Friday, February 25, 2011

Sempadan



Nun diseberang sana, negara jiran kita sedang memerhati gelagat kehidupan rakyat malaysia. kita menghalang surveillance mereka dengan hanya mengunakan cerucuk-cerucuk besi ini ajakah? ke cerucuk ni digunakan untuk menghalang serangan todak? ha ha ha!




Sebaris cerucuk-cerucuk besi sedang teguh berdiri cuba mempertahankan kedaulatan negara ini. tapi aku syak benda ni gunanya untuk aktiviti penambakan pada asalnya. tengokla jumlah teritip yang menjadi penumpang tegar tu, agak-agak memang dah agak lama la projek mega ni terbengkalai. haish!


p/s: orang kabor tempat ni cantik ambil gambo sunset. nanti aku try test tengok macam mana.

Tuesday, February 22, 2011

Merenung jauh



Sungguh asyik budak ini melihat air pancuran di depannya. dari raut mukanya tentu dia tengah berfikir bagaimana fenomena air pancut ini terjadi, atau mungkin juga mecongak-congak bilalah dapat terjun dalam kolam ni. apa yang pasti nak ambil gambar candid ni bukanlah semudah yang aku sangkakan. banyak faktor kena ambil kira. silap hari bulan boleh makan kaki. haha!


*p/s: dah berapa entry aku tak post gambar rberorientasikan agam manusia. kadang-kadang rindu jugak nak melihat mimik muka dan karenah mereka. ye dak?

Saturday, February 19, 2011

Kehidupan di apartment



Sesekali melihat rumah yang mencapai langit macam ni, terngiang-ngiang pulak soalan yang bermain di minda - best ke dok aparment ni? satu ketika dulu memang aku nak sambar rumah macam ni sebijik, tapi di sebabkan orang rumah berkenan rumah yang ada "tanah sendiri" maka terpaksa aku kuburkan saja! senang nak tanam pokok-pokok bunga katanya. sebab ada yard sendiri. - yela "bunga" la sangat, aku senyum nipis.


© aku, dia & lensa
Maira Gall