Thursday, July 07, 2011

Lotus Desaru: The Hotel


Jalan-jalan makan angin dikala orang lain sibuk bekerja memang best. bukan apa, taklah crowded sangat. aku ni jenis yang tak berapa suka bersesak-sesak. buat aku rimas. nak gerak dari satu tempat ke tempat lain pun susah. tu pasal aku kalau nak jenjalan pilih hari yang kurang orang. yela sementara anak-anak masih kecik ni. bila dah bersekolah terpaksala cuti sekolah je boleh jenjalan. jangan pulak ngada-ngada nak ponteng kelas!



Tepat jam 3 petang kami sampai ke resort. tak jauh pun perjalanan dari JB ke desaru cuma 1 jam perjalanan je. dulu kalau nak pergi makan dalam 2 jam lebih jugakla. tapi sejak highway Senai-Desaru dah buka terus makin semangat aku nak pergi desaru



Sampai-sampai bilik terus letak haifa atas sofa. sementara aku dan wife bersiap-siap nak makan McD. punyala lapar, yela sebelum bertolak tak mau lunch. cuma makan fries+bbq shaker je dalam kereta tadi.



seperti biasa, rutin haifa tidur je sepanjang masa, tak kira di mana sahaja. memang mudah jaga budak perempuan sorang ni. dia bangun pun bila dia lapar je. good girl!



keadaan katil yang agak berselerak lepas kitorang datang. nasib baik baby playpen tu free je. so bolehla letak haifa tidor malam nanti. rizmi? macam biasa, tidor ditengah-tengah antara kami berdua.


bersambung..

Friday, July 01, 2011

Run Marble Run!


Setiap kali tengok budak-budak main marble run kat youtube, rizmi terus bersuara, "nak nak nak.. tunggu daddy lalik..eh Baaaalik.." dia memang seronok tengok guli-guli tu main kejar-kejar. sekejap-sekejap terdengar bunyi gelak dia.



Last tuesday, lepas penat mencari-cari akhirnya aku jumpa jugak marble run ni kat Angsana. actually, hari tu aku nak carik game penguin yang panjat tangga tu, last-last end up dengan game ni pulak. kiranya rezeki rizmila ni. tengokla punya seronok dia main. sampai tak toleh kiri-kanan



sekarang, coffee table dah jadi port dia main benda alah ni. tak kisahla, janji lepas ni dah tak berebut laptop lagi. kalau dulu memang laptop satu tu dia sorang je yang pegang. skang wife aku pulak yang pegang. senyum sampai telinga je main facebook nampaknya



bukan calang-calang orang boleh cantum-cantum sampai tinggi macam ni. mula-mula buat tak jadi. tapi kali kedua terus dapat macam ni. tapi takdelah segah mat salleh punya. marble run diorang satu bilik dia punya  besar. takpe, ada ongkos nanti boleh beli yang besar pulak.


*p/s: entah apa silapnya wife aku mula aktif berblogging semula. aku suspect dia nak lawan ngan najwa ni. yela satu profession dengan najwa, tup2 najwa selalu blogging. haish! ni url blog wife aku: A walk to remember..


Wednesday, June 29, 2011

Merenung tajam



"Apa pandang-pandang?" pehhh, bekeng sungguh mamat ni. ni kalau dia dah buat muka macam ni baik cepat-cepat angkat kaki. takut-takut silap haribulan orang makan mee kari kita makan kaki. rizmi semenjak ada adik ni lain macam dia punya perangai. tapi dia sayang adik dia :)

© aku, dia & lensa
Maira Gall