Hari ni, pertama kali Rizmi melangkah menuju ke sekolah (Tadika Ihsan UTM). dengan berseragam serba maroon dan berkasut putih, tampak kehenseman di wajah budak berusia 5tahun ni. awalnya, memang liat dia nak bangun. maklumla sebelum ni asyik bangkit pukul 8+ sahaja. tapi nak tak nak, terpaksa berkeras juga.
peralatan sekolah sudah awal-awal lagi kami sediakan. dengan beg skolah boboiboynya, pencil case lightning mc queen, pensel kaler luna, dan buku belajar menulis dan mewarna. semuanya diborong ketikamana ibunya balik ke JB. baru boleh 50-50 beb :)
tadaa, setelah minum susu dan berbekalkan roti di tangan rizmi tampak bersemangat hendak memulakan hari pertama sekolahnya. tengokla muka dia, punyala ceria & tak sabar nak pergi ke sekolah.
tapi, panas tidak sampai ke petang. sampai di sekolah hujan membasahi pipi rizmi. aisyeh, ni yang aku lemah ni. lima enam orang budak pun buat perangai yang sama. pujuk punya pujuk punya pujuk berstertakan pelbagai janji-janji manis ditaburkan akhirnya dia mengalah jua. tapi mulutnya masih tak lepas perkataan "nak ibu...". alangkah baiknya kalau ibunya ada di sini menemani, adeh :(