Wednesday, June 22, 2011

Kereta Nani



Mesti korang terpana seketika apa tu kereta nani kan? nah ni dia kereta nani. tapi yang ni namanya nani polis. kalau ambulans namanya jadik nani sakit, kereta bomba pula jadik nani api. nama-nama ni semuanya hasil cipta rizmi. apesal dipanggil nani? cuba korang dengar bunyi siren kereta-kereta ni, tidak ke ala-ala bunyi NANI. tu pasal dapat nama macam tu.



yang ni bukan habuk ye. ni namanya salji. habis sebotol bedak johnsons baby rizmi jadikan salji. dia kata bila ada salji, jalan licin. so kereta banyak eksiden. banyakla dia punya eksiden, aku yang tak pasal-pasal kena lap salji-salji dia nanti. cis!

Sunday, June 19, 2011

Bila mereka senyum


Bilamana mereka berdua senyum macam ni, dada yang tengah berombak boleh jadi ada taman. itulah penangan senyuman namanya. last-last kita pun turut tersengeh bagi membalas senyuman. kira senyum ni cara bertegur sapa yang paling mudah. tak perlu membazir air liur untuk berkata-kata, dan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan sesiapa sahaja. peh!


si abang yang suka benar bermain dengan bantal-bantal dan kusyen-kusyen. jap je aku kemas, lepas tu dia buat pondok-pondok semula. bila nak marah, dia senyum macam ni terus boleh jadi u-turn.adeh!



si adik yang baru belajar nak senyum. apa yang buat dia geli hati aku pun tak tau. kalau dia tgk maharajalawak ni boleh terbahak-bahak dia ketawa ni. haha

Friday, June 17, 2011

Kembali bersinar

Semenjak dua ni, aku dah jarang amik port dengan blog aku ni. bukan sudah hilang minat atau apa, cuma akhir-akhirnya kesibukkan menguasai jadual harianku. ada macam-macam benda nak dibuat. dengan journalnya, writing paper, jaga anak dan segala macam lagi. kalau aku listkan kat sini, berjela-jela jadinya. tapi hari ni aku gagahkan juga menulis di sini. bukan apa, takut jugak bulan 6 lopong takde entry. hahaha!



kadang-kadang bukan mudah nak selalu update blog ni. kalau kemalasan menguasai, bersawangla jawabnya. tapi hari ni, aku menemui sinar untuk kembali separa aktif berblogging ni :)

© aku, dia & lensa
Maira Gall