Peh lama gila aku berhibernasi. dekat sepurnama jugakla dia punya lama. ni yang aku malas cuti panjang ni. asal aku cuti je, mesti aku balik kampung, pastu tinggal semua benda-benda kat alam cyber ni. pastu, bila balik rumah nak mula balik apa yang aku tinggal memang sangat liat.ceh!
Nak dijadikan cerita, isnin baru-baru ni aku ngan teman sehidup semati (yes you know who) gi Danga City Mall saje jalan-jalan nak cuci mata kat Popular Mega Bookfair - dan ini pertama kalinya kitorang gi kat mall ni selama kitorang bermastautin kat JB ni. mana taknya, asyik-asyik gi Jusco, Angsana takpun Tesco je kerjanya. lain-lain tempat mmg kitorang tak amik port sangat.
Dalam nak cuci mata tu, boleh pulak cuci wallet dengan beli buku-buku macam ni dia punya tinggi. aku cuba start baca Eragon, last-last baru enam muka surat je aku mampu habis. ceh, memang lembab aku bab-bab baca buku ni. takpe, at least resit beli buku-buku ni boleh claim untuk LHDN taun depan ye dak?
p/s: jadi dengan ini, aku mengumumkan bahawa cuti sekolah ini sebagai penggal mari membaca. harap aku mampu habiskan Eragon dengan jayanya. cik wife (you know who), gaji ni amacam nak gi lagi tak? ada 4-5 buku yang tak sempat beli lagi ni, amacam?
**Bookfair ni sampai 28/11. rebates up to 70%, jom kita serbu!