Wednesday, July 27, 2011

My ex-classmate's wedding



Ashra & Guillaume
Bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan. mereka selamat diijabkabulkan pada 16 July lepas di Bangi. and pada masa tu liverpool ada turun malaysia. tapi disebabkan tiket dah sold out, aku tak dapat pegi. padahal dah ada kat kl, rugi-rugi!



tak sempat nak memetik lensa cik haifa dah mula menangis-nangis. terpaksa tergopoh gapah suruh orang ambilkan gambar. masuk kereta terus haifa tido. oo ngantuk rupanya cik minah ni. bukan tadi dah tido nenyak ke masa otw dari JB-Bangi?

Saturday, July 23, 2011

Penguin Race



Akhirnya, berjaya jugak aku dapat penguin race ni last week kat pasar malam. actually aku tak nampak benda alah ni. hero aku Ralfi yang nampak. bila dah nampak tu memang dah takmo bergerakla selagi tak dapat. akhirnya aku pasrah!



tiap hari dan masa rizmi pasang benda ni. aku pun dah naik lali dengar bunyi lagunya. lagunya sikit punya kuat. itupun aku dah selotep kat bahagian tempat keluar bunyi. last week aku balik kampung dan tak bawak penguin race ni. dan setiap hari jugakla kat kampung dia mengamuk nak main dengan benda ni. "nak wee wee"  rizmi kata. adeh!

Thursday, July 21, 2011

Bila tangan mula mengenggam

 

Haifa dah makin membesar. sekarang dah tak perlu lagi sarung tangan, biar dia mula belajar merasa dengan tangan. harap by raya aidilfitri haifa dah mula meniarap. baru sedak sikit nak main :)

Sunday, July 10, 2011

Lotus Desaru: The Waterpark

sambungan...
Lepas je mengisi perut terus je bersiap-siap nak pergi main air kat waterpark. sebenarnya ni la tujuan utama datang sini. cuma nak main kat waterpark sambil-sambil lepak kat pantai. kesian Ralfi (nama rizmi diambil dari cerita Rio - burung yang nama rafael) dah lama nak main air katanya. last time gi waterpark taun lepas, kat bukit gambang resort city (BGRC). sampai-sampai terus tak dok diam ralfi. terus nak terjun kolam. bertuah punya ralfi!



Waterslide, walaupun takla semeriah kat BGRC, tapi kira okla. tapi yang tak oknya ralfi takmo main sorang-sorang. terpaksala ibunya sliding bersama-sama. aku sempat naik benda alah ni sekali je, pastu terus rizmi tak mau main lagi. haha!



Beware of coconut falls! ni kalau jatuh tepat-tepat atas kepala ni boleh concussion ni. rizmi memang tak mau dok bawah ni. takut katanya.



awat gambar rizmi takde? biasala, kalau rizmi bergambar mesti ibunya ada sekali. so tak boleh dimuatnaik atas faktor-faktor keselamatan. haha. tengok gambar anak mat salleh apa salahnya ye dak?



actually kolam ni bersambng dengan lazy river. saper-saper rasa nak rasa lazy river tu macam mana, bolehla sewa pelampung. memang seronok kalau naik sorang-sorang. kala naik berdua seksa jadinya. aku berapa kali terbalik pelampung naik ngan rizmi. merasa jugakla minum air barang dua tiga teguk. rizmi tak terkecuali.cis!



lengang - macam ni barula bercuti ye dak? tak perlu bersesak-sesak. tenang je. tapi kadang-kadang tu boring jugak, tak dapat tengok gelagat orang. cis banyak songeh pulak!



ralfie yang dah berkedut-kedut tangan tapi masih tak mau naik lagi. esok pagi terpaksa bawak dia main kat sini lagi sebelum check-out.


bersambung lagi? ceh..

Thursday, July 07, 2011

Lotus Desaru: The Hotel


Jalan-jalan makan angin dikala orang lain sibuk bekerja memang best. bukan apa, taklah crowded sangat. aku ni jenis yang tak berapa suka bersesak-sesak. buat aku rimas. nak gerak dari satu tempat ke tempat lain pun susah. tu pasal aku kalau nak jenjalan pilih hari yang kurang orang. yela sementara anak-anak masih kecik ni. bila dah bersekolah terpaksala cuti sekolah je boleh jenjalan. jangan pulak ngada-ngada nak ponteng kelas!



Tepat jam 3 petang kami sampai ke resort. tak jauh pun perjalanan dari JB ke desaru cuma 1 jam perjalanan je. dulu kalau nak pergi makan dalam 2 jam lebih jugakla. tapi sejak highway Senai-Desaru dah buka terus makin semangat aku nak pergi desaru



Sampai-sampai bilik terus letak haifa atas sofa. sementara aku dan wife bersiap-siap nak makan McD. punyala lapar, yela sebelum bertolak tak mau lunch. cuma makan fries+bbq shaker je dalam kereta tadi.



seperti biasa, rutin haifa tidur je sepanjang masa, tak kira di mana sahaja. memang mudah jaga budak perempuan sorang ni. dia bangun pun bila dia lapar je. good girl!



keadaan katil yang agak berselerak lepas kitorang datang. nasib baik baby playpen tu free je. so bolehla letak haifa tidor malam nanti. rizmi? macam biasa, tidor ditengah-tengah antara kami berdua.


bersambung..

Friday, July 01, 2011

Run Marble Run!


Setiap kali tengok budak-budak main marble run kat youtube, rizmi terus bersuara, "nak nak nak.. tunggu daddy lalik..eh Baaaalik.." dia memang seronok tengok guli-guli tu main kejar-kejar. sekejap-sekejap terdengar bunyi gelak dia.



Last tuesday, lepas penat mencari-cari akhirnya aku jumpa jugak marble run ni kat Angsana. actually, hari tu aku nak carik game penguin yang panjat tangga tu, last-last end up dengan game ni pulak. kiranya rezeki rizmila ni. tengokla punya seronok dia main. sampai tak toleh kiri-kanan



sekarang, coffee table dah jadi port dia main benda alah ni. tak kisahla, janji lepas ni dah tak berebut laptop lagi. kalau dulu memang laptop satu tu dia sorang je yang pegang. skang wife aku pulak yang pegang. senyum sampai telinga je main facebook nampaknya



bukan calang-calang orang boleh cantum-cantum sampai tinggi macam ni. mula-mula buat tak jadi. tapi kali kedua terus dapat macam ni. tapi takdelah segah mat salleh punya. marble run diorang satu bilik dia punya  besar. takpe, ada ongkos nanti boleh beli yang besar pulak.


*p/s: entah apa silapnya wife aku mula aktif berblogging semula. aku suspect dia nak lawan ngan najwa ni. yela satu profession dengan najwa, tup2 najwa selalu blogging. haish! ni url blog wife aku: A walk to remember..


© aku, dia & lensa
Maira Gall