Thursday, September 30, 2010

Kata mesti kota!

Hari ini genap empat hari mommy rizmi meninggalkan kami (aku & rizmi) di rumah, berikutan menghadiri khursus di sungai petani. sepeninggalannya, kesihatan rizmi tidak seberapa baik - demam pada dua hari pertama. dan aku dengan tabah berjaga malam melayan kerenah rizmi yang asyik merengek takala gering. berkat doa dan kesabaran, akhirnya rizmi mampu melakarkan senyuman dan kembali aktif pada hari ketiga. dan sepertimana yang dijanjikan, aku sepertimana ayah-ayah yang lain mengotakan janji untuk membawa rizmi pergi beri ikan makan pada petangnya. padan muka aku, itulah berjanji sangat!


selepas aktiviti memberi ikan makan, kami berjogging untuk mengeluarkan peluh petang itu. tengokla kaki seluar yang disingkatkan, memang betul-betul jogging ni!



ahh sudah, dah melekat pulak kat tiang lampu tu. nampak senyuman yang terukir di raut wajah selepas janjinya telah di kotakan



taraa~~ inilah tempatnya kami selalu mengadakan aktiviti bagi ikan makan. dah ada nama rupanya tempat ni! aku ingatkan tasik talapia pada awalnya :)



mereka asyik bergambar nampaknya. berbekalkan sejambak bunga konvo di tangan.ini baru art namanya


p/s: petang ini kami akan menyambut kepulangan orang tercinta pulang ke rumah. selamat pulang, kami rindu sangat pada kamu! :)

13 comments

AngahSayang2314 said...

sapa agak2 ye org yg di rindu tue?????

afzan said...

agak-agaknya?

Unknown said...

jalan jalan petang mmg nikmat.. tapi kalau nhujan abis.. yg di tunggu dah pulang?
kumanx "aku tewas" entry

ezzu said...

waa...best jln ptg2 nie....

MommyRizmi said...

saya sudah pulang...!!!rindu kamu berdua...

Nurr_Rahmah said...

salam..
comel je rizmi..pandai plk posing :). nice shot.

afzan said...

mommyrizmi: selamat pulang kamu! rindu kamu juga :)

nurr: semenjak dua menjak ni dia sudah obses nak bergambar. lepas amik gambar mesti nak tengok hasilnya. budak2..

N A N a t O said...

hehehe..pndi dedek posing kannn

Tuan Cimot said...

ensem dedek ble besar nt..hehehe..like mother like son...umina ajar posing ek???

afzan said...

tika: boelhla jadik part time model ye dak? syed muzaffar dlu pun pnah jadik model iklan gak!

kyle said...

cantek gambar2, wonderful family u have there :)

afzan said...

thanks kyle

Noraini Azhari said...

pic yg ke 2 cntik =)

© aku, dia & lensa
Maira Gall