Kalau dah pergi
taman rama-rama tak lengkap rasanya sekiranya tidak melepak di lubuk ikan kap. takdela lubuk sangat sebenarnya. tapi kalau mancing, bagi 5 minit je dah seguni ikan boleh bawak balik. bukan kecik punya spesies, boleh sampai besar lengan jugakla saiznya. berpiknik kat tepi lubuk ni memang mengasyikkan, nak-nak kalau bawak budak sebaya rizmi. memang kecoh jadinya. sana dia kata fish, sini dia kata fish. pendek kata boleh penat jugakla mendengar celotehnya.
Haishh ikan ni tak reti duduk diam. orang ke kanan dia sibuk ke kanan, orang ke kiri dia ke kiri jugakla. kalau sekor dua yang mengikut takpe jugak, ni abis satu keluarga ikut. sorry kami tak bawak makanan hari tu. kalau tidak boleh jugak buat alas perut ye dak?
Ntah apa dua orang ini bercerita pun aku tak tau. tapi pastinya bukan cerita bawang merah dengan ikan kaloi! rizmi kalau bab-bab ikan ni, memang dia paling seronok. silap haribulan mau dia terjun dalam kolam erk lubuk tu. hahaha...!!
Tengok pada gayanya memang tembam-tembam ikan-ikan kap kat sini. makan apa gamaknya boleh membesar macam ni sekali. ada jugakla dua tiga ekor yang bunting kat situ. acer teka mana satu?