cuti-cuti malaysia
Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts

Saturday, October 20, 2012

Miniland: Pirates of The Legoland


Black pearl yang tak berapa nak hitam. full armed with water canons. they are ready to sink the interceptor. tapi kalau interceptor nak kejar black pearl ni boleh tercirit jugak jadinya.



the interceptor ready to invade Tortuga. hilang akal apa nak invade Tortuga? pirate's stronghold tu. setakat hantar satu armada, buat lekat celah gigi je. kiranya syurga geng-geng lanun la kan kat sini?



fierce rivalry between commodore james norrington and infamous captain jack sparrow



captain barbossa pursuing the last piece of medallion in order to break the curse that placed upon them by Aztec god in which rendered them undead.



pirates village. ingat nelayan je ada perkampungan nelayan? pirate pun ada jugak. tapi kalau lanun cetak rompak diorang ni kasta paling atas-atas sebab dok kat banglo-banglo mewah.



scouting team di hantar untuk meninjau keadaan keselamatan di pantai. mana tau tiba-tiba ada pirates lain pulak kat sana. sekurang-kurangnya boleh buat "parley" nanti.

Friday, October 05, 2012

Sepetang Di Legoland Malaysia

akhirnya berjaya jugak kitorang redeem tiket legoland yang dah lama beli semperna promosi maybank tempoh hari. bila kira-kira dia punya saving boleh buat belanja sebulan makan. yela, dari RM275 dapat diskaun jadi RM195 kalau kali dengan empat lima kepala, boleh tarik nafas panjang-panjang tanda lega. selepas hampir sejam berbaris panjang dan berkipas, ditambah pula boleh tertinggal satu keping e-ticket yang aku print kat rumah (terpaksa mintak tolong staff legoland printkan)-dan giliran kitorang pun sampai.


 ambil gambar lebih kurang (pakai webcam je pun), maka siap pass untuk setahun kami keluar-masuk legoland. lepas ni tiap-tiap petang boleh bawak rizmi pegi tunggang "naga". itupun kalau dia nakla.



mula-mula gi lego city dan tanya rizmi nak masuk junior driving school tak bawak kereta? dia geleng tanda tak nak. ok takpe, kita try main benda lain pulak.



takpe kita naik train dulu pusing satu legoland lepas tu baru decide nak pegi mana. nasib baik petang tu tak berapa nak terik sangat matahari. kira sedap jugala kalau nak bawa berjalan tanpa payung. *rizmi ralit memerhati model-model lego kat miniland.



lepas tu kat lego technic tanya nak main aquazone wave racer tak? sekali lagi rizmi geleng tanda kurang yakin nak naik benda alah ni.



last-last tengok pertunjukkan Mo and the gangs kat city stage. Mo tu aku tengok asyik kenyit-kenyit mata kat "mina" je. hehehe!



kat rescue academy kitorang tolong padam rumah terbakar pulak. dia punya penat, boleh nak pitam "mina" dibuatnya. mana taknya, nak gerak keta bomba gaya nak pam air perigi dia punya susah.



penangan jadik bomba tadi buat kitorang malas nak pergi tempat lain. last-last lepak kat miniland je, tengok lanun-lanun tengah berperang. macam cerita pirate of Caribbean jugak rasanya. **beware of water canon. mau basah lencun nanti dibuatnya.



rizmi sekali lagi terpegun tengok aksi lego-lego tengah menari kat angkor wat.



agak-agak diorang ni tak penat-penat ke asyik menari dengan dendangan lagu hindustan je, tak tau ke shah jahan tengah nak beradu damba kat dalam taj mahal tu



agak-agak dah penat boleh main air jap kat sini. bolehla segarkan badan sikit. paling tidak, baju pastinya basah kuyup.



"mi nak tumbuk daddy jap..", ni gara-gara aku tak beli lego kat dia kat dalam tadi. dia punya geram dari dalam membawa keluar.



tak banyak tempat yang kitorang pergi dan tak banyak juga yang kitorang main. apa susah, kalau rasa teringin esok lusa boleh datang lagi. ye dak? nanti nak bawak haifa pulak. nasib baik dia bawah 3 tahun, maka boleh masuk FREE! yes!!

Thursday, July 07, 2011

Lotus Desaru: The Hotel


Jalan-jalan makan angin dikala orang lain sibuk bekerja memang best. bukan apa, taklah crowded sangat. aku ni jenis yang tak berapa suka bersesak-sesak. buat aku rimas. nak gerak dari satu tempat ke tempat lain pun susah. tu pasal aku kalau nak jenjalan pilih hari yang kurang orang. yela sementara anak-anak masih kecik ni. bila dah bersekolah terpaksala cuti sekolah je boleh jenjalan. jangan pulak ngada-ngada nak ponteng kelas!



Tepat jam 3 petang kami sampai ke resort. tak jauh pun perjalanan dari JB ke desaru cuma 1 jam perjalanan je. dulu kalau nak pergi makan dalam 2 jam lebih jugakla. tapi sejak highway Senai-Desaru dah buka terus makin semangat aku nak pergi desaru



Sampai-sampai bilik terus letak haifa atas sofa. sementara aku dan wife bersiap-siap nak makan McD. punyala lapar, yela sebelum bertolak tak mau lunch. cuma makan fries+bbq shaker je dalam kereta tadi.



seperti biasa, rutin haifa tidur je sepanjang masa, tak kira di mana sahaja. memang mudah jaga budak perempuan sorang ni. dia bangun pun bila dia lapar je. good girl!



keadaan katil yang agak berselerak lepas kitorang datang. nasib baik baby playpen tu free je. so bolehla letak haifa tidor malam nanti. rizmi? macam biasa, tidor ditengah-tengah antara kami berdua.


bersambung..
© aku, dia & lensa
Maira Gall