Ramadhan tiba lagi. kali ini aku berpeluang mengucapkannya secara public tidak sepertimana sebelumnya - hanya forward sms-sms yang agak bombastic kepada rakan-rakan terdekat. nak buat ayat sendiri rasa tak seindah mana. tapi kini semuanya telah berubah, aku boleh ucapakan salam ramadhan kepada sesiapa sahaja tak kira di mana dan pada bila-bila masa.
Di kesempatan ini, aku, mommy & rizmi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada pembaca-pembaca tegar yang tidak bosan datang ke sini, keluarga, rakan-rakan dan semua muslimim dan muslimat. semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini dapatlah kita merebut peluang memperbanyakkan ibadah kita agar mendapat keberkatan-Nya.
Selamat Berpuasa!
1 comment
salam ramadhan senior-senior kopu sekalian :)
Post a Comment