
Ladybird atau dengan nama lain Coccinellidae bukanlah spesis burung sepertimana yang terdapat pada namanya, tetapi tergolong dalam kumpulan kumbang yang mudah ditemui di daun pokok terung. aku masih ingat, semasa kecik-kecik dulu ladybird ni adalah serangga kedua yang aku suka tangkap selain belalang, dan akibatnya tangan berbau busuk dan berwarna kuning. cis!

spesies ladybird ni memang mudah dijumpa kat daun pokok-pokok terung. pada satu pokok terung tu boleh empat lima ekor jugakla yang ada. so no wonderla daun terung banyak berlubang-lubang macam kena bedil M-16. tapi apaadahal, kita makan terung bukan daunnya ye dak? aku masih tercari-cari ladybird bewarna merah, sape tau acer bagi tau sini.
*p/s: semenjak dua ni aku banyak upload gambo binatang, nak jadi zoologi ke apa?


