Acer amati dua gambo ni. nampak berbeza, tapi sebenarnya asal dari gambar yang sama. gambar (B) adalah gambar original manakala gambar (A) lepas aku buat cropping. kadang-kadang crop ni memainkan peranan yang penting jugak bila kita nak dapat komposisi dan perspektif dari sudut yang berbeza. lepas crop pastu twist skit terus gambar lain benor jadinya. cer cuba kalau tak percaya!
**p/s: entah apala yang rizmi dok cari tu. jarum emas agaknya! dulu masa aku sekolah rendah semua geng-geng pakat2 carik jarum emas kat tepi-tepi padang. boleh untung juta-juta tu! haha :)
19 comments
cer Rizmi carikan untuk achik Reen ni ..
*tak pandai lagi lah... huhu..
wah model kecik
kak reen: org skang dah tak in sangat jarum emas ni. semua pakat carik cicak tokek. tak percaya tanya leman. haha!
eryati: model ni je pun yang available sekarang ni. lagi pun free of charge. paling tidak belanja aiskrim corneto dah lebih dari cukup
cari keridik.
dua gmbr yg sama tp cerita gambar yg berbeza. semuanya kerana framing
cari katak kot..haha
cuba pelbagai cara, mmg akan memberi kelainan pada gambar :D
cari apa la rizmi tu..
tetap tak faham crops tu apa..? yang saya faham ialah rizmi comel... !!
adek: cari keridik? nak buat umpan haruan ke?
sasa: framing salah satu element penting dalam penceritaan fotografi ye dak?
tika: takla, mana ada katak kawasan macam tu. paling tidak pun belalang
nurr: sebenarnya dia sedang mencari duri semalu. nak buat eksperimentasi katanya. ye la pelik daun semalu kuncup bila disentuh
ikhram: crop tu satu teknik yg digunakan dalam photoshop untuk buang gambar yang kita tak nak :)
ohh cari jarum emas..pokcik kecik2 dulu cari gak kat landasan keretapi ..kasi kat mak ..:)
pokcik suka crop nni
hakhak. ke rizmi tgh carik duit die jatuh? nk beli eskrem x ckup kang. heheh
hurk.. aku bet.. ko mesti banyak gambo sunset kan.. huhuhu.. aku dah tag ko kat sini contest sila la dtg.. jgn memalu... huhuhuhu
nice picture :) keep it up
tengku: baik2 pokcik main kat landasan ketapi. kang terapit jari baru tau
silah: ye tak ye jugak. haha
ejai: ni silap komen ni bro. haish!
Post a Comment