (tuannya) selalu disudu?

© aku, dia & lensa
Maira Gall