Pandang kanan - takde. pandang kiri - takde. pusing belakang pun takde.toleh semula ke depan - hmm baru ada satu. payah betul aku nak nampak jalur gemilang kat atas jalan raya kali ini. tak macam tahun-tahun sudah, pandang kiri kanan tentu ada sahaja bendera-bendera kecil dilekatkan pada kereta & motor, tidak kira di depan, tengah-tengah atau belakang.
tapi tahun ini agak berbeza sedikit. sambutan kemerdekaan ke-53 kali ini ada sedikit suram. di iklan-iklan tv pun tidak banyak iklan pasal kemerdekaan. tidak tahula kalau aku silap - sebab selalunya, boleh dikatakan setiap masa tv di rumahku hanya memaparkan channel 611, 612, 613, 614 mahupun 615 gara-gara rizmi punya kerja. nyaris-nyaris aku nak beli satu lagi tv semata-mata untuk tahu berita semasa! tapi disebabkan kemungkinan besar tiada bonus tahun ini, aku ambil keputusan waras dengan melupakan saja hasrat itu.
aku bersikap optimistik. mungkin di sebabkan kehangatan raya semakin hampir dan sebab itulah sambutan kemerdekaan kali ini suram. walau bagaimanapun, masih ada juga dikalangan kita yang masih utuh mengibarkan jalur gemilang.syabas!

jalur gemilang tersergam gagah berkibar di kejiranan aku. ada jugak yang mewakili wing kami dalam mengibarkan jalur gemilang. takdela rasa tak patriotik sangat!
empat jalur gemilang di tempatkan di empat tiang sebagai tanda alu-aluan kepada penghuni yang melaluinya
satu ketika dulu kita sering melihat kereta-kereta memasang bendera kecil, kini sudah tiada lagi - mungkin tahun ini tiada bendera percuma agaknya. namun apa yang pasti, abang lori ini menunjukkan jika mahu semuanya jadi
dalam kesesakan lalulintas aku sempat lagi mengambil gambar ini.. apa yang pasti aku masih lagi mencintai negara tumpah darahku ini
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53!
3 comments
org keje kerajaan dpt rm500 la before 1 syawal.mesti ke x tgk berita la ni.. :P
angah tu duit raya. bukan bonus!haha
tgkla pembentangan budget nanti ada ke tak
jom sambut merdeka dengan jiwa dan minda yang merdeka
Post a Comment