Hari ni genap setengah bulan kita menyambut aidilfitri & sudah 16 hari jugakla kita boleh makan siang - itupun bagi sesiapa yang masih belum sempat berpuasa enam.Raya ke-16 aku syak ramai yang hanya tinggal serdak kuih raya je. maklumla hari-hari orang datang beraya mengalahkan artis glamornya. haha. nasib baikla dua hari lepas dah masuk gaji, boleh jugakla buat beli kacang-kacang ngan air gas untuk jamu tetamu lepas ni.
aku masih lagi dalam mood raya. tu pasal entry kali ni masih berbaur raya lagi. rayakan sebulan, jadik kita sambut sebaik mungkin. raya ke-2 petang aku mula berangkat pulang ke kampung halamanku kat lipis. sampai kat rumah kuning, atuk & nenek dah tak sabar-sabar nak main ngan rizmi. keesokkan harinya kitorang pun memulakan edisi beraya ke rumah sedara mara terdekat. banyak gakla umah yang kitorang pergi. kira berkepuk jugakla poket rizmi ngan duit raya.
kat lipis rizmi tiada pilihan kawan, tidak sepertimana jengka - hanya dua orang sepupu perempuan yang boleh dibuat teman! kiranya rizmi cucu sulung lelaki di rumah kuning! amboi main dengan aweks tu. yang selebihnya rizmi banyak meluangkan masa bersama mak & bapak sedara bujangnya - acu, ayah teh, umi na & umi de.
kat lipis rizmi tiada pilihan kawan, tidak sepertimana jengka - hanya dua orang sepupu perempuan yang boleh dibuat teman! kiranya rizmi cucu sulung lelaki di rumah kuning! amboi main dengan aweks tu. yang selebihnya rizmi banyak meluangkan masa bersama mak & bapak sedara bujangnya - acu, ayah teh, umi na & umi de.
tiga sekawan yang tidak berapa nak kawan. hanya rizmi & kakak je sangat kacip. kuding boleh tolak tepi! nota kaki, dari kiri: rizmi, kakak & kuding
rizmi & kakak memang tidak boleh dipisahkan. kuding? kesian membawa diri!
mereke cuba membuat ala-ala gaya peace! tengokla tangan sorang-sorang masih rigid dengan posture jari masing-masing, terutamanya rizmi! alahai anak bapak..
siapa berlari paling laju? yang pastinya kuding setiasa berada di tempat terakhir. rizmi toksah cakapla memang jaguh bab-bab lumba lari ni.
penat berlari kita buat gaya-gaya comel sikit. ironiknya, jika mereka bergambar bertiga, rizmi memang tidak boleh duduk di sebelah kuding. mereka berdua memang tak ngam! terpaksala kakak menjadi orang tengah.
umi na & acu tidak mahu ketinggalan bergambar bersama. ni apa kes anak-anak di tinggalkan di belakang? kang hilang dalam celah-celah pokok tu.
gaya angkat tangan ke udara. menandakan sekejap lagi kami ingin pulang ke rumah kuning. cukupla edisi untuk kali ini :)
11 comments
wah...comelnya anak2 dalam foto tu
hehehhe...nak tggu lagi satu utk wat geng kuding mmg xpas..sbb tnda2 tnjk mcm anak laki yg bakal tba...wallahhualam....
xpe2...mina geng ngn kuding...
cantik nyer gmbr
Sallam,
Suka sangat Rizmi jumpa sepupu dia...
el3na: thanks.. haha
lipislady: rizmi memang kanak-kanak ceria
kids are adorable!! :D
tu pasal kalau ambil gambar mereka tak kirala aksi macam mana tapi still comey! haha
euw ! sangat comel ! hehehe ~ gambar menarik !
terima kasih cik bulat. sudi-sudila datang lagi. haha
afzan raya sakan nampak tahun nie.... angah tahun nie tak kemana2 pun sebab masih bersedih ngan permergian nenda angah yg pergi lagi 3 hari pose ari tueee so no raya kata mak
takdela sakan mana angah. memang setiap kali raya balik kedua2 belah kampung. tu untungnya kawin dengan orang senegeri :)
Post a Comment