Hari kedua persekolahan,
Brrraaa...., brrrraaa......, bunyi aircond keta mendinginkan suasana pagi tadi ketika aku dan rizmi dalam perjalan menuju ke Tadika Ihsan UTM. Pagi tadi, rizmi tak menangis sepertimana hari pertamanya semalam.
Tapi tiba-tiba,
"daddy..., hari ni mimi (rizmi) taknak buat apa-apala, mi nak tido je kat school..."
ceh, bertuah punya budak! hari kedua dah pasang cita-cita macam ni. kena cepat buat alignment macam ni, kalau tak terpesong jauh nanti.
* * * * *
Manakala pada hari ketiga pula,
"hari ni mi nak buat apa kat sekolah", tanya ibunya yang baru sampai malam tadi (jumaat) dari KB.
"hari ni, mi nak buat kerjala..", jawab rizmi dengan confident dan tenang.
amboih, eksyen aok ye rizmi. mentang-mentang ibu ada, terus resolusi untuk belajar tinggi eh. aku dan wife syak dia nak menunjuk-nunjuk kat ibunyala tu. hehehe.
4 comments
Mcm2 anok oak nie ngoh
hahha..mcm2 alasan..
budak2 skrg mmg bijak
Lama sungguh rasenye x masuk sini.
Post a Comment