Tuesday, November 29, 2011

Cekelat Udang



Cekelat?  mesti korang terpinga-pinga apa benda tu? rasa kelat ke? sebenarnya cekelat ni adalah bahasa lipis@lepeh untuk gula-gula atau sweets. kalau korang gi lipis pastu mintak gula-gula mau terpinga-pinga orang kedai, bernasib baik dapatla gula prai barang sepeket dua. cekelat udang ni mmg cekelat feveret aku masa djaman 80an dulu. jangan tak tau, plastik putih yg balut cekelat tu boleh dimakan. skang cekelat ni dah makin pupus. kesian bebudak djaman millennium ni, tak dapat makan cekelat udang ni. kalau ada pun kira barang rare la.

Saturday, November 26, 2011

Selamat Pagi



Selamat pagi..! anak dara ni, kalau bangun pagi memang ceria. tak pernah nak menangis bagai macam budak lain. bangun-bangun je terus senyum. selain senyumannya part yang aku paling suka bila dia bangun pagi ialah rambutnya. dia punya rambut memang korean habis org kabor. patutla orang-orang korea tak suka mandi pagi, nak stylekan rambut ye dak?

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH

Wednesday, November 23, 2011

Kempen: Mari Membaca

Peh lama gila aku berhibernasi. dekat sepurnama jugakla dia punya lama. ni yang aku malas cuti panjang ni. asal aku cuti je, mesti aku balik kampung, pastu tinggal semua benda-benda kat alam cyber ni. pastu, bila balik rumah nak mula balik apa yang aku tinggal memang sangat liat.ceh!

Nak dijadikan cerita, isnin baru-baru ni aku ngan teman sehidup semati (yes you know who) gi Danga City Mall saje jalan-jalan nak cuci mata kat Popular Mega Bookfair - dan ini pertama kalinya kitorang gi kat mall ni selama kitorang bermastautin kat JB ni. mana taknya, asyik-asyik gi Jusco, Angsana takpun Tesco je kerjanya. lain-lain tempat mmg kitorang tak amik port sangat.


Dalam nak cuci mata tu, boleh pulak cuci wallet dengan beli buku-buku macam ni dia punya tinggi. aku cuba start baca Eragon, last-last baru enam muka surat je aku mampu habis. ceh, memang lembab aku bab-bab baca buku ni. takpe, at least resit beli buku-buku ni boleh claim untuk LHDN taun depan ye dak?

p/s: jadi dengan ini, aku mengumumkan bahawa cuti sekolah ini sebagai penggal mari membaca. harap aku mampu habiskan Eragon dengan jayanya. cik wife (you know who), gaji ni amacam nak gi lagi tak? ada 4-5 buku yang tak sempat beli lagi ni, amacam?

**Bookfair ni sampai 28/11. rebates up to 70%, jom kita serbu!

Friday, November 04, 2011

Padang Tepi Laut



Pergh,  aku sungguh impressed dengan keunikan padang kat Hongkong University ni. agak-agak lepas main bola, bolehla terjun ke laut berenang ye dak? nak sejukkan badan. tak yah gi shower room. lompat je kat belakang sana tu.



ini baru peringkat universiti punya padang. kalau banding dengan padang stadium shah alam yang macam sawah tu (main piala FA baru-baru ni) memang jauh panggang dari api. aku bukan nak kondem apa, tapi kalau nak kata climate tak sama aku rasa cuaca kat hongkong jauh lagi panas compared to malaysia, tapi rumputnya masih hidup dengan cantik. jadik sape nak disalahkan, takkan sultan bola lagi kot?



aisheh diorang ni ramai-ramai bertenggek kat tepi tu cam tungu konsert jom heboh je aku tengok. sekali tengok macam kat resort pun ada dia punya scenery. ada bukit-bukau, ada pokok kelapa, ada laut. pendek kata jangan kata nak main bola, nak buat BBQ pun boleh.

Tuesday, November 01, 2011

Haifa 6 Bulan

Last time aku ada buat teaser bilamana haifa pakai baju ala-ala princess kan? dan ramai juga yang tak sabar nak tengok bagaimana rupanya. iyala, dulu gambar kena blur (bokeh org fotografi kabor), apapun tak berapa nak nampak ye dak? nah dipersembahkan princess haifa, aceh aceh....



pejam celik pejam celik dah 6 bulan 11 hari cik haifa ni ye. kejap je dah besar. dulu sebesar tapak tangan je (ok aku tipu), skang nak riba pun dah terjulur kaki. makan apa budak ni cepat sungguh membesar. seingat aku, rizmi dulu takla membesar bagai johan macam ni.



skang dah pandai pakai tocang-tocang dan dress up macam gegirl nak pergi ladies night. gaya bergambar pun dah lain macam, ayu-ayu gitu. tapi tengok dari gambar ni, satu je lagi yang kurang. eh bukan satu tapi dua: agak-agak bila mommy-nya nak belanja rantai & gelang tangan ni, cer citer sikit? hahaha..

p/s: bukan tak mau beli, last time pegi emas sri pinang ingat nak sambar satu rantai untuk haifa tapi boleh pulak regenya RM1600++, aku telan air liur.. o0

© aku, dia & lensa
Maira Gall