Saturday, April 30, 2011

Landasan



Kadang-kadang apa yang kita nak tak semuanya dapat. dan jalan yang kita pilih tak selalunya lurus. bagi aku, jalan yang bersimpang-siur memang banyak hikmahnya. banyak yang kita dapat pelajari untuk menangani selok-beloknya tidak sepertimana jalan yang lurus. tapi kalau highway tu lain cerita. tu memang untuk fast track, dan premiumnya pun tinggi!

**p/s: semenjak dua ni banyak guna ayat kadang-kadang ni apa kes? ceh!


Wednesday, April 27, 2011

Haifa Teaser



Peh, tajuk dah gempak. macam nak keluar filem harga juta-juta je. padahal bajet ciput je pun. tapi apa kena mengena tajuk ngan gambar jigsaw puzzle ni? tapi kalau amati betul-betul kat atas tu, mesti korang nampak wristband kaler pink kan? para ibu-ibu mesti dah dapat tangkap apa dia. bagi para-para yang belum ibu-ibu dan bukan ibu-ibu tu nantikan jela kemunculannya tak lama lagi :)

p/s: mood sangat hepi + bermatakan beruang panda!

Sunday, April 24, 2011

Lubuk ikan kap

Kalau dah pergi taman rama-rama tak lengkap rasanya sekiranya tidak melepak di lubuk ikan kap. takdela lubuk sangat sebenarnya. tapi kalau mancing, bagi 5 minit je dah seguni ikan boleh bawak balik. bukan kecik punya spesies, boleh sampai besar lengan jugakla saiznya. berpiknik kat tepi lubuk ni memang mengasyikkan, nak-nak kalau bawak budak sebaya rizmi. memang kecoh jadinya. sana dia kata fish, sini dia kata fish. pendek kata boleh penat jugakla mendengar celotehnya.



Haishh ikan ni tak reti duduk diam. orang ke kanan dia sibuk ke kanan, orang ke kiri dia ke kiri jugakla. kalau sekor dua yang mengikut takpe jugak, ni abis satu keluarga ikut. sorry kami tak bawak makanan hari tu. kalau tidak boleh jugak buat alas perut ye dak?




Ntah apa dua orang ini bercerita pun aku tak tau. tapi pastinya bukan cerita bawang merah dengan ikan kaloi! rizmi kalau bab-bab ikan ni, memang dia paling seronok. silap haribulan mau dia terjun dalam kolam erk lubuk tu. hahaha...!!




Tengok pada gayanya memang tembam-tembam ikan-ikan kap kat sini. makan apa gamaknya boleh membesar macam ni sekali. ada jugakla dua tiga ekor yang bunting kat situ. acer teka mana satu?


© aku, dia & lensa
Maira Gall