Petang itu aku sangat kepenatan, apa tidaknya marathon pusing melaka dari pagi membawa ke petang. semuanya diisi dengan secukupnya. aku mula membayangkan bagaimana pula aku ingin memulas stereng kereta menuju ke JB selepas ini. nak kena panjat semula bukit st. paul satu hal (kereta aku pakir di atas bukit itu). nak dukung rizmi satu hal lagi. "ahhh, tak boleh jadi ni. kalau macam ni la gayanya boleh melepek ni"
tanpa berlengah aku menahan beca dan negotiate lebih kurang maka kami pun bersetuju dengan bayaran serta route yang menjadi pilihan. rizmi paling seronok sekali. maklumla kali pertama naik beca. aku pun tidak terkecuali - pertama kali jugak. cis!
kalau macam ni la gayanya tukang tarik beca tu aku yakin baru setapak dua, kena take turn. penumpang yang kena kayuh pulak. mereka bergaya memang pandai!
tengok belum apa-apa rizmi dah naik beca yang lagi satu. jangan dibawa lari hero aku tu udahler. apa yang pasti, rizmi sampai tak mau turun dari beca. punyala seronok dia pusing melaka naik beca ditambah pulak dengan alunan muzik dari wali band. haha!
tak sempat aku nak mengambil gambar bilamana aku berada di dalam beca. banyak masa dihabiskan berbual dengan brother beca tu. dari cerita pasal melaka melarat kepada safety & health. sebab dia pernah menjadi safety officer satu ketika dulu sebelum mengambil keputusan untuk bekerja sendiri.
sampai sudah ke destinasi yang hendak ditujui, bangunan merah atau lebih dikenali sebagai Stadhuys. bergambar lebih kurang sebelum pulang ke selatan tanah air. muka kepenatan jelas terpancar di situ.
mereka tidak penat untuk menunggu pelancong menaiki beca mereka. walaupun pendapatan agak lumayan, RM40 untuk satu jam tapi itu berbaloi dengan kudrat yang terpaksa dikeluarkan untuk membawa pelancong mengelilingi kota. kalau dapat yang sedang-sedang takpe, kalau dapat penumpang yang tak berapa nak kecil bermandi peluh jugak dibuatnya.
p/s: baru aku tau jarak dari satu tempat ke tempat yang lain takdela jauh sangat. jalan kaki pun boleh sebenarnya. tapi takpe yang penting dapat pengalaman menaiki beca :)
33 comments
kat melaka series srnok wat photoshoot kan? huhuh
wahh cantik la afzan
cantiknya gambar...suka2..
hohohoh... ko ngan rizmi sepesen derr... bapak dah cool dah.. skali rizmi dengan botol cucu da.. huhuhu.. cute2.. gambo terbaek bro..
teringin nak g melaka lagi.tak puas round2 melaka
cantik photo semua, sy seumur hidup tak penah naik beca...
haha gigihnye mngayuh...
mcm biasa....cantikkkkk
smart giler pic nie semua,,,hehe...sy org melaka pown x pnah naik beca,,tp kejap lgi nk g bandar bersejarah ngn mmbe,nk g snap gambar,,,,hehe
afiq: seronok kalau pegi dgn membe2. bg aku yang ada anak ni, ke tabah sikitla. ambil gambar pun lebih kurang je. haha
kak lydia: thanks. lama tak nampak akak kat sini :)
bestnya naik beca! lama dah xnaik! hoho
ejai: aku ngan rizmi memang beli baju yang sama kaler. nak boria anak beranakla katakan. haha!
honeybunny: thanks. jom pergi melaka lagi
syed: org melaka kena naik beca. warisan tu org kata. takde beca tak meriah bandar melaka nanti :)
yangyuyu: lepas ni kena naikla, bawak anak2 mereka pasti senyum kegembiraan ;P
wah meriah.. colorful. masa nurr pi tak naik pun beca..menapak je la huhu.. gambar mmg cun :D.
kalo nadey naik mg seksa la pakcik tu nk kayuh kan! ok2 phm!
wah bestnye jln2 melaka. saya dh byk kali p pun still tak puas lagi.mcm2 ada..
rasa2nye ni sesuai utk en.afzan join pertandingan fotografi.cubalah
http://kitabersaudara2011.blogspot.com/2010/12/pertandingan-fotografi-kita-bersaudara.html
eeee benci nya sahaya,
macam mana boleh ada bertimbun timbun folower..
macam manan boleh ada bersepah sepah komentar.
cik hafzan.... tolong ajar sahaya....
keh keh keh!
nganga jap tgk gambar cantik
:)(:
fatin: naik beca memang seronok. tetiba teringat iklan raya tv3. haha. selamat hari krismas!
adek: sila jangan macam-macam. kah kah kah!
kema: yup mmg tak puas, banyak tempat nak dituju. dahla jarak pun tak sejauh mana
meriah3x... gambar pun cantik2!!
lawanyaaaa. guna slr apakah?
Ada sorang jiran di kampung mak masih bawa beca lagi. cantik betul dihiasnya.
baru naik sekali aje tahun lepas. tak sampai hati sebab yg bawanya orang tua...
salam mr afzan..
masih dalam mood melaka..
huhuhu..
cantik pic2 kesemuanya.. tambah2 si rizmi yang dah ada kat beca lain.. hahaha..
comelnye hero mr afzan sorang tu..
itu kalau ikhram amik bawak balik rumah.. sah2 tak bgi balik dah..
hahaha..
teruskan memberi ilham dgn gambar2 berunsur Malaysia..
tanah air yang kita cintai..
supaya kita sayangkan malaysia
dan menghargai keindahan malaysia..
bukan mempersoalkan apa yg ada pada malaysia..
tetapi mensyukuri nikmat dari hasil bumi malaysia kita sendiri..
yang benar
dan patriotik.. hehehe
ikhram
p/s - support ikhram k?
erm..... bestnya pgi melaka...
hazwani: kami geng-geng nikon :)
kak rin: tula kita dulu pun pilih yang muda, takut tak larat pulak nanti cam iklan petronas raya kalau tak silap
ikram: selagi ada mood melaka, selagi itu entry pasalnya tak putus-putus. p/s: begitu patriotik sekali ayat kali ni. oo semperna piala suzuki agaknya :P
pengalaman naik beca kat melaka memang arr best...seronok sangat kalau dapat beca yang berlagu2 tu...
hye =)
best nya jln2.. gmbr semua cntk2
besh nyer!! haha.. pergi la lg visit mlaka
sebab sy yg org mlaka naik boring g jogging kt sne tiap2 mggu..haha
suka sgt tgk cat merah..nice pixca..
wah..bestnyer ;)
amboi..syok nyaaa
hero kecik tu sempat menyusu ka biar dalam perjalanan
Menarik sekali ramuan photo ni(komposisi n oldig) yg membuatkan lain dri yg lain..syabas bro
Post a Comment