Monday, January 28, 2013

Anja


Pejam celik pejam celik dah dekat tujuh bulan aku dok berjauhan dengan anja sorang ni. banyak perangai-perangai baru yang dia belajar nun di kampung sana. kalau bab manja tu toksah ceritala dia punya manja macam mana. dengar kabor sekarang tengah dok seronok main masak-masak. terpaksa hujung minggu ni beli pinggan mainan bagai, biar dia terer masak macam ibunya! tak sabar nak jumpa anja minggu ni. kita gi legoland eh, naik naga biar tercabut kepala (pinjam ayat rizmi..)..

Wednesday, January 09, 2013

Petronas BoboiBoy Petir


Akhirnya hampir sepurnama rizmi menunggu, Boboiboy halilintar terjual juga di kedai mesra petronas. acap kali aku gi petronas mengisi minyak, mesti dia bertanya tak keluar lagi ke boboiboy halilintar? dan tiap kali itu jugakla aku terpaksa keluar masuk kedai, untung-untung dah keluar. tadi aku redeem dua sekali gus point kad mesra aku (menyebabkan dulunya points tahap puluh ribu kini tinggal berapa kerat je). satu untuk jemi (halilintar) dan satu lagi untuk haifa (yin), gopal? lain kali aku pikir. boboiboy angin, tanah dan yaya dah lama mereka ada.  

Saturday, January 05, 2013

Budak Bertuah

Hari kedua persekolahan,
 
Brrraaa...., brrrraaa......, bunyi aircond keta mendinginkan suasana pagi tadi ketika aku dan rizmi dalam perjalan menuju ke Tadika Ihsan UTM. Pagi tadi, rizmi tak menangis sepertimana hari pertamanya semalam.
 
 
Tapi tiba-tiba, 

"daddy..., hari ni mimi (rizmi) taknak buat apa-apala, mi nak tido je kat school..."

ceh, bertuah punya budak! hari kedua dah pasang cita-cita macam ni. kena cepat buat alignment macam ni, kalau tak terpesong jauh nanti. 

* * * * *

Manakala pada hari ketiga pula,

"hari ni mi nak buat apa kat sekolah", tanya ibunya yang baru sampai malam tadi (jumaat) dari KB.

"hari ni, mi nak buat kerjala..", jawab rizmi dengan confident dan tenang.

amboih, eksyen aok ye rizmi. mentang-mentang ibu ada, terus resolusi untuk belajar tinggi eh. aku dan wife syak dia nak menunjuk-nunjuk kat ibunyala tu. hehehe.
© aku, dia & lensa
Maira Gall