Roti gardenia masih banyak lagi yang tidak luak. expired date pun dah sampai hari itu - kalau buat breakfast pagi esok boleh mendatangkan cirit-birit. dengan cepat aku memberi pendapat, "jom bawak rizmi bagi makan ikan!". orang rumah aku mengangguk malas tanda setuju. mungkin terkilan sebab tak dapat tengok drama Chinta petang itu. "ala, bukan best pun. asyik-asyik mati je siapa yang rapat dengan Chinta", aku bagi alasan, ringkas dan padat.
sebaik sahaja sampai pintu gerbang UTM, rizmi mula senyum sampai telinga. macam dia tahu arah ke mana yang kami nak tuju. lepas rizmi angkat tangan pada pak guard lebih kurang, kami pun terus menuju ke tasik utm - port kami bertiga selalu menghabiskan masa bersama bilamana ada kelapangan dan ada roti yang tak habis di makan.
roti dah ada di tangan, ikan dah menanti di bawah sana. apalagi, mulakan operasi cepat. tengokla mereka berdua, bertapa gembiranya dapat bagi makan ikan. jelas terpampang kegembiraan di wajah mereka!
amboih, sempat lagi ye makan goreng pisang! rizmi masih lagi asyik melayan kawan-kawan ikannya
bilamana roti sudah habis di tangan, inilah masanya rizmi berposing di depan kamera. chewaahh!!
ok, waktu untuk pulang. nanti-nanti kita datang lagi.
10 comments
auww...comelnya rizmi posing. nak buat peace ke?
nak buat. tapi jari masih rigid lagi. takpe, kira itu gaya tersendiri tak perlu tiru gaya orang lain.haha
cess...tajuk entry nih menanda kan mcm tak bagi kome ikut ang jln skali je ngah...hahhaha....
saje bagi aok kecik hati. kenapa terasa ke?hahaha
malam ni mai umah tak? rizmi dah carik mina dia
kami kat UTP mempraktikkan benda sama=)
pantang ada roti expired mmg rezeki ikan lah..hehe
btw rizmi sgt chumel.
moga die membesar dengan penuh kasih syg agar dpt berbakti kat parents nanti
rezeki ikan orang kata.. haha
wah comelnyer dia pose heheh dah macam muka mak dia la... hehehe
muka mak je ke? muka ayah takde ke?wah boleh sentap ini macam
hehe. comel jek rizmi punya piss. eh. UTM mana? Johor?
yup, utm skudai. kantoi pulak di situ!
Post a Comment