Sunday, April 24, 2011

Lubuk ikan kap

Kalau dah pergi taman rama-rama tak lengkap rasanya sekiranya tidak melepak di lubuk ikan kap. takdela lubuk sangat sebenarnya. tapi kalau mancing, bagi 5 minit je dah seguni ikan boleh bawak balik. bukan kecik punya spesies, boleh sampai besar lengan jugakla saiznya. berpiknik kat tepi lubuk ni memang mengasyikkan, nak-nak kalau bawak budak sebaya rizmi. memang kecoh jadinya. sana dia kata fish, sini dia kata fish. pendek kata boleh penat jugakla mendengar celotehnya.



Haishh ikan ni tak reti duduk diam. orang ke kanan dia sibuk ke kanan, orang ke kiri dia ke kiri jugakla. kalau sekor dua yang mengikut takpe jugak, ni abis satu keluarga ikut. sorry kami tak bawak makanan hari tu. kalau tidak boleh jugak buat alas perut ye dak?




Ntah apa dua orang ini bercerita pun aku tak tau. tapi pastinya bukan cerita bawang merah dengan ikan kaloi! rizmi kalau bab-bab ikan ni, memang dia paling seronok. silap haribulan mau dia terjun dalam kolam erk lubuk tu. hahaha...!!




Tengok pada gayanya memang tembam-tembam ikan-ikan kap kat sini. makan apa gamaknya boleh membesar macam ni sekali. ada jugakla dua tiga ekor yang bunting kat situ. acer teka mana satu?


Friday, April 22, 2011

Mawar merah untuk kamu!



Kadang-kadang benda yang kita anggap cantik memang cukup sukar untuk kita mendapatkannya. silap langkah boleh mendatangkan harm pada diri kita. sepertimana mawar merah di atas. silap gayanya bunga tak dapat, darah mengalir di tangan. jadi berhati-hatilah :)

Wednesday, April 06, 2011

Crop



Acer amati dua gambo ni. nampak berbeza, tapi sebenarnya asal dari gambar yang sama. gambar (B) adalah gambar original manakala gambar (A) lepas aku buat cropping. kadang-kadang crop ni memainkan peranan yang penting jugak bila kita nak dapat komposisi dan perspektif dari sudut yang berbeza. lepas crop pastu twist skit terus gambar lain benor jadinya. cer cuba kalau tak percaya!


**p/s: entah apala yang rizmi dok cari tu. jarum emas agaknya! dulu masa aku sekolah rendah semua geng-geng pakat2 carik jarum emas kat tepi-tepi padang. boleh untung juta-juta tu! haha :)

© aku, dia & lensa
Maira Gall