"Bata? kah kah kah. takde jenama lain ke?", mesti ramai yang mentertawakan korang bilamana korang membeli kasut, sandal, selipar atau seumpanya di bata. sekarang tidak lagi, sebab Bata bukanlah satu jenama kasta rendah yang boleh dipandang enteng pada si pemakainya. namanya setaraf dengan jenama-jenama elite yang lain - aku tak mahu sebut, aku pasti korang boleh namakan.
Bata di asaskan oleh Tomáš Baťa pada tahun 1894 di Zlin kini lebih dikenali sebagai Czech Republic. pada asalnya, pasukan tentera memakai kasut ini sebagai kasut rasmi ketenreraan mungkin disebabkan atas dasar kualiti yang baik yang mampu menyerap bunyi semasa berjalan. patutla bila aku memakai kasut bata je, kadar bunyi tapak kaki aku semasa berjalan kurang beberapa decibel. setelah perang dunia pertama meletus, jenama bata semakin berkembang dan menjadi satu jenama terkenal sebagai pengeluar kasut antarabangsa dan ia semakin menular ke seantero dunia sehingga ke hari ini. ok cukup, aku takmo cerita banyak tentang sejarah yang lain-lain korang boleh baca di link yang aku berikan kat atas :)
lepas ni bilamana ada orang sindir korang pakai kasut bata, korang senyum sinis kat diorang dan biarkan mereka terpinga-pinga kenapa. hanya orang yang celik sejarah tahu dari mana asal-usulnya :)
p/s: aku pada awalnya mati-mati ingatkan bata jenama kita. batu-bata mungkin! ceh..~~








