Monday, August 30, 2010

Bilamana jalur gemilang dikibarkan

Pandang kanan - takde. pandang kiri - takde. pusing belakang pun takde.toleh semula ke depan - hmm baru ada satu. payah betul aku nak nampak jalur gemilang kat atas jalan raya kali ini. tak macam tahun-tahun sudah, pandang kiri kanan tentu ada sahaja bendera-bendera kecil dilekatkan pada kereta & motor, tidak kira di depan, tengah-tengah atau belakang.

tapi tahun ini agak berbeza sedikit. sambutan kemerdekaan ke-53 kali ini ada sedikit suram. di iklan-iklan tv pun tidak banyak iklan pasal kemerdekaan. tidak tahula kalau aku silap - sebab selalunya, boleh dikatakan setiap masa tv di rumahku hanya memaparkan channel 611, 612, 613, 614 mahupun 615 gara-gara rizmi punya kerja. nyaris-nyaris aku nak beli satu lagi tv semata-mata untuk tahu berita semasa! tapi disebabkan kemungkinan besar tiada bonus tahun ini, aku ambil keputusan waras dengan melupakan saja hasrat itu.


aku bersikap optimistik. mungkin di sebabkan kehangatan raya semakin hampir dan sebab itulah sambutan  kemerdekaan kali ini suram. walau bagaimanapun, masih ada juga dikalangan kita yang masih utuh mengibarkan jalur gemilang.syabas!

jalur gemilang tersergam gagah berkibar di kejiranan aku. ada jugak yang mewakili wing kami dalam mengibarkan jalur gemilang. takdela rasa tak patriotik sangat!



empat jalur gemilang di tempatkan di empat tiang sebagai tanda alu-aluan kepada penghuni yang melaluinya



satu ketika dulu kita sering melihat kereta-kereta memasang bendera kecil, kini sudah tiada lagi - mungkin tahun ini tiada bendera percuma agaknya. namun apa yang pasti, abang lori ini menunjukkan jika mahu semuanya jadi



dalam kesesakan lalulintas aku sempat lagi mengambil gambar ini.. apa yang pasti aku masih lagi mencintai negara tumpah darahku ini
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53!

Friday, August 27, 2010

Bila kaki mula melangkah

Selepas berehat dalam seketika, kami mula bertolak ke Putrajaya. saje je pergi ke sana, nak jalan-jalan makan angin. boleh juga bergambar sekeping dua. alang-alang dah ada kat bangi ni, baik juga menjenguk ke sana. bukan senang nak sampai. lagipun tak jauh mana, lebih kurang 15min je perjalanan. nasibla tak jammed, kalau tak mau aku buat u-turn. tak tahan dok lama-lama dalam kereta, boleh panas punggung! sampai-sampai terus gi ke dataran putrajaya - tempat ni famous orang kata. rizmi paling seronok sekali , belari ke sana ke sini tanpa mengenal penat lelah. kami yang berpeluh badan mengejar dia.. rizmi oh rizmi..!!


mak & abah bergambar berlatar belakang bangunan perdana putra. agak romantis!



dedek berlari ke sana ke sini di dataran putrajaya. mula-mula mommy yang kejar, lepas tu atuk pulak. atuk dah penat ganti dengan mina. last-last ibu kejar semula. orang lain dah penat, tapi rizmi tetap maintain!



akhirnya atuk berjaya juga menangkap rizmi. memang tak lepasla pas ni. haha. kunci rizmi atuk, jangan bagi lepas. kalau lepas penat nak menangkapnya semula.



berlatar belakang masjid putrajaya ketika senja mula berlabuh



pancuran air yang tidak pernah kenal erti jemu memancut demi menghidupkan suasana di putrajaya



berada di tengah-tengah pancuran air pancut dapat menyejukkan badan selepas penat mengejar rizmi. hati yang panas pun boleh jadi sejuk!



mereka masih handal berposing & aku hanya mampu memicit shutter. inilah akibatnya kalau menjadi photographer. gambar sendiri tidak dapat di abadikan :)



apa yang atuk & rizmi pandang pun aku tak tau. mungkin burung agaknya. rizmi pantang nampak burung, cepat je dia menoleh!

Wednesday, August 25, 2010

Rizmi pre-raya photoshoot

"Pon pon pon pon..!" bunyi horn motor posmen nyaring kedengaran kat luar - tandanya baju melayu yang nenek poskan dah sampai. yeay! akhirnya siap gak baju melayu serba purplish maroon untuk dilaram pagi raya nanti - ibu, daddy & rizmi sedondon. barula nampak 1family, PM kata. senang nak cam dari jauh.

Belum sempat raya, rizmi dah melaram dulu. ingat nak fitting je. last-last dia rasa seronok plak. terus beraksi depan kamera dengan gaya tersendiri. alamak, tak surprise la raya ni sebab orang dah tau baju kaler apa.


rizmi dengan gaya duduk yang ala-ala melukah. sib baikla pakai pampers, takdela exposed sangat. apa-apapun kereta tetap di tangan



masih lagi duduk tapi dengan aksi berbeza. vrooooomm, vroooomm tak sabar katanya nak balik kampung. boleh tengok ayam. maklumla kat bandar susah nak jumpa ayam hidup. "anak-anak ayam" ramai!



alahai rizmi.. sungguh payah nak amik gambarnya, tangan kaki tak duduk diam



dah bukak bunga silatla plak.. yah yah yah yah katanya. nak ajak bersilatla tu apa lagi



dedek, cover-cover skit gigi tu. malula orang nampak..ya macam tula, nice!! hahaha



bila dah penat beraksi, camnila jadinya. pasni daddy belanja minum peel fresh eh. takpe, dedekkan puasa yang yuk je~~

© aku, dia & lensa
Maira Gall