Hari ni dah hari ahad. lagi lima jam lebih skit dah boleh berbuka. esok isnin, kemudian selasa dan seterusnya. rasanya tak lama je lagi kita akan berhari raya - kurang empat hari je lagi. sekolah dah mula tutup pintu pagar. bebudak dah mula uya sana uya sini gembira sebab dapat baju raya & dah berkira-kira berapa dapat gaji raya kali ini. makbapak budak mula pikir nak beli itu nak beli ini - last minutes preparation, orang kabor dapat harga runtuh. aku dua tiga minggu lepas dah settle semua benda hal-hal raya ni. bukan apa, aku malas nak bersesak. mulala nanti hangin satu badan. biar susah awal, janji sekarang dah boleh goyang kaki sambil layan disney channel (rizmi punya penangan - yang ni memang aku akur).
Blog-blog kengkawan dah mula up entry berbau raya. aku pun taknak ketinggalan. jadi dikesempatan ini aku nak mohon sepuluh jari tanda ampun & maaf kalau ada terkasar bahasa , terlanjur kata secara langsung atau tak langsung sepanjang tiga bulan aku berblog ni.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin dari afzan, mommy & rizmi
p/s: terima kasih daun keladi kepada mereka-mereka yang tak jemu-jemu mengunjung blog ini, esok-esok datangla lagi :)
nota kiri: terkilan dengan iklan raya ada santa claus naik beca!
nota kiri: terkilan dengan iklan raya ada santa claus naik beca!
1 comment
salam lebaran....
dtg balik berkunjung...selamat hari raya....
angah follow uu jom kita tukar2 link
Post a Comment