Tuesday, December 28, 2010

Melihat kapal di atas darat

"bro, stop kat sini jap", brother beca memperlahankan kayuhan dan pakir becanya lebih kurang di bahu jalan. "jap eh, 5min nak ambil gambar.", dia naikan ibu jari tanda setuju. aku pun bingkas turun dari beca dan ajak rizmi turun. pada mulanya rizmi taknak, tak puas lagi katanya. lepas pujuk lebih kurang rizmi pun setuju.

kami menuju ke kapal yang tersergam megah di atas darat. apa gila kapal dok atas darat. takkan kesan dari tsunami 6 tahun lepas kot. rasa-rasa aku selat melaka tak kena malapetaka itu. cis rupa-rupanya muzium samudera, patutla dok kat atas darat! disebabkan atas faktor beca sedang menunggu di tepi jalan maka kami tidak masuk dalam kapal itu. hanya melihat dari luar sahaja. takut pula beca kena saman dengan polis trafik sebab parking bukan-bukan.



sudah 16 tahun kapal ini terdampar di atas darat. kesian, tidak pernah rasa macam mana dilitupi oleh teritip.



 
agak-agak ada iras black pearl tak? kalau flying dutchman memang jauh sekali. kalau Gore Verbinski tak cukup kapal untuk sekuel seterusnya, aku rasa kapal samudera ni boleh juga berlakon di layar perak




bergambar berlatar-belakang kapal dan orang ramai di belakangnya memang sangat unik! nak-nak abang itu pula sedang asyik mengambil gambar sekeliling. haha!




patutla tak boleh berlayar, rupanya takde layar. apalah nasib badan hanya mampu di pamerkan di atas darat semata-mata. paling kurang berendam dalam selat melaka pun nampak jugak gahnya!

25 comments

JR said...

Ada kapal atas darat dan ada juga restoran atas laut...unik!! Tunggu pula bila akan wujud pdg bola atau jogging track atas laut...fantastik!!!

Anonymous said...

lawanyer gmba.....

Ain Shdn said...

kapal ni,saya yang angkat.. hahahaha!!

Anonymous said...

pkcik...gmba pkcik tgkap mmg sharp la...kmere ape erk?geram la tgok...heee

afzan said...

JR shoppe: tak lam lagi bro. tak lama lagi. taman dalam laut pun dah ada

afzan said...

norain@bulat: adakah anda seorang siteri badang atau ceweknya? aku musykil

afzan said...

silah: guna sharpener rasa2 akan bertambah sharp. hehe. guna nikon la silah. oopps!

cAmca Dan GArpu said...

wahhh cantikk pic..hurm a/way sy dah follow..

lynna heejuzz said...

rindu sama itu melaka.. xpe2, sy akan pulang ke sana minggu depan.. :)

white rose said...

yg sy tau flying ducthman dalam cite spongebob...

kakakaka...

baru je pagi awal bulan 11 aritu...

siap naek atas kapal semata2 nak shoot picca bersama kapal...

Nurr_Rahmah said...

adehh..lawa2 la gambar dia kat melaka. alamatnya buat pekasam la pic nurr hehe.

Asri Alam said...

ada iras2 kapal jack sparrow. hehe

Anonymous said...

haha sharpener...lwk la pkcik nih....ngeee~owhh nikon..nti nk usha2 la..

odahonebizz said...

jack sparrow & kapalnya....

ej said...

damn.. angle tak bley tahan.. sangat menjeleskan aku.. betol la kater nurr.. kalo aku ge outing ngan ko, sure gambar aku wat pekasam je.. ko tanak turun sini ker? kita outing skali.. nurr confirm on. heheheh

Mr.TN_SkY said...

bila lanak merasa honey moon atas kapal cruise nie! :D

iKhRam said...

kapal di atas darat ni byk sejarahnya dengan saya dan kawan2..

kapal di laut itu bergerak
kapal di darat itu statik..
binaannya sama kukuh
tp fungsinya lain2...

hahaha
enjoy k mr afzan
kim salam dgn rizmi..

afzan said...

lynn: selamat balik kampung. jangan lupa beli belacan dan cencalok eh :)

afzan said...

white rose: flying dutchman dalam citer spongebob takleh pakai, sebab kaki takde. dan selalu kena buli dek spongebob

sasa: kalau tengok dari tepi memang ala-ala black pearl gayanya.nak2 masa sequel no 3 - at world's end masa jack & black pearl kat davy jones locker

afzan said...

nurr: yela tu buat perkasam. padahal tu triumph card tu. haha

afzan said...

ejai : nanti kalau ada masa aku turun sana. jumpa ko & alan. ni kenal kat alam maya tak IN sangat orang kata

N A N a t O said...

semakin mantap drr gambar kamu..

Rosliza Roslan said...

nice!!

Cayril Ikhwan said...

rasa nak pinjam kejap kapla nie..nak bawak sat

Syed Hilmi Syed Yahya said...

smart ar picture....memang gred A ar...hehe

© aku, dia & lensa
Maira Gall