Sunday, December 19, 2010

Melaka bandar bersejarah


Aku masih lagi dalam mood melaka, itu sebab dua tiga entry kebelakangan ini hanya berkisar pasal melaka. bukan apa itu je pun barang fresh yang aku ada, yang lain-lain masih ada. tapi dah lapuk orang kata. takpe, lain kali boleh guna, benda kalau kita peram lama yang itu makin kick rasanya - ikan pekasam misalnya :)



memanjat bukit st paul memang memenatkan. bukan apa, dikala mendaki aku terpaksa membawa beban yang lebih dari biasa - mendukung rizmi. tercungap-cungapla kau dibuatnya. tapi takpe aku perasan badan aku semakin berketak-ketak. haha!




aku tak paha apa yang tertulis padanya. mungkin bahasa purba kala! cis, agak-agakla nak tipu pun. ini dunia cyber sekali klik dah tau itu bahasa belanda! baru aku tau ini sebenarnya monumental tombstones




orang selalu mengambil gambar A' famosa dari hadapan, tapi aku mau sedikit kelainan dengan mengambil gambar belakang. mungkin atas faktor orang bersesak-sesak di bahagian hadapan agaknya




makcik yang tengah rancak berbual di telefon sambil bergaya di atas meriam. paling tak tahan, sempat lagi memberi kerlingan manja bilamana gambarnya hendak di ambil. cayalah!




gambar sisi A' famosa, penat aku menyelit-nyelit untuk mendapat gambar bangunan je. bukan apa, baru korang kagum dan hairan yela sebab takde orang datang A' famosa hari itu. tapi sebenarnya bersepah orang ramai di merata-rata tempat




tiga orang dari artillery unit bersiap sedia untuk berperang, hanya tunggu arahan dari pihak atasan sahaja. aku rasa kalau hantar ketiga-tiga mereka peluang hendak menang agak cerah :P



  
rizmi memang seronok dapat naik choo-choo. dalam hidupnya inilah kali pertama beliau dapat mendampingi choo-choo dalam jarak yang sangat dekat. kalau tidak, kena duduk di belakang garisan kuning. kalau lebih siap siulan wisel berbunyi. cis!




kalau pergi melaka tapi tak ambil gambar bangunan merah ni bukan melaka jawabnya. masa ni aku dah penat, tu yang ambil gambar nak tak nak je.


p/s: agak terkilan bila aku gatal tangan menukar lens kepada 50mm. nah ambil ko, tak dapat ambil gambar landscape view. ayark!

Friday, December 17, 2010

Warna-warna si rama-rama

Alang-alang dah sampai melaka, apa kata singgah sebentar kat taman rama-rama. manala taukan boleh jumpa rajah brooke ke, bolehla gebang sikit-sebanyak kat orang kampung. bukan apa, dah banyak tempat aku pergi: cameron, gunung kinabalau, kuala lumpur, etc tapi tak tersempat-sempat nak masuk tengok rama-rama. terkilan jugakla sikit-sikit sebab tak dapat tengok spesies paling berwarna-warni dalam dunia ni - dalam jarak dekat & banyak misalnya.



aik belum apa-apa lagi dah penat ke? macam mana tak penat, baru balik dari merewang kat taman buaya. tu yang kena ambil nafas lebih sikit tu. tenaga breakfast pagi tadi dah habis digunapakai agaknya




jangan tanya aku ini spesies apa, sebab ini bukan bidang aku. yang aku tau, dalam banyak-banyak dialah yang paling besar sekali saiznya. mungkin dia boleh dikategori dalam golongan raja kot




baru aku tau, rupanya bukan senang nak tangkap gambar rama-rama. yela nama pun bintang, sekejap terbang sana sekejap hinggap sini - tak reti nak diam. nasib baik tahap kesabaran aku agak tinggi juga hari itu, credits to rizmi sebab dia tak buat hal nak berdukung :)




yang ni aku suka tengok warnanya, garang dan berbelang-belang macam harimau. ni kalau corak ni dicetak pada baju kelawar, aku yakin pasti ramai wanita-wanita di luar sana akan membelinya. aaauummm!




satu kepuasan kalau dapat ambil gambar ketika sayapnya sedang kembang. barula kita dapat menikmati corak dan warna yang tercetak atas sayapnya. walaupun nampak agak polcadot tapi masih menawan!




agak kecewa kerana tak banyak spesies rama-rama yang aku jumpa. asyik-asyik kaler hitam hitam dan hitam lagi. yang rare memang langsung tak jumpa. nasib baikla taman ni ada jugak memperlihatkan binatang-binatang reptilia lain sebagai hiburan.

p/s: harga tiket: RM8 (dewasa), RM5 (kanak-kanak), RM3 (video/camera)

Wednesday, December 15, 2010

Menara Taming Sari

Ahad - matahari dah meninggi, jam menunjukkan pukul 9 pagi. rizmi masih lagi lena diulit mimpi. "betul ke nak pergi melaka ni? dah pukul berapa ni?". mata aku masih berat, maklumla pagi tadi layan bola. kalau menang takpe jugak, ni boleh pulak kalah. cis! sebenarnya tak plan pun nak pergi, tapi tetiba je pagi tu rasa macam nak pergi. bersiap lebih kurang, pukul 11.30 kami bertolak.

sampai-sampai kereta berasak-asak nak masuk pusat bandaraya. aku kilas steering masuk taman mini malaysia, tak tahan terperangkap dalam jammed. maaf, sebab gambar taman mini masih belum siap dicuci dan aku mengaku aku tersilap langkah menunjukkan gambar menara taming sari di bawah. cis! -p/s: inilah bahananya kalau tak buat draft sebelum mengarang blog :P


ingatkan keris taming sari je ada. rupa-rupanya menara taming sari juga wujud. tidak lupa juga kepada kicap  tamin yang aku kerap buat lauk semasa kecil-kecil dahulu




seronok agaknya naik benda alah ini, yela dapat tengok bandar melaka kedudukan tinggi (bird's eye view orang puteh kabor). dalam pada tu boleh juga buat congak berapa lebar selat melaka ye dak?




agak-agak bila turun boleh loya-loya tak? yela, berpusing ntah berapa kali aku pun tak tau. yang pasti petang tu agak kempunan kerana tak dapat naik menara ni. orang rapat berbaris, masa pulak dah suntuk yela nak kejar pergi umbai :)




takpe next time boleh naik lagi. sape pernah naik nak tanya, berapa tiket agak-agaknya? kat kaunter tulis RM20, tapi betul ke kalau tunjuk mykad boleh dapat discount?

© aku, dia & lensa
Maira Gall