Wednesday, October 06, 2010

Rumah lama di Bukit Bius

Setiap kali aku pulang beraya ke kuala lipis, tidak sah rasanya kalau tidak pergi ke mini zoo kuala lipis. termasuk kali ni, dah dua kali raya berturut-turut kami beraya berhari raya kat mini zoo itu. nak kata happening & banyak binatang - tak sebanyak mana pun, boleh di kira dengan jari berapa ekor. namapun mini zoo ye dak? mungkin ada sesuatu yang menarik kami berkunjung ke sana.

tapi entry kali ini aku bukanlah nak cerita pasal zoo ni. aku bukannya channel national geographic nak cerita pasal binatang ye dak? aku cuma nak highlightkan PM 1Malaysia kita di lahirkan kat kampung aku ni. bukan apa, on the way (mat saleh kata) ke mini zoo, aku lalu kat bekas rumah SUK ni. jadi dah alang-alang aku ambil beberapa keping gambar. tak sangkala pulak PM pernah dok kat sini. wah makin glamer lipis ni. dulu orang tak kenal pun mana letaknya. dulu, kalau tanya lipis kat mana semua pakat buat muka ketat. tapi lepas datuk siti meletup, terus nama lipis senang nak cari dalam peta Malaysia. chewahh!



Dekat sini la PM 1Malaysia kita dibesarkan sebelum berpindah ke Pekan. amboi adek dah besar daring lebih nampak!




amboi siap buat pantun 4 kerat lagi, bagi sesiapa yang tak jelas pantun berbunyi : "anak lipis dewasa di pekan, turunan waris pemimpin ternama, alhamdulillah syukur kita lafazkan, satu malaysia rakyat diutama". ni bodek ke apa? haha




senibina agak klasik jelas terpapar unsur-unsur british-melayu. mana tidaknya, bangunan ini sudah berusia 90 tahun, memang klasik!


p/s: tiada unsur-unsur politik dalam entry ini, jangan salah faham!aku cuma nak highlightkan kesenian senibina, itu sahaja. :)

7 comments

CIK TOM said...

hahaha..ye ke??gaya cam politik tersembunyi nih.. ;p

afzan said...

tak into sangat politik2 ni.. haha

Tiq said...

Nice pic,pakai kamera jnis ape ni?

Relevan said...

Rasa kome dulu pernah juga naik bukit bius ini dulu..

N A N a t O said...

gile mantap gambar lu bro...

afzan said...

sgbb: pakai nikon & kit lens je :)

releven: yeke? mesti masa tu berjogging. sbb memang kawasan org berjogging kat situ suatu masa dulu

AngahSayang2314 said...

afzan lama no cik ke teratak mu hehehe.. tapi cantik la tak pernah sampai hehehe

© aku, dia & lensa
Maira Gall