Friday, October 05, 2012

Sepetang Di Legoland Malaysia

akhirnya berjaya jugak kitorang redeem tiket legoland yang dah lama beli semperna promosi maybank tempoh hari. bila kira-kira dia punya saving boleh buat belanja sebulan makan. yela, dari RM275 dapat diskaun jadi RM195 kalau kali dengan empat lima kepala, boleh tarik nafas panjang-panjang tanda lega. selepas hampir sejam berbaris panjang dan berkipas, ditambah pula boleh tertinggal satu keping e-ticket yang aku print kat rumah (terpaksa mintak tolong staff legoland printkan)-dan giliran kitorang pun sampai.


 ambil gambar lebih kurang (pakai webcam je pun), maka siap pass untuk setahun kami keluar-masuk legoland. lepas ni tiap-tiap petang boleh bawak rizmi pegi tunggang "naga". itupun kalau dia nakla.



mula-mula gi lego city dan tanya rizmi nak masuk junior driving school tak bawak kereta? dia geleng tanda tak nak. ok takpe, kita try main benda lain pulak.



takpe kita naik train dulu pusing satu legoland lepas tu baru decide nak pegi mana. nasib baik petang tu tak berapa nak terik sangat matahari. kira sedap jugala kalau nak bawa berjalan tanpa payung. *rizmi ralit memerhati model-model lego kat miniland.



lepas tu kat lego technic tanya nak main aquazone wave racer tak? sekali lagi rizmi geleng tanda kurang yakin nak naik benda alah ni.



last-last tengok pertunjukkan Mo and the gangs kat city stage. Mo tu aku tengok asyik kenyit-kenyit mata kat "mina" je. hehehe!



kat rescue academy kitorang tolong padam rumah terbakar pulak. dia punya penat, boleh nak pitam "mina" dibuatnya. mana taknya, nak gerak keta bomba gaya nak pam air perigi dia punya susah.



penangan jadik bomba tadi buat kitorang malas nak pergi tempat lain. last-last lepak kat miniland je, tengok lanun-lanun tengah berperang. macam cerita pirate of Caribbean jugak rasanya. **beware of water canon. mau basah lencun nanti dibuatnya.



rizmi sekali lagi terpegun tengok aksi lego-lego tengah menari kat angkor wat.



agak-agak diorang ni tak penat-penat ke asyik menari dengan dendangan lagu hindustan je, tak tau ke shah jahan tengah nak beradu damba kat dalam taj mahal tu



agak-agak dah penat boleh main air jap kat sini. bolehla segarkan badan sikit. paling tidak, baju pastinya basah kuyup.



"mi nak tumbuk daddy jap..", ni gara-gara aku tak beli lego kat dia kat dalam tadi. dia punya geram dari dalam membawa keluar.



tak banyak tempat yang kitorang pergi dan tak banyak juga yang kitorang main. apa susah, kalau rasa teringin esok lusa boleh datang lagi. ye dak? nanti nak bawak haifa pulak. nasib baik dia bawah 3 tahun, maka boleh masuk FREE! yes!!

1 comment

Alin Marlini said...

salam.

seronoknya dpt ke Legoland. Anak2 pun dah bising nak pergi. dpt tiket free ms beli kfc tp untuk dewasa kena tanggung sendirila..hehehe

© aku, dia & lensa
Maira Gall