Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Run Marble Run!

Posted by afzan On Friday, July 01, 2011 18 comments


Setiap kali tengok budak-budak main marble run kat youtube, rizmi terus bersuara, "nak nak nak.. tunggu daddy lalik..eh Baaaalik.." dia memang seronok tengok guli-guli tu main kejar-kejar. sekejap-sekejap terdengar bunyi gelak dia.



Last tuesday, lepas penat mencari-cari akhirnya aku jumpa jugak marble run ni kat Angsana. actually, hari tu aku nak carik game penguin yang panjat tangga tu, last-last end up dengan game ni pulak. kiranya rezeki rizmila ni. tengokla punya seronok dia main. sampai tak toleh kiri-kanan



sekarang, coffee table dah jadi port dia main benda alah ni. tak kisahla, janji lepas ni dah tak berebut laptop lagi. kalau dulu memang laptop satu tu dia sorang je yang pegang. skang wife aku pulak yang pegang. senyum sampai telinga je main facebook nampaknya



bukan calang-calang orang boleh cantum-cantum sampai tinggi macam ni. mula-mula buat tak jadi. tapi kali kedua terus dapat macam ni. tapi takdelah segah mat salleh punya. marble run diorang satu bilik dia punya  besar. takpe, ada ongkos nanti boleh beli yang besar pulak.


*p/s: entah apa silapnya wife aku mula aktif berblogging semula. aku suspect dia nak lawan ngan najwa ni. yela satu profession dengan najwa, tup2 najwa selalu blogging. haish! ni url blog wife aku: A walk to remember..


18 comments:

eda_ej said...

kalau harith ni mau die kunyah guli tu.. ari tu jumpe congkak pon dah rambang mate nak telan guli..

TiKa LEh said...

wah, nmpk menarik...

iKhRam said...

dulu, abah ada belikan jugak mainan penguin panjat tangga tu.. hahaha leka gak main..

~najwa~ said...

tengok rizmi main relax je. kalau Irfan kan, benda alah ni mesti tahan 1 hari je lepas beli. then ranap. ranap sekali dengan duit aku, heheh.




**ayat paling bawah buat aku tergelak2..weh, ko jangan main suspect jer..hahaha...
aku tidak bersalah dalam hal ni, ekeke.

Faaein Talip Roy said...

pergh.... nak jugak.. hahaha... teringat kecik2 dulu.. main baling2 guli.. hahaha...

Wanie said...

seronok la die dapat mainan baru..:)

afzan said...

eda_ej: macam kunyah gula-gula getahla pulak bunyinya..

tika_leh: nak join? mehla mai mutiara rini

ikhram: ni permainan wajib masa kanak-kanak dulu

afzan said...

najwa: betul, aku memang saspek ko. yang ke-2 eda_ej. haha

faeein: agak-agak rizmi nak bagi pinjam tak? macam kedekut je aku tengok

wanie: hari-hari asyik mengadap je permainan tu

MommyRizmi said...

hoh..bila dh ada permainan marble nih, jap2 jadi tukang pencari guli dia yg tergolek kat bawah meja atau sofa..

** citt..itu sume adalah tohmahan palsu encik afzan..

eda_ej said...

huh.. mak buyung ni pon jd saspek gak ke?? adoiiii...

Shatra said...

Ctk foto ni bro..boleh buat iklan da ni..

ejai_ej said...

huhuhu... sumpah aku tatau mender nih ader, yg penguin tu mmg aku penah nampak. tapi marble?? 1st time nih.. hahhaha.. nampak sangat aku jakun kan.. tak penah jumpe.. maklom la.. kecik2 dulu main pistol ngan peluru terong pipit je.. mender2 cenggini mana nak jumpa.. hahhaha.. cun dude.. cun...

adek dah besar said...

masa kecil kecil dahulu gua dapat main tanoh aja.

yangyuyu said...

wah dah tgk belog si dia...bila muntungku bersurah banjar..haha....kulaan ni

i am S!L4H.. said...

x pnah main pon. bdk2 skrg byk btol mainannye. eh wife pkcik ade blog ke? laaa baru tau.

afzan said...

mommyrizmi: kita berdua satu kapal je, kena carik guli-guli tu!

eda_ej: ya saspek ke-2 lepas najwa

shatra: iklan? masih jauh bro masih jauh

afzan said...

ejai: jakun? nampaknya ko kena sambar satu ni bro. tapi jaga betul2 mamat alan tu. takut tertelan guli je

adek: main tanah lagi hina dari main bola kotak!

silah: lama tak nampak. bertapa kat kuantan ke?

i am S!L4H.. said...

heee. mane ade bertapa. aritu g kuantan pon balik ari je. haha