Friday, September 17, 2010

Warna-warni di malam raya

Huh dah hampir 2 minggu aku tak online - maklumla sibuk berhari raya. sampai blog pun dah naik sawang. takpe baru dua minggu, belum 2-3 bulan. kalau hari raya ni tak hantar entry berbau raya tak lengkap orang kata. takpe orang hantar gambo kuih-kuih raya, aku lak nak posting gambo bunga raya. eh silap bunga api. budak-budak memang suka "bunga api merdeka" ni. cantik kata mereka! memang cantik pun kalau tak takkan aku sanggup terhegeh-hegeh mengangkut tripod semata-mata nak amik gambonya :)



rizmi suka tengok bunga api ni, tapi dia takut-takut berani je. siap kita kena tutup telinga lagi



macam mana aku boleh tak perasan wat setting fully manual kat kamera aku. sib baikla aku sempat set iso, aperture & shutter speed pada angka yang agak baik settingnya. boleh gakla layan tengok bunga api. cis!



mintak-mintak raya haji ni ada orang bakar bunga api lagi. boleh aku numpang sekaki


p/s: nasib baikla takde orang main meriam buluh kat kampung aku. kalau tak boleh gak aku upload gambo yang rare!

Sunday, September 05, 2010

Salam Lebaran

Hari ni dah hari ahad. lagi lima jam lebih skit dah boleh berbuka. esok isnin, kemudian selasa dan seterusnya. rasanya tak lama je lagi kita akan berhari raya - kurang empat hari je lagi. sekolah dah mula tutup pintu pagar. bebudak dah mula uya sana uya sini gembira sebab dapat baju raya & dah berkira-kira berapa dapat gaji raya kali ini. makbapak budak mula pikir nak beli itu nak beli ini - last minutes preparation, orang kabor dapat harga runtuh. aku dua tiga minggu lepas dah settle semua benda hal-hal raya ni. bukan apa, aku malas nak bersesak. mulala nanti hangin satu badan. biar susah awal, janji sekarang dah boleh goyang kaki sambil layan disney channel (rizmi punya penangan - yang ni memang aku akur).

Blog-blog kengkawan dah mula up entry berbau raya. aku pun taknak ketinggalan. jadi dikesempatan ini aku nak mohon sepuluh jari tanda ampun & maaf kalau ada terkasar bahasa , terlanjur kata secara langsung atau tak langsung sepanjang tiga bulan aku berblog ni.


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin dari afzan, mommy & rizmi

p/s: terima kasih daun keladi kepada mereka-mereka yang tak jemu-jemu mengunjung blog ini, esok-esok datangla lagi :)

nota kiri: terkilan dengan iklan raya ada santa claus naik beca!

Wednesday, September 01, 2010

Senja di Putrajaya

Kepala pening, tekak kering, hidung berair. dekat nak raya ni kesihatan aku sedikit terjejas. mungkin ini penangan perubahan cuaca yang tak menentu agaknya. yela sekejap hujan sekejap panas. dan dalam dua hari ni aku sedikit perlahan untuk online - takde mood orang kata. tapi aku gagahkan untuk update blog walaupun sesekali aku terbatuk "leking-leking" bunyinya.

Lets pictures do the talking:


sampai putrajaya agak petang jugala, biasala kalau gi putrajaya tak lepak kat dataran tak sah orang kabo. dapatla amik bangunan perdana putra ni buat kenangan



alang-alang dah ada kat dataran, amik gambo masjid putrajaya pulak. tapi tak masuk dalam pun, sebab badan berpeluh-peluh kejar rizmi kat dataran



hari semakin gelap, lepak pulak melihat keunikan masjid besi. cantik jugak designnya!



bangunan apa pun aku tak cam, tapi dekat-dekat ngan area masjid besi gakla



senja makin berlabuh, kelihatan langit berwarna keemas-emasan. dulu masa aku kecik-kecik kalau senja-senja ni mak aku tak bagi dok luar rumah, sebab setan berkeliaran katanya. tu kaler langit jadik merah tu. haha. orang dulu-dulu memang banyak pantang larang. nak tergelak pun ada bila teringat balik.


ahhh sudah.. batuk makin menjadi-jadi, tekak makin gatal. kalau ada strepsils pun cara gakni.  idea-idea pun dah makin menipis, mana taknya tengah ada idea pastu leking-leking barang tiga empat kali, terus terlupa. aku ingat stop sini dulula..

bersambung...
© aku, dia & lensa
Maira Gall