Sudah penat mengutip daun teh, kami mula bersiap-siap untuk mendaki lebih atas lagi. misi kami hari itu bukanlah untuk mengeteh semata-mata, tapi ingin berjumpa dengan family akakku yang nun berada di kulim. rendezvous kami adalah di tanah rata. mengeteh itu hanya aktiviti sampingan orang kata.
* * * * *
dingin, memang dingin! tengah hari tu tanah rata dilitupi dengan kabus yang tebal. bulu roma aku dah menegak naik untuk memerangkap haba walaupun tidak sebnyak mana. aku mula menyesal kerana tidak membawa jaket hari itu. ini semua gara-gara kawanku yang mengatakan cameron tidak sedingin dulu. cis pedooh betul!
aku dah cakap, memang sejuk. tengokla semua pakat peluk tubuh menahan kesejukan. rizmi je maintain, dengan jacket tebal sambil exercise tangan bermain handphone, apa lagi nak?
wah sungguh romantik mereka berdua, walaupun sudah hampir 32 tahun berumahtangga namun kehangatan cinta masih terserlah. ini yang kita mahu : )
rizmi masih belum jemu exercise jari nampaknya. sangat kusyuk bermain game. takpe yang penting dia tidak berlari ke sana sini, itu memang memenatkan!
sekali pandang macam tugu pun ada. apa yang penting gaya kaki itu memang tidak boleh blah! hahaha! tangan semestinya ada ferrari kegemaran.
dah lama menunggu, akhirnya family akakku sampai. masa itu, tanah rata sedang bermandikan hujan! ahhh, makin sejuk rasanya. memang tahap gigil. semua orang berpeluk tubuh dan menyumpah tak bawak jaket. mulut pun dah mengeluarkan asap kepal-kepal bila bercakap. tunggu masa nak jadi air batu je. perut dah mengeluarkan lagu keroncong, menandakan waktu lunch sudah tiba. harap-harap gulai lemak ayam kampung bolehla memanaskan badan yang tengah menggigil ni, cis!
mereka sudah tiba! sampai-sampai terus makan nasik. memang enak makan nasi beramai-ramai bersama keluarga. nasi seperiuk boleh habis :P
tengokla belakang tu, hujan dan kabus menurunkan suhu yang sedia ada dingin. memang lepas ni kalau datang lagi kena bawa jacket. tidak boleh tidak!
kakak, kalau dengan kaki ayam memang tidak dapat dipisahkan. feveret dia katanya! berlemi je mulut makan ayam kampung gulai lemak.
bersambung....
p/s: ceh bersambungla pulak. ingatkan dah habis. cis!
15 comments
nice pic!!!! seyesly!!!!!
waa...yg tugu tu mmg terbaik...bab mkn kaki ayam pun terbaik...x phm mcm mn kakak ble gonyeh kaki ayam keras tue...
comelnye rizmi!! :D
kaki aym memg sedap..ingtkn org len xlyn kaki aym tu..hoho
ohhooohoi... thanks nadey! ni yang makin semangat nak ambil gambo ni :)
nana: pinjam cara aok, bagi nampok banyak sikit komentar..hahahaha. untung long sbb anak dia makan kaki ayam je. save banyak situ
lynn: ikut muka daddy dia kot. hahaha!
tika: yes memang sedap. tapi tak ramai yang cuba untuk menikmatinya :P
kehkehkeh...ini di kira cheating...tp sbb kan awk mau anta kome esok..kome bg la pnjm cara kome nih..
cheating? no, this is one of improvising methods. haha. berdebar nampak nana
wah afzan best tue lepas nie kan?? mesti si kakak tue berkais ngan kaki hehehe
nie bila nak upload cita baru nieeeee????
angah: kalau berhias takpe, berkais tu yang lain macam sikit. hahaha
wah..xajak gua pun join luorang semua..lama xdatang sane..huhu..pic lu tgkap de quality bai
one2paii: nanti gua jak. lu jangan pulak takmo ikut
Post a Comment