Sabtu lepas (3 disember) aku & family pegila Hutan Bandar Mutiara Rini jalan-jalan nak tengok layang-layang kononnya. jarak dari rumah aku sepelaung je, tak sampai 5minit perjalanan kitorang pun sampai dan aku park betul-betul depan taman permainan kanak-kanak. masa ni rizmi dah tak pandang dah gelongsor gedabak depan mata dia (selalunya tempat-tempat macam ni mmg feveret dia) sebab aku tengok dia dok mendongak kat langit je. tapi tak puas hatinya, masa kitorang sampai pertunjukkan layang-layang dah habis. ada dua-tiga ketul je yang masih terbang kat udara. padahal baru kol 5 petang, cis!
Ini layang-layang ke binatang terbang ni? dia punya besar kalau buat selimut boleh muat dalam 20 orang jugakla. nasib baik kitorang sampai hari tak hujan lagi. tengok awan pun dah tau, kejap lagi mesti hujan lebat.
Ni antara layang-layang yang masih semangat terbang. yang lain-lain dah rebah ke bumi. dari info yang aku dapat, semua layang-layang yg diterbangkan hari ni kebanyakkannya dari Pasir Gudang International Kite Festival. dah lama aku nak gi tengok, tapi sampai sekarang tak jugak sempat pegi. tahun depan gamaknya.
Ni datang nak tengok bola ke nak tengok layang-layang ni dik? tapi takpe, abam tau mesti adik nak tengok layang-layang kemau (harimau dalam bahasa rizmi) kan? dia punya semangat harimau malaya sampai membawa ke layang-layang. ni mesti nak jadik ultras malaya sebab terpengaruh ngan Majalah3 baru-baru ni.
abam baju putih tengah jinakkan kemau dia. manja betul dia, siap baring-baring lagi. rizmi kata kemau tu dah penat, tu yang dia baring-baring manja tu. haha!
harap-harap tahun depan ada lagila pesta layang-layang kat hutan bandar mutiara rini ni. kalau ada kali ni kol 12 tgh hari aku dah terpacak kat sini.
15 comments
wak X tau pon ada pesta layang2 situuu huuuu... eeeeE wak dh datang niiii nk komen komennnnn..........
waa. da lama xmain layang2.. huhu
jom baca kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/aku-sayang-parent-aku-korang.html
bapak punye beso rimau tu.. kalo boleh telan orang ntah bape org yg tekorban.. =D
hidup kau seperti lelayang....tapi aku seumpama gegulaaaaaa hahahahaha
http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/spontaneous-of-sayings.html
MAKKKKKKK! Tkjot beruk aku nengok rimau tuh. Bapok besar weh.
eh aaron aziz lah kat belakang "kemau" tuh~~~!!!
hah "kemau" tuh pernah singgah kat Pesta Wau Antarabangsa kat Kelantan cuti sekolah setengah tahun baru2 ni...jauh betul dia menjelajah ek
kat sini plak ada hutan bandar johor.. :)
Besarnye rimau..cantik2 layang2 tu..^^
bessnya tngok layang layang..mesti seroonokk:-0 dalah cantik!.
pehhh...ghimauuu...hihi
cantik...cantik...
tgk lyg2 harimau tu tringt bola sepak.. haha
lama tak jalan2 sini:)
beautiful photos
hai..saya baru je follow ur blog n if u dont mind plisss singgah2la my blog dan follow yea..blh berkongsi cerita (^_^)
besau kut rimau tu..
dia mengaum tak?
hahaha...
dah nak ujan.. tu pasal tinggal berapa ketul je kat angkasaraya tu..
best dan cantek
Post a Comment