Thursday, December 01, 2011

Melaka River Cruise


Rizmi sudah tidak sabar. dari semalam lagi dia beriya-iya nak naik. melihat bot-bot yang ke hulu ke hilir menongkah arus sungai melaka membuatkan hatinya makin membuak-buak. haifa? ah masa tu dia tak tau apa-apa. masih kecil, yang dia tau senyum dan ketawa bila kita menyakatnya. paling tidak menangis hendakkan susu bila lapar.

* * * * *

aku keluarkan not 50 sekeping dan 10 dua keping - 6 dewasa dan 1 kanak-kanak. matematiknya korang kira sendiri. baki wang kertas bewarna hijau aku selit dalam poket rizmi. senang dia nak beli aiskrim kedai (ayat sinonim rizmi bila hendakkan aiskrim). matahari terpacak kat atas kepala. bot masih tak sampai-sampai. apa gila naik river cruise tengah-tengah hari buta ni? dengar orang kabor, malam baru sedap naik bot perlahan ni sebab dapat tengok lampu-lampu. cit setakat nak tengok lampu-lampu baik pergi i-city ye dak?



sampai kat dataran, orang tak berapa nak ramai lagi. senang sikit aku nak beli tiket takyah nak beratur panjang. yela tengah-tengah hari buta ni sapela yang nak naik river cruise? 



punyala boring dok tunggu boat tak sampai-sampai last-last rizmi & acu main tarik-tarik telinga. cis, acu punya tarik boleh capang telinga rizmi jadinya.



Bila dah dapat naik boat hati yang tadi panas sebab menunggu kat tengah panas terus jadi berangin. walaupun boat tu tak laju mana, boleh jugakla sejukkan badan tengah-tengah hari ni.



oooo ginu rupanya belakang kincir air ni. takdela seindah mana ye dak? tapi kalau tengok dari depan memang unik dia punya senibina.



Anja ni kalau gi jalan memang dia sangat suka. no wonder kat tapak kaki dia ada tahi lalat. orang-orang dulu kabor, kalau tapak kaki ada tahi lalat nescaya kuat jalan. ye ke ni?



agak-agak kalau nak rasa eye-on-melaka macam mana, boleh pegi kat sini. kat tepi sungai melaka ni je. tapi jangan pulak kecewa kalau benda alah ni tak tinggi mana. nak main pirate pun boleh



jangan sangka melaka takde Putra/Star LRT kata Melaka Maju 2010. aku lupa nama benda alah ni apa, tapi yang pastinya LRT ni takdela laju mana. macam siput sedut dia punya laju. kalau rasa nak dating dalam ni memang highly recommended la. hahah!



u snap me i snap u. aku ingat naik boat ni dapatla makan mamee free. rupanya haram takde. kilang sikit punya besar kat air keroh. setakat mamee 20sen tu pejam mata jela sponsor.



ni bank ke apa? haha... the beauty of english orang putih kabor.



lambang negeri melaka, bangunan merah. negeri-negeri lain mana boleh pakai kaler ni.

dekat 45 minit jugakla kitorang naik river cruise ni. memang berbaloi. tak rugi pun bayar rm10 semata-mata nak meranduk sungai melaka. selain dapat tengok kampung-kampung terawal yang ada kat melaka ni, macam Kampung Morten serta keuninkan bangunan lama dan baru, dapat juga kita tau sejarah-sejarah pasal melaka  ni. tapi awas, mulut jangan ngada nganga luas-luas. mau kenyang minum air sungai!

19 comments

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Cantik tempat ni..
dah lama tak jalan2 kat melaka..

Sama Qis lah ni..ada tahi lalat kat kaki..patutlah kuat berjalan.. ^^

Unknown said...

Melaka mmg happening macam2 ada...

adrenalina said...

Bile lah ada peluang nak gi Melaka Bandar Bersejarah ni...setakat ni xder rezeki lagi singgah bandar Melaka snap2...hahahah...jeles jugak nih!

p/s : betul tuh.ada tahi lalat kat kaki maksudnya org tu suka b'jalan..Haifa nanti mesti suka gi jalan2 ...takpun study oversea jauh2

Izan Ishak said...

lama tak singgah sini n komen2...

cantik sgt hasil tembakan yg super duper gojes ni. ada bby baru ye.... comel sgt haifa!

Faaein Talip Roy said...

perghhh.. ni yang nak ajak akak eden pi jenjalan ke Melaka ni..


*ceq belum 25 lagi lah..

tu tahun depan punya angka..
1 Julai 2012 nanti baru menjadi kenyataan..

sekarang belum lagi maaa...[-__-"]

Najwa.H said...

Lama gila tak gi melaka...


Berkenan Betul kat haifa..rambut dia sempoi

wakgelas said...

wak pon nak jugak naik cruise .... eeeeE wak dh datang niiii nk komen kkomennnn........

Juliet_iRa~" said...

mmg best naik river cruise..hee...

naik wktu malam lagi cantik..banyak lampu..hee...:)

kg morten sblh sungai tu pon cantik bila mlm..;p

Anonymous said...

cilakak!

ch000tz said...

jenjalan kannn! melampauuu kan.....but mana HRC melaka nyer gambarr..?

EmpayarUtama said...

uih disponsor oleh snek mammee monster

Cikgu Ma said...

ensemnya gambaq...

Ungu Violet said...

tak penah pegi ponn..huk

afzan said...

faeein: ok hang ajak sekarang no..

axoera: HRC?masa gua datang benda ni tak launch lagi

alif: keh keh keh!

Rtp Farra Arisha said...

great views, nice moments! :D

Jαnnαhツ said...

oh kamu naik cruise masa siang... kami naik masa malam. memang cantik sangat2. jemputlah baca

http://jannahheaven.blogspot.com/2011/12/of-pd-and-malacca.html

Tuan Cimot said...

kat danga bay kan ada gak...hahahah

zhrhtoodem said...

melaka majuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Hida Kadiso said...

rizmi nampak cam dah besa.. =D

© aku, dia & lensa
Maira Gall